Kami dapat jemputan makan tengahari kat rumah jiran pada 7 Syawal. Mulanya saya tak tahu nak beli apa sebagai buah tangan. Kebetulan singgah nak beli Tealive dalam Petronas. Kat Petronas ni jual macam2 sampai ada peti jual makanan sejuk beku jugak.
Ternampak pau ni jadi bagi idea kat saya kita bagi pau la. Jiran rumah pertama kita bagi pau kari ayam dan jiran kedua kita bagi pau coklat. Rumah sendiri beli pau kaya. Macam-macam boleh dibeli kat kedai mesra Petronas ni. Bukan sekadar isi minyak je.
Ni rumah jiran pertama. Datang sini bawa kereta walau boleh je jalan kaki sebabnya nak terus ke KLCC Convention Center. Rumah cantik....kat sini ada sesi fotografi lagi ya. Hehe. Ni kamera saya tapi dari kamera tuan rumah pun ada.
Ni bahagian belakang rumah jiran saya. Cantiknya. Rumputnya pun cantik. Ada rumah kontena tempat menyimpan barangan juga.
Kawasan belakang saya pun seluas ni tapi bila ada pokok-pokok besar jadi kawasan nampak kecik je la. Tapi kami tanam ni dapat la cover rumah kami dari rumah belakang kawasan tanah lot yang dua tingkat.
Ni rumah kedua. Fuhhhh penuh you alls. Anak beliau 9 orang. Tak termasuk lagi saudara mara.
Macam ya...macam tak...beliau bukan Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari. Sebenarnya ada 4 orang OKU pertuturan. Masa datang tu saya duduk semeja dengan mereka 4 orang. Saya tahu sikit2 sign language ni. Nak sebut assalamualaikum. Mereka menjawab la Waalaikumsalam dengan sign language. Sebenarnya mereka akan lebih seronok jika ada yang masuk dalam dunia mereka. Saya kalau nak berbicara dengan mereka tu kena mengeja. Contohnya kalau nak sebut m.a.l.a.m....saya kena mengeja tapi dengan sign language yang terus mereka tahu tu adalah malam. Bab tu saya kena belajar lagi lah.
Ambik gambar Dania kat boom gate. Takde kereta masuk dan keluar. Seronok la tu ya sebab nak pergi KLCC Convention Center. Ada Book Fest Popular. Dania la yang ajak sehari sebelum. 😅 Tau ajer la kalau bab pameran buku ni ya....memang Dania pencinta buku sangat ni.
Lepas ni kami terus menuju ke destinasi seterusnya....post selepas ni la pulak...tengok berapa novel yang berjaya dibeli pulak.
XOXO,
Ezna
Mcm seronok je belajar sign language ni...=D
BalasPadamBetul..kat Petronas rumah saya pun meriah...
BalasPadamDulu selalu beli karipap frozen..tapi dah stop sebab harga asyik bertukar-tukar..
bulan ni weekend memang gantung kuali kan kak...penuh jemputan open house
BalasPadambesar betul kwsn rumah tu!
BalasPadamdapat belajar sign language memang bonus lah...
BalasPadamseronok bila pandai sign language.. wahh menghijau je kwsn rmhnya tu! meriahhhhnya open house syawal! hehe
BalasPadamCantik dan besar kawasan rumahnya 😍
BalasPadamBagus Ezna bole juga communicate dgn anak² istimewa tu guna sign language 👍🏻
Masa duduk Cyberjaya hampir setahun 2016, memang kerap ke stesen minyak PETRONAS nak cari kuih muih untuk breakfast dll. Terkejut jugak sebab di Kerteh & Kuantan, tak semeriah macam2 benda dijual.
BalasPadamHalaman luas begini sesuai utk kemping 😄 . Jadi ingat rumah papa di Aceh dan Medan. Besar halaman, tp sama kayak kakak, ditanam banyak pohon buah, JD tak terlihat besar kalo sepintas
BalasPadamcantik rumahnya. suka tgk deco rmh cantik-cantik. rumah sendiri, hrmmmm...
BalasPadamBesarnya rumah dia...cantik..luas...
BalasPadamcantik rumahnya..luas
BalasPadam