Selasa, April 8

Ke rumah ibu saudara dan perjalanan balik yang mendebarkan

Pagi ni turun breakfast lambat sikit dalam 9 lebih. Nasib baik breakfast habis jam 10.30 pagi. Ini adalah makanan yang saya dan Dania ambik. Mee kari, scramble egg, bubur nasi dan air jus oren. 


Suasana agak lengang sebab hotel ni tak fully booked. Lagi satu dah lewat dah masa kami turun ni. Jadi....semua ni kita yang punya....hehe....rasa tenang la kan. 


Bila tiba waktu check out, kami pun check out. Ni nak ke rumah sepupu arwah papa saya. Kena lalu roundabout kacang ni. Ikut location yang dah dihantar dulu je. Senang nak tiba ya. 


Dah tiba dah Siputeh. 


Orang panggil ni rumah polis. 


Saya dengan Makcik Ani. Punyalah tunggu saya walaupun nak pergi beraya rumah adik. Terima kasih Makcik Ani. Makcik Ani kata selalu like insta story saya. Hehehe. 


Makcik Ani jamu pulut dan lemang dengan rendang ayam yang baru masak. Alhamdulilah. Suami Makcik Ani ni saya panggil Pakcik Lan. Memang ngam dengan papa saya masa muda-muda dulu. Itulah saya tak lupa nak melawat Makcik Ani setiap kali balik. Ini pun on the way sahaja ni. Saya selalunya akan melawat rumah sepupu saya di Kg Kepayang tapi saya dah jumpa sepupu saya baru2 ni masa kematian Tajul Azwa. Mereka adik beradik Tajul Azwa @ saya panggil Chor. 

Memandangkan ketidaktentuan jalan ni nanti dan hubby dan Dania kena berada 3 April kat rumah...jadi 1 rumah je yang kami cover. 


Jumpa lagi makcik dan Linda. Saya dan Linda ni kiranya dua pupu rasanya....Dania dan anak-anak Linda kiranya tiga pupu. Fuhhh berapa generasi la tu. 


Kami ikut jalan dalam masa ni. Jap jalan dalam, jap jalan highway PLUS. 


Lagi 5km je nak sampai R&R Tapah tapi......nak pergi tandas dah sangat-sangat ni dengan jalan jam kat depan. Emergency dah ni. Masuk susur nak ke Cameron Highland sebab nampak ada signboard surau dan tandas. Tudiaaaa tandas panjang orang beratur. Alhamdulilah masa saya beratur tu minta izin nak masuk dulu. Tak lama beratur terus meluru masuk tandas ya. Alhamdulilah.....Emergency katanya....😅

Ingat highway je traffic jam? Tandas pun jam jugak ya. Macam ramai kes macam saya nak singgah tandas jadi masuk susur ni. Tak saggup nak redah jam highway PLUS tu lagi 5km. Memang mendebarkan gais....😅. Masa ni hujan renyai-renyai jadi suasana tu sejuk. 


Lepas ke tandas, saya tunggu Dania yang bukan emergency....sesambil tunggu jadi penunjuk arah kat 3 orang luar. Orang Arab kot....macam mereka tercari-cari surau lelaki sebab depan ni lambang surau wanita. Sebelah ni surau lelaki. Saya cakap Bahasa Inggeris la surau lelaki kat belakang. 

Suraunya pun boleh muat 4 orang je kot. Kecik sangat. Sempat la kami semua bersolat kat sini sebelum meneruskan perjalanan. 

Keluar je kat susur tol ni ada kedai makan. Singgah isi perut dulu sebab tak tahu traffic semasa macam mana. 


Tukang bawa makanan kata maaf lambat, tapi....tak lambat sebetulnya....15 minit sedia dah. Alhamdulilah. Kami order telur dadar untuk 2 orang, sup ayam untuk seorang dan kailan ikan masin untuk seorang. Cukup untuk kami bertiga. 


Kami tiba di rumah dalam 11 lebih malam macam tu. Masuk tol keluar tol. Nampaknya jalan PLUS lagi sesak dari jalan dalam cumanya jalan dalam ni kalau ada lori kat depan beratur panjang je kereta sampai belakang. 

Masa perjalanan Siputeh, Perak - Kajang, Selangor...mula 2 petang - 11 malam. Dekat 9 jam jugak la walau mungkin kalau jalan tak sesak dalam 2 jam lebih je kot. 

