Ahad, April 27

Pingao Blocks vs Lego

Terjumpa Pingao Blocks yang tiru sebijik Lego Speed Champion F1. 

Perkataan Samtamder diletakkan. Kalau Lego ada perkataan 'Santander'. Logo Shell pun ada tapi letaknya di tempat yang lain berbanding Lego. Dekat tempat duduk pemandu tu, Pingao Blocks ni berwarna hitam tapi kalau Lego berwarna merah. Ada perkataan Hubiot berdekatan spoiler tapi lambangnya sebijik 'Hublot'. 

Salah satu penaja F1 Ferrari ni ialah Mahle. Kalau di sini diletakkan perkataan Makie. Hmmm nak kena maki ke apa ni meniru je. 😅 Font yang digunakan pun lebih kurang sama. Cuma kat sini tak ada perkataan HP yang banyak macam Lego Ferrari  . 

Harga pula Pingao Blocks ni lagi murah iaitu RM29 sahaja berbanding Lego tapi tu lah senang je la hidup meniru je kerjanya ya....kalau di pihak sana dengan R&D lagi etc.....

Pingao Blocks

Lego

Jadi mana pilihannya Pingao Blocks atau Lego....tepuk dada tanya selera tapi barangan yang ditiru ni selalunya kualitinya diraguilah. China memang banyak barangan yang mereka tiru termasuklah kereta. Depan macam Range Rover, belakang macam kereta lain pulak. Lepas tu keluar kat pasaran harga lagi murah. Mereka tak payah sangat bayar mahal-mahal untuk R&D ke designer ke....tiru je. Senang kerja. Syarikat kereta lain punya lama pecah kepala nak fikirkan design itu ini. Datang mai mereka tiru je 😏.

Tengok kat TT, Syarikat dari China claim beg berjenama kebanyakkannya dibuat di kilang di China. Kemudian akan dihantar ke tempat asal beg tu dan akan diletakkan Made In Italy....contohnya la....jadi tak adalah label Made In China kat beg berjenama tu. 





XOXO,
Ezna

16 ulasan:

  1. itu lah perang dagang amerika china sekarang ni.. semua jenama dah kantoi buat di china sebab kos lebih murah.. cantik pun lego tiruan dari china ni.. beli di mana yer.. macam nak beli jugak lah hihii :D

    BalasPadam
  2. Senang kerja diorang kan ... Kos pun jimat banyak tu sbb kos utk R&D is very high kan sbb nak brainstorm ideas, mock up products, research material dll...
    Tepuk poket tanya wallet/purse la kot hihi...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya mereka bab tu senang la sebab meniru kan. Tak payah lebihkan kos R&D semua tu. Ada pilihan la untuk kita kan....nak yang mana....

      Padam
  3. betul tu, banyak barang yang kita rasa beli kat luar negara yang mahal-mahal rupa-rupanya mereka boleh tiru macam tu je....senang betul tiru design orang...tak perlu pecah kepala fikir.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya dah memang itu cara mereka tapi kita sebagai pengguna ada pilihan la. Nak yang mahal ke tapi berkualiti atau yang mesra poket tapi kualiti diragui.

      Padam
  4. Harga jauh beza... lego level kayangan

    BalasPadam
  5. yesss ada jugak tengok ramai yg share tentang brg berjenama tu yg rupanya made in China je & di label yg high end maka harga pun zasssss disbbkan brand.. perang dagangan US-China skrg..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kadang yang high end ni macam menipu pembeli pun ada...padehal last sekali baru mereka yang buat....mungkin penutup beg. Lain2 negara C yang buat. Mungkin nak kurangkan kos untuk buruh agaknya....kalau kat negara mereka kos mungkin lagi tinggi.

      Padam
  6. Pasal tu la perang dagang antara China dan US...pening kan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya...kita pun terpalit sama. US macam mengejek China kenapa datang kat negara yang tak mampu ni macam Malaysia.

      Padam
  7. Susah dah nak bersaing dengan China. Tp saya harus akui beberapa barang mereka skr ini dah bagus kualitasnya, walau murah. Android dah semakin canggih, apalagi yg hp premiumnya, dah kalah iphone, utk kamera yaa. Saya rasakan sendiri, Krn itu memang masih setia pakai android.

    Utk bbrp barang lain macam coat, jacket, sepatu, juga dah banyak sangat yg baguuus 👍👍. Skr ini saya tergila2 dengan VIVAIA shoes, memang nyaman sangat dipakai. 😍

    BalasPadam
    Balasan
    1. HP ya canggih betul...ohhh nak kena cari pula kasut Vivaia ni....

      Padam
  8. Barangan ciplak ni ada market di Malaysia jadi adalah yang bawa masuk.

    BalasPadam
  9. sekali tgk nampak comel jer..anyway, utk brg2 ori, kualiti berbeza dan kepuasan berbeza..gitulah

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Pukul 7 pagi makan sate

Berdua breakfast dengan hubby selepas hantar Dania ke Uni. Kami memilih untuk makan di Sate 7 pagi. Masa ni hari biasa tapi orang ramai juga...