Rabu, April 16

Me time, Lego & FamiCafe

Lepas ambik Dania di Ladang kat UPM, balik rumah dulu sebab nak bagi Dania mandi. Selesai bercucuk tanam kan.....nasib baik Dania kata cuaca kali ni mendung jadi tak la panas. Lepas tu pergi la ke IOI City Mall. Ada misi sebetulnya. 

Mulanya singgah kat FamilyMart....eh dah jadi FamiCafe la FamilyMart ni. Dah besar dah kedainya dan jual macam-macam. 


Dania la tukang belikan...ummi booking tempat dulu. Kat sini dah ada beberapa meja dan tempat duduk untuk makan kat sini tapi very limited la. 


Lapik perut dengan Onigiri dulu. Sedap juga. 


Isi dalam Onigiri saya ialah Crabstick Mayo. 


Lepas makan, singgah kejap kat Lego sebab Dania nak mencari Lego Speed Champions team Mercedes pula nak buat koleksi. Tak ada stok. Dah habis dah.


Jadi cuma tengok-tengok je la Lego yang lain. 


Ni semua Lego bunga. 


Cantiknya bila close up bunga Lego ni.


Ini adalah salah satu bunga. 


Lepas tu kena berpisah sekejap sebab saya nak Me Time....Dania pandai-pandai la jalan2 kat IOI City Mall ni. Minta Dania tunggu kat Thai Odyssey masa saya habis mengurut. 


Haaa Me Time kat Thai Odyssey. 


Bilik terapi. Sepanjang terapi didendangkan dengan lagu alam seperti bunyi burung-burung dan lagu-lagu sentimental. Lagunya perlahan ajer. Tengah-tengah treatment....rasa terganggu pula bila ada yang berteriak memanggil kawannya....Hawa....Hawa....alamak....saya yang cuba pejamkan mata nak relaks tiba2 ada pulak yang panggil kawan. Hmmm.....spoil mood. Nasib baik tak lama dia panggil. Masa tengah buat treatment ni suara pun kena perlahan kalau nak bercakap supaya tak mengganggu orang lain. 

Sakit juga bila tukang urut mengurut dan menekan pressure point kita. Saya tahan ajer. Cuma sekali la cakap sakit sebab tukang urut menekan kuat kat bahu. Pandai tukang urut ni ya mengurut tangan sampai berbunyi tangan saya.....tapi tekanan tu huiii kuat juga ya....Adik saya kata nak belanja mengurut tapi tukang urut Melayu yang boleh datang rumah. Saya tolak sebab saya tak suka urutan yang banyak sedawa tu. Mengganggu minda saya nanti....kalau time urutan lepas pantang tu ya saya ambil tukang urut Melayu. Selain sedawa....dia sambung cerita pula jadi mulutnya tak senyap la. 😂 

Bila urut kat tengkuk tu pun sedap je sampai bawa ke kepala. Memang best. Malam pula boleh tidur dengan lena. Saya mengurut ni saya ambil Thai Aromatheraphy Massage selama 1 jam 30 minit. Menggunakan minyak aromatheraphy yang kita boleh pilih. Minyaknya idak la berbau wangi sangat tapi macam campur2 jadi jangan expect macam bau minyak wangi 😅


Selesai mengurut, bila keluar....Dania dah tunggu saya dah. Kemudian kami ke FamiCafe lagi....teringin nak makan Oden. Ni Dania punya order. 


Order saya kena tunggu sekejap. Dania makan dulu sambil2 offer saya rasa.


Ini order saya. Fish cake ni ada order extra. Jadi saya bagi kat Dania. Kenyang makan ni....


Dania top up Strawberry Sando pulak. 


Lain kali kalau teringin nak makan Oden boleh la singgah sini tapi tak boleh pergi weekend sebab pasti ramai orang. 

Sesekali kena ubah angin la makan kat luar. Makan yang sendiri masak pun jemu jugak. 





XOXO, 
Ezna

6 ulasan:

  1. onigiri tu fav my razeen. bestnya u selalu pergi massage ezz..i ni teringin cuma mcm tak tahu nak pergi bila..kena tunggu cuti semester lah kot...

    BalasPadam
  2. Wahhh..Nk try jgk la gi Thai Odyssey ni..Sy pun suka oden family mart sis...Kuah dia pekat =D

    BalasPadam
  3. best nya me time...
    oo..semua family mart ke renovation jadi cafe, family mart kat area rumah MA tu pun.ingatkan tutup, after 1 week buka..memang space makan2 tu makin besar. no wonder la yer..
    Iris pun suka onigiri kat family mart ni

    BalasPadam
  4. Besar betul familymart kat situ ye Kak Ezna...
    Saya kan tak pernah try mengurut tau..sebab takut saya menjerit bising jek nanti hahaha (teruk kan?)

    BalasPadam
  5. ramai juga yg lepak famicafe tu...syok tu me time massage...lama juga tk massage ni..last massage sept last year

    BalasPadam
  6. Saya nih memang tak bisa diurut. Paling hanya kaki yg boleh. Tp itupun saya suka ketawa geli. Apalagi kalo badan, memang tak akan bisa berhenti ketawa. Itu sebab saya tak pernah mau diurut 😄

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Pukul 7 pagi makan sate

Berdua breakfast dengan hubby selepas hantar Dania ke Uni. Kami memilih untuk makan di Sate 7 pagi. Masa ni hari biasa tapi orang ramai juga...