Hello eznakhalili.com readers!!

Wednesday, October 19

Majlis perkahwinan Azaree & Fateen | Victoria Hall, Utropolis Marketplace Glenmarie



Wedding ni masa bulan Jun hari tu. Baru nak update kat blog. Majlis ni diadakan di Victoria Hall di Utropolis Marketplace, Glenmarie, Shah Alam. Majlis ni majlis perkahwinan anak kawan saya. Sekarang ni menjemput guna digital card je. Menjimatkan. Kad digital ni pun siap boleh on kan music. Music How Deep Is Your Love berkumandang......

Saya ambik gambar dengan anak kawan dulu. Dania dengan Zainal Azrain. Dulu Zainal Azrain ni Ketua Pengawas masa Dania sekolah kat SK Bukit Jalil. Handsome dan tinggi dah Azrain ni. Dulu masa darjah 6 kecik je. Dania nampak serius je tu. Hehe. Ye la tiba2 ummi suruh ambik gambar pulak. Abang kepada Azrain ni la yang kahwin ni. 


Ok next.....ni pulak ketua Dania. Eh eh Dania dah ada ketua ke?....Dania dulu kan pengawas kat SMK Jalan Empat. Hehehe....Hafiz ni pulak sepupu kepada Azrain dan kebetulan ketua pengawas kat SMK Jalan Empat. What a small world kan?. Batch Dania jugak ni. Kiranya masa Dania berkhidmat sebagai penagawas sekolah, ni lah ketua Dania dan ketua sekolah. 😀. 


Tak sempat nak jumpa Tuan rumah sebab nampak sibuk melayan tetamu. Saya tegur ibu kepada Hafiz ni (adik kepada kawan saya). Masa makan, Dania kata ummi....tu pakcik la. Haaa sudah pakcik mana pulak kan?. Rupanya Menteri Pendidikan, Datuk Dr. Mohd Radzi Md Jidin. Kan ke beliau bahasakan diri sebagai pakcik kat pelajar sekolah kan?. Sibuk ummi yang approach masa beliau tengah makan. (Actually kalau nak approach ni kan masa makan ni la yang terbaik sebab kalau tidak....tahu-tahu dah balik). Sibuk saya cakap masa majlis ni anak saya baru dapat keputusan SPM. Beliau tanya Dania dapat berapa?. Tersengih-sengih Dania pun. Ok....lah.....lepas tu pakcik tanya apply mana?. Dania cakap ada beberapa universiti. (Dalam hati saya tak boleh adjust ke YB? 😅). Dalam hati je ye....tak terkeluar pun cakap ni. 

Teruja juga jumpa Menteri Pendidikan ni. Parti apa saya pun tak sure tapi bukan sebab parti ya. Jangan salah anggap. Ehem tengok la mata suami saya dan Dania. Macam teruja jugak kan?. 


Lagi gambar.....


Masa ni nak balik dah jadi kita jumpa la tuan rumah. Suami bergambar dengan En. Zainal Abas (suami kepada kawan saya). Dulu pernah jadi pengulas sukan kat TV. Jurulatih atlit juga kat Sekolah Sukan Bukit Jalil. Sekarang ni memegang jawatan sebagai Pengarah Bahagian Sekolah Menengah Harian di Kementerian Pendidikan. Itu yang Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin pun ada. 


Haaa inilah kawan saya yang cantik ni. Noor. Terima kasih menjemput kami kat majlis yang indah ini. Bagaikan dalam taman pun ya jugak. Noor kalau telefon saya boleh cakap berejam tu. Hehe....macam2 kami bualkan. Peliknya dulu masa kat sekolah rendah tak berapa rapat tapi bila habis sekolah baik pulak. Part ni saya tak ingat macam mana boleh baik. Hehe. 


Dengan tak sengaja tiba-tiba datang la seseorang ini. Ya allah, malam sebelumnya kami saling berwhatsapp. Saya menyatakan teringin sangat nak jumpa Ayu ni live. Sebab apa?. Saya mengikuti perjalanan anaknya belajar di Korea. Mula2 saya terjumpa blog suaminya (satu batch dengan En. Zainal Abas masa sekolah) tentang anak Ayu ni apa yang beliau ambil untuk belajar sampai ijazah ke Korea. Anak Ayu ambil KLIP (Korean Language Intensive Programme) di UNIKL. Sehinggalah sekarang telah berjaya mendapat ijazah Bachelor in Chemistry di Kyung Hee University, South Korea. Banyak saya tanya kat Ayu ni tentang program dan macam-macam la. Tiba2 Ayu panggil Ezna terasa macam mimpi je. Mulanya Ayu cam Dania terus cari ummi Dania. Alhamdulilah Allah menemukan kita juga akhirnya. Tak sempat nak berborak lama-lama. 

***Dania ada dapat peluang sambung belajar KLIP, UNIKL. Kakak (Syifa Masdi) kepada Amir Masdi penyanyi tu....sekelas dengan anak Ayu ni kat UNIKL. Oh ya anak Ayu ni bernama Fahiera. 


Kat pintu keluar terjumpa adik ipar kawan saya Noor tu. Adik kepada Zainal Abas. Nak tegur juga sebab Azlin ni dulu satu Pusat Persediaan Pelajar (PPP kat Seksyen 18, Shah Alam) sama dengan adik saya Elza. Adik saya kata Azlin ni kiranya glamour kat PPP tapi adik saya low profile je dan anak Azlin dan anak saudara saya berkawan kat sekolah. Azlin juga merupakan manager kepada Remy Ishak. Rasanya sebelum dengan Remy, Azlin manager kepada Maya Karin. 


Menurut kata Noor kawan saya...kalau saya datang pagi, ramai la orang TV3 atau Astro yang datang. Tak apa la tak ada rezeki. Apa pun buat Pengantin lelaki, Zainal Azaree dan pasangannya Fateen ....Selamat pengantin Baru. Semoga berbahagia sehingga ke syurgaMU. Tahniah Noor dah terima menantu dah. Sekarang ada 2 orang anak perempuan 😊




XOXO,
Ezna


2 comments:

  1. wahhh ramainya org yg u jumpa dan kenal kat wedding tu hehehhe bagusnya ur PR skills..i bab2 PR ni mcm failed hahahah

    ReplyDelete
  2. Suka tengok gambar Dania dengan ketuanya tu..
    Sepadan.. Hihihihi
    Malu2 ye Dania..

    ReplyDelete