Sangat selesa sebab tempat luas.
Masa ambik gambar ni macam saya dah kenyang dah nak ambik sup kuetiau.
Cucur ni sedap. Saya pantang nampak cucur.
Comel je budak tu terkedek-kedek je jalan dia. Teringat masa Dania kecik2 saya pakaikan Dania dress jugak.
Dania nak kukur kelapa. Pengukur kelapa ni macam susah nak jumpa juga sekarang ni.
Lepas makan, ambil kakak ipar dan anak saudara saya nak ke rumah maksu belah hubby. Kakak ipar saya ni tak boleh bawa kereta tapi nak suruh cepat2 ambil dia kat rumah. Anak pula tak ada yang boleh hantarkan. Cumanya kalau nak ikut, kita kenalah ikut masa orang tu kan. Dua kali telefon tanya ada kat mana. Kita layankan ajer.
Saya dan Dania. Tenang tenang ajer sudahlah. 😅
Kita ambil gambar la ya.
Kakak ipar terpaksa ikut keluarga maksu pula untuk ke rumah anak saudara kami sebabnya kami nak check out hotel dulu sebelum ke Pekan Rabu sebab hubby nak beli serunding. Dah kena tanya dengan kakak ipar nak beli apa...
Kedai ni beli serunding dan kuih ros.
Kedai belah kanan ni beli mi sanggul dan inang inang.
Ada props kat sini jadi cuns nak ambik gambar.
Tak jauh dari Pekan Rabu ada Masjid Zahir. Masa ni belum masuk waktu lagi. Kita photoshoot dulu sebelum buat Jamak.
Ni kat pintu utama. Masjid ni dari 1912 lagi. Lama dah.
Cantik Masjid Zahir punya pintu ni.
Masa ni nak solat dah ni. Kita ambik gambar beg pemberian Fanny (https://dcatqueen.com/). Hubby tanya beg baru ke?. Saya kata ya datang jauh ni dari Indonesia.
Ni lepas selesai solat, kita ambik gambar Dania je la yang banyak sesambil tengok tiang masjid ni yang cantik.
Dalam perjalanan kakak ipar telefon lagi tentang keberadaan kami. 😅. Beliau dah tiba kat rumah yang buat open house dah. Kami kan solat dulu kat Masjid Zahir, sebelum tu Pekan Rabu lagi, check out hotel lagi jadi lambat la sikit. Next time hubby kena cuti lama-lama sikit la bagi kakak dia puas berborak dengan adik. Seminggu sebelum pun hubby pun ada balik kampung juga sebab abang meninggal.
Ni dah tiba kat rumah anak saudara la. Hubby tengah dengar cerita satu kes, bila ada ibu yang meninggal...rumahnya dirobohkan. Sebab apa?. Dalam geran bukan nama ibu tersebut padehal itu tanah ibu tersebut. Dia suruh adik beradiknya buatkan geran. Akhirnya nama adiknya yang ditaruh. Ibu ni tak tahu sehinggalah bila dah meninggal terbongkar cerita. Ibu tu sendiri yang mempunyai tanah yang banyak kat situ tapi disebabkan ihsan pada adik2 tirinya dia pun bagi haknya kepada adik2 tirinya dan suruh buatkan geran tanah tapi adik beradik licik letak nama sendiri atas geran. Hilanglah hak ibu tersebut. Anak2 masih hidup dah tak ada rumah nak menginap bila kat Kedah. Sekarang ni rumah dah dirobohkan dan adik2 tiri nak bina rumah baru. Hmmmm....tak tahulah ya hak siapa yang terambil ni walau nama sendiri dalam geran. Kalau ikut undang2 ya tanah tu tanah dia tapi kalau ikutkan hak....dia dah ambik hak orang. Tunggulah pembalasan nanti...tak di dunia.....pedih di akhirat ya....
Tu bila saya call hubby, hubby dok tunggu kejap...tunggu kejap....ibu yang diceritakan ni bukan orang lain tapi sepupu hubby jugak. Kesian mendengarnya....😌. Kena ambik iktibar juga. Jangan mudah percaya kat orang lain. Kena check juga apa yang kita minta orang lain buatkan untuk kita.
Siap ada props untuk OOTD berlatarbelakangkan sawah padi. Masa ni panas terik. Anak saudara saya yang buat ni dengan cucu saudara saya. Huiiii saya dah ada cucu ya. 😅. Anak saudara saya ni tua setahun daripada saya. Yayyyy muda. Ikut pangkat, saya tua la. Cuaca cantik tapi panas terik ya amat. Sesekali bila berangin tu terasa nyaman la.
Dania bergambar dengan mesin membajak sawah. Dulu guna kerbau, dah moden sikit gunalah mesin yang digerakkan oleh enjin. Kita kawal la mesin ni kat tempat pemegang. Buluh besar ni memang kat tapak rumah mertua saya. Buluh ni dapat menahan angin dari kena kat rumah ibu mertua saya. Ribut selalu berlaku kat kawasan sawah padi. Kadangkala puting beliung.
