Isnin, April 21

Ke Ladang lagi untuk menanam

Di pagi jumaat yang indah, setelah Dania siap2 breakfast dulu sebab kali ni kena menanam. Hehe....bab ni Dania tak ok sangat tapi yang buat Dania ok sebab kawan-kawan Dania bertujuh akan bersama-sama menanam. Ok lah kan berbanding kena jaga seorang diri macam course dulu. 

Hubby nak menolong meletakkan baja taik ayam 40kg dalam kereta sorong roda 1 ya. 


Dania dah bawa kereta sorong roda 1 ni. 


Pengsan nak menolak ke batas. Sebab apa tau?. Tayarnya kurang angin jadi berat la nak tolak. 😥. Anak ummi tolak baja 40kg? Bukan senang tau....


Ni lah batas yang Dania dan kawan-kawan kena tanam. 1 batas ni 1 group yang jaga. Walau dah tersedia macam ni...tapi kumpulan Dania kena gemburkan tanah menggunakan cangkul. Bukan senang sebab tanah pun keras kan. 


Ok Dania dah bersedia dah nak tunggu kat kawasan berbumbung untuk mendengar penerangan daripada pegawai pertanian. 


Ini pula kawasan fertigasi. Rasanya macam Dania buat dulu untuk tanaman sawi untuk subjek Agriculture & Life. Cumanya mungkin tanaman akan berubah mengikut semester. 


Tanaman apakah ini? Bila saya google lense, google kata terung. Ya ke? 


Tanaman fertigasi ni senang ajer nak menjaganya. Ditanam di dalam polibeg kemudian setiap polibeg dicucukkan saluran untuk membolehkan baja masuk ke polibeg. Kita kena control kat tangki utama je. Kena letak baja mengikut jadual kemudian akan disalurkan ke semua polibeg. Tak bayah kita pergi letak baja kat satu satu polibeg tu. 


Bila balik, Dania cerita kena menyangkul untuk gembur tanah kemudian sediakan alur untuk penanaman bayam. Akhir sekali kena campurkan benih bayam ke dalam pasir dan kemudian masukkan ke dalam alur lalu kambus. Selesai gembur tanah, ada ahli kumpulan Dania kena meletakkan taik ayam dulu secara rata ke atas tanah yang digembur. 

Kita lihat hasilnya nanti. Bila musim hujan, rumpai senang nak naik jadi kena rajin2 merumpai. Bila bayam dah tinggi sedikit, kena letak baja warna biru pula. Kalau nak halau serangga secara organik, kena campurkan sedikit bawang putih yang dihancurkan dengan sabun basuh pinggan yang dicampur dengan air. Kemudian sembur kat pokok. Larilah serangga yang merosakkan tanaman yang baru nak naik. 





XOXO,
Ezna
 

12 ulasan:

  1. berat tu 40kg baja walaupun guna kereta sorong

    BalasPadam
  2. Aunty pun tak kuat nak tolak kereta sorong tu tau, tengok orang tolak senang aje. Kalau ada baja 40kg, lagi la surrender. Tayar pancit pulak tu, ya. Sabar ajelah, Dania.

    BalasPadam
  3. wah..dah mula dah projek bayam dania..moga menjadi dgn jayanya....aamiin

    BalasPadam
  4. itu lah yang linda selalu buat masa sekolah men dulu kak...bantu ayah membaja pokok sawit...setengah hari dalam 4,5 lorong sawit...baja sawit tu dalam 20beg jugak lah selesainya...kenangan masa muda...sekarang semua ayah upah je..anak2 pun ada hidup sendiri dah...tak sempat nak menolong..kena ada kawasan lecah sikit...jenuh lah menolak kereta sorong roda 1 tu (linda panggil wandi)

    BalasPadam
  5. waaa terbaek lah dania!! bkn senang nak melaksanakan task tanam menanam sayur ni

    BalasPadam
  6. Wow..40kg baja...berat tu...maybe nanti my Dania pun akan kena macam ni gak kan...sebab depa berdua sama course kan...

    BalasPadam
  7. Hahahaha beraaat memang 40kg 🤣🤣. Kalo disorong okelah, tp disuruh angkat pakai tangan, memang saya tak sanggub . Nampaknya di gym nanti saya harus lebihkan berat beban yg saya biasa pakai 🤣

    BalasPadam
  8. memang berat tu 40kg.. 3-4 tahun yg lepas, ana masih kerap ke kebun sawit tlg abah utk sesi tabur baja sawit & beratnya 1 kampit = 50kg , mmg terasa nak patah pinggang tolak dlm kereta sorong hehehe

    BalasPadam
  9. Kereta sotong ni kalau angin tayarnya kurang lagilah berat jadinya kan. Tolak pun melelong je (tak lurus).
    Mudah-mudahan tumbuh elok pokok bayam Dania & kawan²

    BalasPadam
  10. auntysya surrender, nak menanam dlm pasu pun i is failed. tahla...
    tapi bila tanaman menjadi, rasa syiok sangat. berkobar-kobar.

    BalasPadam
  11. Nampak dania bekerja keras.. insyallah kali ni okla sbb bertujuh dgn kawan2... 40kg tu berat tu.. tapi tak apa org berusaha insyallah akan mendatangkan hasil yg baik..

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Pukul 7 pagi makan sate

Berdua breakfast dengan hubby selepas hantar Dania ke Uni. Kami memilih untuk makan di Sate 7 pagi. Masa ni hari biasa tapi orang ramai juga...