Jumaat, April 4

Berehat di R&R Gurun dan beraya

Kami berhenti dulu di R&R Gurun dalam perjalanan ke Kedah. Saya makan bihun sup utara dengan extra Perut. 


Dania dengan mee goreng. Dah nak habis pun makannya. 


Hubby mee kari tapi karinya yang pekat tu rasa lain 😅. Mungkin tukang masak balik beraya. 


Singgah rumah Kakak Ipar saya. Kebetulan ada 2 set tetamu datang. Elok saya tiba tak lama lagi pangkat anak saudara pula datang. Nama je anak saudara tapi anak saudara saya lebih tua daripada saya. Hehehe. Saya dipanggil Mak Tam. Anaknya panggil saya Tok Tam. 


Berborak la dulu....


Ummi dan Dania sempat lagi ambik gambar kaki kain. 


Ini tak tahu sebab apa ni....


Limau bali rumah kakak ipar saya. Saya dapat yang masam ya amat. Ikut nasib la sebab ada je yang manis. 


Lepas ni baru la check in hotel pulak. Dulu masa mak hubby masih ada duduk la rumah mak tapi sekarang lebih selesa menginap kat hotel sebab tak payah nak jaga bab aurat tu sebab dengan family sendiri ajer. Ikut la mana yang selesa ya....





XOXO,
Ezna

 

8 ulasan:

  1. itu lah,,nak jaga bab aurat. naseb baik adik beradik husband 3 orang je..dan jarang sama2 bermalam dengan adik lelaki dia...
    kalau belah linda, adik ipar lelaki sorang je lah..itu pun, jarang juga lah sama2 dekat kampung...hihihi

    BalasPadam
  2. selamat hari raya aidil fitri. syukurlah dpt berkumpul adik-beradik pd raya ini. mak n ayah dah lama meninggal. kak long pun dah 2 thn pergi. Hidup mesti diteruskan.

    BalasPadam
  3. sup perut tu buat i terliur hahahah memang ok sgt stay kat hotel sbb ur PIL pun dh tak de kan...

    BalasPadam
  4. Bihun sup campur isi dgn perut tu uishh favourite tu hihii..Mee kari pekat.. org lain yg buat tu hihii.. bertabah la..

    BalasPadam
  5. waaa, sedapnya limau barli.
    Meriah berhari raya, alhamdulillah.

    BalasPadam
  6. Senangnya bisa kumpul dan bertemu keluarga 😍😍. Sebenarnya saya rindu suasana lebaran yg meriah begini. Dah lama tak merasakan. Sejak mertua tak ada, memang raya jadi hari2 biasa buat kami. Tak spesial lagi.

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Pukul 7 pagi makan sate

Berdua breakfast dengan hubby selepas hantar Dania ke Uni. Kami memilih untuk makan di Sate 7 pagi. Masa ni hari biasa tapi orang ramai juga...