Ini cucu saudara saya. Pandai jalan dah la. Badan sedap Tok Tam tengok...
Belum lagi end of Day 2 ni sebab lepas ni nak melawat pusara Mak dan Ayah (mak dan ayah hubby) pulak. Masa kami sentiasa terisi sepanjang di Kedah. Gunakan kesempatan yang ada sebab masa kami pun terhad. 3 April 2025, Dania dah start kelas online dan hubby dah kerja. Masa cuti kat Kedah pun ada meeting jugak ada benda tak solved lagi. Masa tu kami tengah nak check out hotel dah....dok kemas-kemas barang. 😒
XOXO,
Ezna
Toktam, tu dah jadi cucu saudara lah.. Hihihi.. Kalau balik beraya, memang seharian beraya... Naseb lah rumah pun dekat2 je, lega sikit.. Hihihi
BalasPadamYa ya betul silap....akak dah edit. Tq Linda....rumah dekat2 ok lah. Ni rumah 30 minit jauhnya. Bila raya jam membawak sampai berejam la.
PadamWahhh penuh aktiviti jlb2 raya u ezz.meriah gitu
BalasPadamTu la Suzz...memang penuh jadualnya.
PadamOh Toktam ye belah hubby.... PH jadi Tokngah belah suami :D
BalasPadamRajin Dania bergambar, cantik² pulak tu gambar²nya 👍🏻
Lawa beg Fanny bagi tu Ezna ...
Ohhh Tok Ngah....hubby belah sini dia bongsu sebenarnya...Patut Tok Su la kan....abang atas hubby tu dipanggil Tam. Bila dia meninggal dan hubby lahir....yang bongsu dipanggil Tam juga. Dania dah kena train dari kecik ambik gambar. Hehe. Nasib baik besar ni masih sporting.
PadamBeg Fanny ni la dipakai masa raya....Tq Fanny! :)
Cie pun dah ada cucu kedua belah Cie & husband. Belah Cie ada 6 orang, belah husb Cie ada 2 orang cucu.
BalasPadamDah bercucu dah kita Cie. Hehe.....
Padam1) hurmmm kalau ana pun rasa trganggu bila org rushing call2 kita suruh ambil cepat (kita nak tumpang org,kita sbr lah tggu je lah kan?) oppss hehe
BalasPadam2)aduhai kesiannya tanah diambil org. licik sgguh permainan. takpelah di dunia lepas, tggu azab di akhirat nti :(
Kena banyak2 bersabar sebab ipar sendiri :) tapi...apa yang Ana cakap tu betul. Nak cakap lebih2 raya. Adehhhh nasib baik la Ana tolong cakapkan.....hehehe....tq Ana :)
PadamYa licik betul permainan ni. Kesian betul....ada juga orang macam ni....jadi kita memang kena berhati-hati.
Beraya bershopping sekali... Best hotel tu ada breakfast yg sedap .. meriah suasana :D
BalasPadamMeriah tapi tak sama macam kalau ada ibu ayah sendiri la kan....beraya kat rumah sendiri....momen yang saya rindukan sebab ibu mertua dan ayah mertua keduanya pun dah meninggal termasuk mama dan papa sendiri. :(
PadamNI beraya ke shopping? Hehehehe
BalasPadamsementara kita masih bertenaga ni la ni ziarah sedara mara... Kalau nanti dah sakit lutut, mata dah tak berapa nampak, tunggu aje la kat rumah.
BalasPadamSy pun dah jadi nenek sis =D
BalasPadamSaya pun dah nanny, huuu... comey ngat tau cucu u tu.
BalasPadambackdrop mahal tu. kena pose byk-byk.
Baguuus lah hotel ini kak. Kliatan dari foto memang nampak selesa. Restoran pun besar ya.
BalasPadamSaya suka kalo ke pasar seperti itu. Banyak barang2 menarik terutama. Makanan kering 😄
Mesjidnya pun cantiiik, dah tua juga usia dia yaa. Masih kokoh berdiri.
Bag dowa itu yg sudah duluan masuk ke mesjid sana 😄
Case ttg ibu2 itu, sedih juga. Tuhlaah, banyak kejadian macam tuh kak. Di sini pun ada. Jadi nama property dan tanah pakai nama menantu dia. Ternyata malah diakui oleh menantu punya dia lah. Terkadang kita tak tahu siapa yg benar. Tp kalo memang milih orangtua tadi, dan diaku2 oleh yg lain, biar nanti tuhan yg balas. Tak berkah kita ambil hak orang lain kan.
Eh yg kukur kelapa model lama itu saya ada lah duluuuu 🤣🤣. Pernah lihat asisten mama kukur kelapa pakai itu. Saya pernah coba, susah sangaaat hahahahah.