Kelakar
Masa ni saya dalam kereta dan hubby tengah membeli barang runcit. Bila dalam kereta saya akan kunci pintu. Tak kira la kat mana pun sebab kita tak tahu kan bahaya ke apa nanti. Tiba2 saya dengar ada orang cuba buka pintu tapi berkali-kali. Mata saya kat screen phone tapi sempat mengerling. Eh kenapa orang pakai tudung?. 😅. Saya dah tekan punat buka kereta sekali tapi tak jadi tekan kali kedua. Kena tekan 2 kali baru pintu terbuka.
Beliau salah kereta rupanya. Lepas tu terus masuk pintu belakang kereta beliau padahal beliau duduk sebelah driver tadi. Tengah tahan malu agaknya tu. 😁. Warna kereta kami pun agak sama dengan keretanya. You alls pernah ke ada orang tersalah nak masuk kereta you alls?.
Ini pula masa ambik Dania habis kelas. Kawan-kawan baru naik bas merah (kat belakang Dania).
Dania cerita ada Fakulti Veterinar ada menawarkan 7 tempat untuk kelas Dania yang Sains Haiwan kalau nak bertukar kursus ke Veterinar. Memang ada kawan-kawan sekelas Dania yang first choice mereka Doktor Perubatan Veterinar dan second choice baru Sains Haiwan. Mereka dapat yang second choice. Mungkin akan bertukar kursus. Ada juga yang tak nak bertukar sebab nak stay kat course ni. Macam Dania, memang Sains Haiwan ni pilihan pertama jadi sebab tak dapat masa permohonan awal yang Dania bertukar tu. Dah bersyukur dapat masuk sini. Dania cakap Sains Haiwan pun dah pening, inikan pula Veterinar. Akan ada exam profesional perubatan veterinar yang kena lulus masa Tahun 3. Kalau tak, rasanya tak boleh mengulang. Kena ambik course lain pulak. Mula la dari Tahun 1 balik.
Duka
Ada juga Dania dengar cakap2 kawan yang exam sem 1 hari tu ada satu subjek tu 2 lecturer yang supervised. Lecturer 1 dapat la markah banyak sikit, Lecturer 2 bagi markah sebanyak 5 sahaja. Masih lulus tapi dapat C. Ada juga yang dapat D untuk subjek tersebut. Dania dapat B+. Lecturer pun ada macam2 cara pengajaran kan. Jadi....kena buat elok2 la next time. Ada juga lecturer lain bagi tahu untuk satu subjek tu, ada yang fail masa final exam tapi keseluruhan lulus sebab carry marks yang membantu. Untuk subjek ni carry marks 70%, final 30%. Dania pula dapat A untuk subjek ni.
Makan tengahari, saya masak simple je la. Spaghetti Angel Hair goreng letak daging dan carrot. Makan pula dengan daun salad. Janji kenyang sebab petang jam 2 ada kelas lagi.
Siap hantar dah.
Ini pula saya drop dulu Dania kat Masjid UPM untuk solat asar sebelum kelas.
Suka
Sementara itu, saya singgah Cafe di Kolej Serumpun. Saya terjumpa dengan mereka. Corina yang free hair ni kawan Dania masa asasi. Sebilik lagi. Saya kenal Corina dengan 2 kawannya saya kenal sekali. Hehe. Saya tanya Corina dean's list lagi? Ya dean's list untuk kali ketiga berturut-turut. Memang taat dengan agamanya. Hari ahad Dania kata Corina pergi church. Abang Corina convert masuk islam sebab kakak ipar orang Islam. Kawan-kawan Corina dua orang ni Natrah dan Shida cakap Corina suka study. Dia akan buat nota setiap kelas. Dania kata nota Corina pun cantik. Ok ni tips student yang pandai ni....kena buat nota ya. 😊.
