Selasa, April 29

Beli makanan di Kedai Mesra

Lepas hantar Dania ke kelas saya pun sibuk nak isi minyak dan singgah kedai Mesra sebab nak beli makanan standby sebab saya tengah berpuasa masa ni. Roti-roti dan air twister saya beli. Dania pun saya belikan sebab nak bagi snek sebelum mula kelas petang. Seleksi roti pun banyak. 


Luas Kedai Mesra Petronas di Presint 16, Putrajaya ni. 


Kat sini ada roti-roti. 


Tealive pun ada. 


Masa ni dah siap isi minyak tapi banyak kereta. Penuh stesyen minyak ni. Jam 3 petang ni. 


Makanan letak je dalam beg tak payah plastik dah. 


Lepas tu pick up Dania dari Fakulti dan menuju ke Masjid UPM untuk Dania solat dulu sebelum sebelah Masjid UPM ni ada bangunan Kompleks Akademik A. Pagar besar ditutup tapi pagar kecik belah kanan ditutup juga cumanya kunci besi tu jarang jadi pelajar boleh melangkah masuk je. Dania punya kelas Bahasa Korea kat situ.

Hari ni pula ada Test 1. Ikutkan selalunya saya akan balik tapi macam decide nak tunggu je lah. Saya parking kat Masjid ni je. 


Tunggu dalam sejam, Dania kata dah selesai. Katanya menjawab Test Bahasa Korea selama 20 minit, check kemudian siap dah. Saya tanya Test macam mana?. Katanya ada listening kemudian pelajar menulis dalam Bahasa Korea apa yang disebutkan dan terjemahkan Bahasa Korea. Patut 5 petang - 7 malam kelasnya. Test start jam 6 petang - 7 malam. 6.20 petang Dania dah selesai semua.

Ummi manalah tak risau kalau jawab 20 minit je kan....Dania kata sebab ummi puasa. Hmmm saya kata ummi dah beli dah makanan & minuman kalau tak sempat tiba kat rumah. Jom la kita balik. 


Moga baik-baik ajer Test 1 Bahasa Korea Dania ni. 





XOXO,
Ezna

 

9 ulasan:

  1. Wahhh rezeki dapat belajar bahasa korea...

    BalasPadam
  2. Semoga lulus dgn cemerlang..Amin =D

    BalasPadam
  3. inshaAllah Dania mesti boleh jwb semua tu sbb doa Ummi selalu mengiringi Dania hehehe

    BalasPadam
  4. All the best Dania. PETRONAS P16 tu best kan, siap ada kedai tayar sebelahnya.

    BalasPadam
  5. SA pun selalu ke kedai mesra ni beli jajan...heheh...selalu guna apps settle nak kumpul point lepas tu bleh redeem cash gak

    BalasPadam
  6. All the best dania! insya Allah, cemerlang tu :) minggu ni my zharfan ada 3 test lah..musim test sekrg ni kat uia..my students pun ada test esok (my paper lah tu)

    BalasPadam
  7. Saya kalo belanja di kedai mesra Petronas ini, pasti akan beli aneka macam 😍😍😍. Paling sukaa kalo belanja di supermarket apapun, trus melihat barang,/Snack yg blm dicoba sebelumnya 😁

    All the best Dania. Semoga baguus hasil BHS Korea nya yaa ☺️

    BalasPadam
  8. In sha Allah, mesti Dania boleh buat tu Kak Ezna..
    Saya kalau termasuk dalam kedai Mesra, memang habisla macam-macam saya dok tapau..bahaya ye kalau termasuk hihi

    BalasPadam
  9. betul..makin meriah dah lat kedai mesra, mcm2 pilihan ada

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Pukul 7 pagi makan sate

Berdua breakfast dengan hubby selepas hantar Dania ke Uni. Kami memilih untuk makan di Sate 7 pagi. Masa ni hari biasa tapi orang ramai juga...