Rabu, April 23

Makan di tepi pantai di Batu Laut

Setelah selesai membersihkan pantai, boleh tunggu kalau nak dengar penerangan tentang belangkas. Kami tak dengar dah sebab dah jam 12 tengahari dah masa tu dengan penat, letih dan lapar jadi kami nak pergi makan dulu. 

Singgah kat area Dataran Batu Laut sebab ada deretan food court.  


Orang pun tak ramai. Cuaca terik betul masa ni. 


Kali ni tak ada gambar kami dengan muka letih ni haaa...ada gambar food je.
Hubby order nasi goreng kerang. Sesekali bayu laut menerpa. Walaupun panas terik tapi terkena angin tu nyaman rasanya. 


Saya order mee wantan sup. Kuah dia plain je la. Warna pun tak nampak menarik tapi ok je rasanya. 


Dania order mee goreng patayya. Rare sikit sebab selalu nasi goreng patayya. 


Setelah habis makan, saya berjalan ke pantai. Nampak tak terurus dengan sampah dan ranting kayu yang banyak ni. Mungkin dari kayu bakau agaknya dibawa oleh laut sampai naik ke pantai dia terdampar. 


Laut masa ni nampak surut. Macam tak sesuai untuk mandi sebab pantai berselut. 


Nampak banyak ranting kayu kat pasir yang berwarna putih ni. 


Ada I 💗 Batu Laut. Batu Laut ni ikutkan kampung Almarhum Pak Engku, Kuzie Katering. 


 Lepas tu bertolak la kami pulang. Dalam perjalanan saya boleh tertidur sebab penat kan. 





XOXO,
Ezna

7 ulasan:

  1. Kalau pantai untuk tarikan pengunjung patu pihak2 tertentu bersihkan tu...rosak pemandangan dengan kayu2 bakau yang banyak di persisir pantai..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah permandangannya SA. Terletak berdekatan dengan food court Batu Laut ni. Sayang sangat sebab pasir dah warna putih tapi sampahnya banyak.

      Padam
  2. kurang penjagaan..sayang sbb view cantik dah

    BalasPadam
  3. Moga pihak bertanggungjawab dapat cari jalan untuk bersih dan indahkan lagi.

    BalasPadam
  4. Pastilah letih sangat kan 😄. Sedaap nampaknya nasi goreng kerang itu kak , 😍

    BalasPadam
  5. Kak Ezna..first time saya tengok/baca/tau pasal Nasi Goreng Kerang...mesti sedap tu kan..

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Pukul 7 pagi makan sate

Berdua breakfast dengan hubby selepas hantar Dania ke Uni. Kami memilih untuk makan di Sate 7 pagi. Masa ni hari biasa tapi orang ramai juga...