Sebenarnya kalau saya ke cafe sini, memang kebarangkalian akan berjumpa dengan kawan-kawan Dania. Saya datang sini nak habiskan masa je sebab kelas Dania 1 jam jadi malas nak balik. Jadi, saya orderlah teh o panas.
Matahari dah nak tenggelam dah ni. Kelas Dania baru nak habis. Dari cafe tadi nak pick up Dania la ni.
Kelas Bahasa Korea Dania ni habis jam 7 malam. Dalam 6 lebih petang baru selesai kelasnya. Nampak sunyi je sebab mungkin kelas lain dah tak ada dah habis jam 7 malam. 6.59 masih petang, kalau 7.00 dah malam.
Duka
Bermulalah rutin saya kembali ya. Tak kisahlah siapa pelajar UPM sebenarnya ke....siapa yang memandu kereta, siapa yang menghantar ambik. Tak payah nak bandingkan dengan anak sendiri yang kononnya pandai berdikari. Lepas SPM tak sambung belajar pun dah tak sama....nak concern pasal anak orang lain yang kononnya tak berdikari la sebab tak membawa kereta. Bila cakap anak sendiri boleh bawa kereta...awal2 saya kata anak lelaki kenalah berdikari. Jantina pun dah lain kalau nak banding-bandingkan.
Kita tak boleh nak samakan anak kita dengan anak orang lain atau nak anak orang lain tu kena sebijik macam acuan anak dia....tak boleh....memang tak boleh. Cara didikan pun tak sama. Ikutlah mana yang sesuai dengan setiap keluarga. Dania tak duduk asrama tapi duduk rumah. Orang tu tahu ke yang setiap kali saya menghantar-ambik tu saya akan berborak dengan Dania tanya ceritanya pada hari tersebut. Kadang tak tanya pun tapi semua Dania cerita....kami rapat ibarat kawan juga.....Sama ke cara kita dengan cara dia?.
Tak jauh pun UPM dengan rumah...lagi jauh rumah ke Sek Men Dania dulu. Ikutlah kesesuaian, tak payah sibuk anak orang lain. Jaga je anak sendiri. Dania kalau kat rumah dia boleh fokus dalam pelajaran dia tapi ada je anak kawan-kawan saya kat UPM tu kata anak dia nak balik UPM sebab tak boleh nak study kat rumah tapi kalau kat UPM boleh fokus. Dania pulak sebaliknya...
Saje terpanjang post ni sebab geram pun ada....😔. Ikut la masing-masing. Jangan nak suruh ikut cara dia pula. Cara dia keluarga dia. Cara saya untuk keluarga saya. Tak gitu?.
XOXO,
Ezna
Ezna, kalau campus anak2 saya dekat, maybe saya pun sama. Ada jugak kawan2 yang anak2 duduk rumah sebab uni dekat. Bila tinggal berdua memang sunyi. Ambil hantar anak, at least boleh la keluar kan.
BalasPadamTQ Mulan sebab memahami.
PadamNo. 1-Hahaha..kawan saya dulu pernah citer yang dia tersalah masuk kereta, siap dah duduk tutup pintu kereta tu lagi...memang gelak tak ingat bila citer balik hahaha...
BalasPadamYang Kak Ezna ni kelakar jugak..macamana orang tu boleh salah kereta..color kereta pun dah lain kan hihi..
No. 4-Kalau saya jadi Kak Ezna, saya pun akan hantar amik anak gi kelas (lagi-lagi kalau anak duduk rumah n tempat belajar pulak dekat)...walapun anak saya lelaki (kisah pulak saya kan Kak Ezna)...
Betul..masing-masing ada cara masing-masing..ikutlah preference dan kemampuan masing-masing jugak...keadaan kita takkan sama sebijik macam orang lain, vice versa...
Kawan akak pun pernah cerita...dia duduk dalam kereta tiba2 ada orang lain masuk kereta dia dan dia kata eh sape ni?. Dia tersilap kereta. Kereta dia kat belakang. Hehe. Kawan akak kata terkejut den.