Dah membersihkan badan barulah tidur. Badan penat dalam kereta walaupun duduk je. Pagi esoknya Dania ada kelas 9-11 pagi. 





XOXO,
Ezna



 

27 ulasan:

  1. Emergancy nature call mmg x bleh excuse ye sis...X dpt nk menahan dah kita ni =D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha betul tu Niza. Nak tak nak kena minta izin masuk dulu la. Alhamdulilah selamat semuanya. Haha.

      Padam
  2. Tak sangka raya ke-3 jalan dah sesak balik dah...ingatkan bertenang lagi...
    Alhamdulillah, Kak Ezna sekeluarga pergi dan balik...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya Sue, sesak sungguh la. Tak bertenang dah. Memang sesak sungguh.

      Padam
  3. Paling malas beratur masuk toilet huhu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. PH.....tak boleh tak beratur....emergency dah....Haha. Tapi kalau tak emergency boleh je beratur...ni....

      Padam
  4. itulah yang linda lalu ahad semalam...agaknya ramai ikot dalam...last keluar kat tg malim, tu yg jem dari gua tempurung...padahal linda dari kuala kangsar, terowong menora tak jem pun...hihihi...selalu kat situ awal lagi dh jem

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya jalan dalam pun banyak kereta jugak Linda. Salah satunya orang dah penat kemudian nak singgah tandas pulak. Terowong menora masa lalu tu slow moving juga cumanya takde la sesak sangat.

      Padam
  5. Memang berdebar kalau dah tak tahan nak terkucil, huhuhu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Adeh.....memang ya. Nak nak luar cuaca sejuk. Hujan gerimis....memang gerimis mengundang sungguh la. Haha

      Padam
  6. selalunya kalau jalan jem, mamcam tandas pun jemm jugak.. hehehe

    BalasPadam
  7. bab2 kena q utk masuk toilet tu sgtlah stressful!

    BalasPadam
  8. tenang bfast kt hotel tu tk rmi org ye..bila emergency nk ke toilet mmg bertabah..nasibaik dpt izin masuk dlu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya Alhamdulilah dapat masuk dulu. Tak boleh nak beratur dah ni.

      Padam
  9. mmg tak mampu nak tahan bila nak terkucil ni hehehe.. time raya jalan dalam pun jem sana sini hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya Ana...mana nak tahannya....hehehe. Jalan jam tu memang kena hadapi setiap kali balik raya.

      Padam
  10. Raya tahun ni sesak banyak tempat kan.
    Seronok ziarah menziarahi.

    Taqobbalallahu minna waminkum.
    Salam Aidilfitri. Maaf Zahir Batin ya Ezna.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya Mulan....Salam Aidilfitri juga buat Mulan :)

      Padam
  11. Sebenarnya, yg duduk sahaja dlm kereta tu la yg penat. Memandu, kita kena fokus.
    Tak berani ambil makanan berisiko bila naik lebuh raya time raya, syeram bila nampak rnr semuanya penuh belaka.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Akak terlebih minum sebab cuaca panas sebelum tu...elok kat highway larrr hujan sepanjang tu. Cuaca sejuk....faham2 la...huhu

      Padam
  12. Kota siputeh ini penghasil kacang ya kak?

    Pasti sedaap lemang dan rendang baru masak kan 🤤.

    Kalo peak season , memang normal sangat melihat toilet penuuuh dan antrian mengular hahahahah. Saya pernah rasakan juga. Panjang sangat antriannya, padahal rest area yg saya datangi waktu itu termasuk besar dan toilet banyak 🤣

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bulatan ni di Menglembu. Simbolik kepada bandar penghasilan kacang terbesar di Malaysia. Kacang yang terkenal di Malaysia ialah kacang cap tangan Ngan Yin.

      Padam
  13. Pecah peluh dalam kereta kalau emergency case ni huhu

    BalasPadam
  14. Nasib baik diorang bagi potong line sebab emergency call ye...kalau SA memang x tentu arah dah tu..pernah jadi masa nak naik flight dari Jakarta ke KL, Naik KLM pas tu delay plak..naik aje terus meluru ke tandas dulu...seram sejuk dah badan

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Pukul 7 pagi makan sate

Berdua breakfast dengan hubby selepas hantar Dania ke Uni. Kami memilih untuk makan di Sate 7 pagi. Masa ni hari biasa tapi orang ramai juga...