Isnin, April 7

Pusara, jam nak ke rumah kakak ipar dan balik Ipoh

Singgah melawat pusara ibu mertua kat sini. Sihat betul pokok ni yang dicucuk masa ibu mertua baru meninggal. Boleh terlepas batu nisan kalau yang tak tahu tapinya pokok sihat ni sebagai tanda kat anak-anak la. 


Ini pula kubur ayah mertua saya. Tak pernah jumpa pun sebab meninggal masa hubby final sem kat UTM. Saya pun tak kenal lagi hubby masa tu. Kalau tengok tarikh macam tak jauh dengan kematian atuk saya. 


Sedekahkan Surah Al Fatihah. 


Mendung tapi panas sangat. Kat Kedah ni sampai 40 darjah celcius ya. Panas....


Jumpa lagi mak dan ayah jikalau kami balik. 


Dalam perjalanan nak ke rumah kakak ipar yang baru kematian abang ipar (abang hubby). Keluar jam 4 petang camtu. Disebabkan jam kami tiba jam 6 petang. Ikutkan Simpang Empat - Pendang tu cuma 30 minit je. 

Ni dijamu pula. Tapi tak jamu pun tak apa cuma nak melawat sebabnya baru kehilangan abang ipar seminggu sebelum. Tak sambut sangat Hari Raya tahun ni. Sederhana sahaja. 


Dania dengan sepupu kecik. 


Lepas hubby solat Maghrib kat Masjid, kami meneruskan perjalanan ke Ipoh. Hubby nak berehat dulu kat Ipoh sebelum nanti meneruskan perjalanan ke rumah kami. 

Setelah masuk tol, keluar jalan dalam....entah jalan apa waze bawak sebab ada tulis Lenggong kemudian Grik....kemudian ada papan tanda gambar gajah dan rusa. Seram dah ni. Takut terjumpa haiwan ni je. Alhamdulilah perjalanan ok lah tak jam cuma kalau ada lori tu slow sangat la. Tadi keluar rumah kakak ipar kat Pendang tu jam 8 camtu....ni berhenti kejap kat R&R Sg. Perak. Ni dah keluar balik highway la. 

Masa kat sini menunjukkan jam 1.56 pagi. Masuk kat highway jam la pulak. 


Sempat beli buah jambu tanpa biji kat sini. 


Ni dah tiba Ipoh dah dalam 2.30 am dan ni dalam perjalanan ke Hotel di Ipoh. 


Dalam 8 jam jugak perjalanan Pendang, Kedah - Ipoh, Perak. Sepatutnya dalam 3 jam je. Lebih kurang la. 
Raya...Raya...Raya...katanya.

Saya kat bilik lepas bersihkan diri terus zzzz.....tak koser tengok TV ke apa.


***Dania akan memulakan kelas face to face hari ni untuk semester 2 2024/2025. Ummi back to routine but I’m loving it…😃





XOXO,
Ezna
 

14 ulasan:

  1. Time musim perayaan.. perjalanan 2-3 jam akan jadi 8-10 jam huhu.. memang kalau drive nak berhenti byk tmpt mmg ok tapi kalau satu jer destinasi huhuu.. mmg penat dlm kete jer.. takziah pada kak ipar..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Berjam-jam makan masa di jalan raya. Bila nak bayar tol mahal2 rasa tak berbaloi je dengan jalan sesak macam ni.

      Padam
  2. Raya dengan jammed memang tak dapat dipisahkan.

    BalasPadam
  3. Kami dari Kedah Jumaat lepas 9 jam. Cousin suami dr SP ke Kajang 12 jam. Mmg berganda tempoh perjalanan bila time raya ni ...
    Apapun alhamdulillah selamat sampai semuanya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Fuhhh sepatutnya dalam 5 jam je kan....Perghhh SP - Kajang 12 jam? SP tu dekat lagi dari Alor Setar tu. Kena stop dulu di beberapa tempat baru kita dapat berehat.

      Padam
  4. Mmg beraya atas jalan raya je.. hihi.. selamat hari raya kak

    BalasPadam
  5. singgah beraya sini... selamat hari raya,...

    kubur arwah ayah saya pun ada pokok, pesan arway ayah dulu, dia minta jangan letak batu nisan, cukup letak pokok.. kami ikut saja..

    BalasPadam
  6. tapi mmg bagus ada pokok di kuburan kan akak? ya allah panasnya tu 40C, kat Perak selatan 32-33 pun Ana dah terasa sgt bahang panas, apa tah lagi Kedah 40C fuhhhh~

    musim raya kalau tak jem tak sah hehehe.. Raya kalini Ana blm sempat bawa mak & abah travel ke mana-mana rmh saudara sbb mereka yg dtg ziarah ke rmh kami hehe

    BalasPadam
  7. Salam Aidilfitri kakEzna.
    Lamanya perjalanan, letih duduk dlm kereta. Tapikan, jika saya ke utara, pun akan beli jambu, ngape ye?

    BalasPadam
  8. Oh Dah lamaaa ayah mertua kakak meninggal yaa. Ya Allah suhu 40 dercel itu memang bikin sakit kepala lah 🤣🤣🤣🤣. Jakarta sempat 42 THN lalu, nak menangis saya kluar 🤣🤣.

    Kdg kan kalo pakai waze atau gmaps, ke kota2 yg tak terlalu besar, sukaa sangat mereka arahkan tak benar. Saya pernah juga. Jalan sepiiii sangat yg mereka kasih.

    Yg paling parah, baru saja terjadi, ada mobil BMW, diarahkan oleh gmaps, lewat jalan tol, yg belum jadi kak. Jalan tol nya pula melayang, dan belum tersambung. Saat itu malam. Mobil BMW tadi trus ikut arahan gmaps, lalu terjun jatuh ke jalan di bawahnya, sebab masih terputus, belum disambung jalan atasnya.

    Nasib baik, body bmw itu kokoh. Jadi walau jatuh , orang di dalam selamat. Dan untung tak ada kendaraan Alin di bawah saat jatuh. Malam hari kejadiannya. Terekam cctv jalan.

    BalasPadam
  9. SA x merasa lagi tempuh jammed berbelas jam, setakat sejam dua tu selalu la..nak gak merasa..tapi x beraya ke JB...hahahaha...tahun ni x beraya pun..diduga sakit dari bulan puasa kan...

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Pukul 7 pagi makan sate

Berdua breakfast dengan hubby selepas hantar Dania ke Uni. Kami memilih untuk makan di Sate 7 pagi. Masa ni hari biasa tapi orang ramai juga...