PadamTQ Sue sebab memahami tapi tu lah cara dia cakap tu macam menyakitkan hati je mendengarnya sebab akak tahu cara akak ni tak salah pun. Nak bagi sama dengan keluarga dia memang tak sama la kan.....geram je....
bab slh mausk kete tu mmg lawak..tp tkpernh lg terkena...kalo dh dekat tmpt blajar dgn umh..elok la antar sdiri melainkan kalo dh tkde org antar kena la berdikari kan..kdg2 org nk banding ni situasi tk sama...janji kita bahagia urus anak pegi & balik blajar
BalasPadamHehe....jangan jadi kat kita dah la....patut dia bukak cam kasar2 je sebab kalau kereta sendiri takdelah nak bukak pintu kasar2 camtu.
PadamYa situasi tak sama tapi sibuk nak bandingkan. Jaga je la anak sendiri. :(
Uish..Byk emosi terjadi dlm 1 entry sis..Semoga semuanya baik2 aje ye sis..=)
BalasPadamYa Niza...kita rangkumkan semua. Terima kasih mendoakan ya :)
PadamKat U kan ada istilah 'lecturer killer', ini paling seram. Kalau awal-awal nak pilih kelas biasa student akan elakkan. Itu sebab kena battle untuk dapatkan slot. Tapi kadangnya bila takde choice terpaksalah pilih lecturer killer tu huhu...
BalasPadamBeruntung Dania ummi ambil hantar tiap hari. Ummi sampai hafal subjek dan jadual kelas. Juga memahami keseluruhan kursus dan berkongsi dalam blog untuk rujukan.
Oh baru tahu istilah ni. Memang subjek tersebut lecturer tu je yang mengajar untuk subjek pengajian cumanya nanti subjek elektif kalau ada lecturer tersebut sila pilih lain. Nak panggil untuk bagi talk untuk projek kelas Dania bila mentioned nama lecturer tu semua macam erkkk.....nampak nau bukan favourite la kalau bagi carry marks rendah dan markah final yang hmmm....
PadamKebarangkalian untuk jumpa lecturer yang sama sangat tinggi memandangkan beliau memang dalam Jabatan Sains Haiwan dan kepakarannya ada untuk certain subjects. Moga baik2 ajer la nanti....
Pernah je tersilap kereta, abaikan aje orang tu Ezna, x yah peduli..cara kita didik anak kita memang x sama..macam SA memang bagi Dania berdikari sebab dia sorang..SA x manjakan malah SA tegas..kami memang kawan baik bila dia dah besar ni...dulu SA duk KL, jarang balik, biarkan dia dengan atuk dan uwan membesar..sesekali balik memang nampak kelainan, dia x berapa mesra ngan SA..tapi SA selalu cakap..mama ni mama dan ayah awak..so mama keluar cari rezeki untuk awak dan untuk kesenangan awak..alhamdulillah dia faham..Dania xde kasih syg seorang ayah sebab SA berpisah dengan ayah dia masa umur dia 1 tahun...ayah dia x pernah peduli pun kat dia sampai la umur dia 21 tahun ni..kadang jumpa kadang x jumpa..pernah Dania call ayah dia nak jumpa and willing to see him personally tapi ayah dia bg alasan...kesian dia...sebab tu skrg dia makin rapat ngan SA dan suami...orang x duduk tempat kita orang x faham kan...setuju tu cara didikan kita pada anak kita memang x sama...sabar ok...SA dah hadap macam- macam juga...SA pekak kan telinga je
BalasPadamYa Allah sedihnya baca kisah SA ni. Sepatutnya ayah kena la bertanggungjawab dengan anak sendiri kan...takpe now Dania ada Uncle Haidy untuk menumpang kasih. Terima kasih buat Haidy sebab melayan Dania macam 'princess'. Alhamdulilah.
PadamMoga yang terbaik buat SA dan Dania.....aamiin....
err pnjg lebar u explain tu ezz...ada org komen2 kat u psl u antar amik dania ker? emmm setiap org hidupnya tak sama..rezeki masing2 laaa..ada org direzekikan anak sorang dan dpt bg 100% perhatian utk anak...ada org, nk ada 3 (i ler tu), i jrg2 masak, tp bab anak2, i direzekikan 3 anak lelaki dan my eldest dh boleh diharap utk take over bab2 drive, amik atar adik2 ke sek etc, sampai thp i gi holiday pun, my son yg jaga adik2...jln hidup masing2 berbeza dan kita syukur atas apa jua nikmatNya...tak perlu nak judge org etc etc
BalasPadamYa Suzz ada orang yang sibuk nak tentukan macam mana cara nak jaga anak orang lain nak kena ikut cara dia....betul ayat you tu yang last....tak perlu nak judge orang. I dapat 100% attention sebab Dania seorang ajer. Ni pun point yang I cakap jugak kat dia.
Padam1. MA selalu tersalah kereta, kat opis je.. dah 2-3 kali yer...siap buka pintu keta kenapa x buka ni..sekali jengah , eh eh bukan keta kita..mujur x bunyi alarm...adoi la.
BalasPadampas tu kat area rumah pun mcm tu..siap buka pintu nak masuk, ada wife & anak..siap ckp awak alah keta ni..beria la MA sorry... sekarang ni MA beli sticker tampal kat belakang keta so that dr jauh MA nampak tu keta MA.bila kat area opis sbb banyak sgt keta yg color sama dr jauh nampak sama je.. adoi la. maluuu
no 4 tu.. peduli la apa org nak ckp, anak kita kot, terpulang la kat kita. Kalau MA pun, MA nak anak dekat2..biar depan mata, bukan nak manja kan or x nak ajr berdikari but anak kita kan...terpulang la pada kita nak besar macam mana & ikut cara kita.x yah nak masuk campur or komen mcm2... Anak ko, ko buat la mcm mana ko nak.. betul ta? yes, tegur boleh but its depend to kita.
MA pu pernah kena... a few time. siap applykan, isi borang semua yer..utk Ian time tu..dpt surat interview..terkejut MA. eh eh....apa hal ni? bengang giler...than MA tanya Ian...awak suruh ke, awak nak pegi ke? Ian kata x nak. than MA x usik langsung surat tu.... than MA ckp x yah masuk campur la hal anak MA, just uruskan anak ko je... alhamdulillah now Ian dah sambung belajar pun. memang hangin sgt time tu
worry la, luahan perasaan plak yer.. kat komen..
Ada juga eh kes macam MA ni tolong apply kan? Ish tak faham la. Tq MA share...boleh je share luahan hati. At least kita pun dapat idea oh....ada juga jadi macam ni....
PadamYg salah masuk mobil saya pernaaaah 🤣🤣🤣. Maklum kak, malam2, warna mobil pun hitam semua di tempat parkir. Jadi saya ketuk2 suruh buka, pas dibuka, lelaki lain pula 🤣🤣.
BalasPadamBaru2 saja suami juga mengalami. Dia lagi nunggu saya. Tau2 mobil diketuk keras, trus pas dibuka marah2 wanitanya, ternyata salah masuk 🤣.
Masih adaaa saja orang yg nak sibuk Ama urusan orang lain yaa. Apalagi ttg cara mengasuh anak. Tak bisa disamakan. Urus saja nak2 sendiri kan. Saya pun kesal dengan orang macam itu. Suka menyibuk dan menganggap cara parenting dia paling benar.
Hehehe...tengok2 eh kenapa beda dengan suami aku ya?. Suami aku lagi ganteng ya....erkkkk mesti malu wanita itu. Nanti dia masuk mobil yang betul tak jadi marah pasti ketawa mungkin.....
PadamTq Fanny kerana memahami. Parenting tu tidak akan sama untuk setiap family...jadi jangan sibuk kan.....biar dia sibuk ama familynya aja. fullstop.