Rabu, Oktober 5

Royal Floria Putrajaya 2022

Sehari sebelum Floria berakhir, ada seorang kawan saya tanya sesuai ke bawa orang tua ke sini. Saya cakap kat sini mungkin ramai orang dan tanah tak semestinya rata. Kadang kena naik platform kalau nak tengok kat ruang pameran. Beliau nak bawa ibu beliau ke pameran ni. Akhirnya petangnya beliau cuba datang ke sini tapi pengunjung punyalah ramai dan beliau terpaksa melupakan hasrat nak datang ke sini. 

Orang lain yang nak pergi akhirnya kami pula yang sampai dulu ke sini. Kami pergi pun hari terakhir Floria ni diadakan. Kami parking area tak berapa jauh dari Floria ni tapi kena berjalan sikit la. Ok perhentian pertama kat sini.  

Nak kata ramai sangat orang tak juga sebab kami datang pagi. Nak ambik gambar tu kena snap ajer sebab kalau nak tunggu orang takde tu memang mustahil la.

Sukalah saya dengan arch ni. Pastu bunga yang melilit tu pun warna ungu pulak. 

Dania dengan ayah. Kami nak pergi naik kat titi belakang tu nanti. 

Sesekali nak kena bagi laluan kat orang yang sibuk bergambar juga. 

Ha ni dah naik titi. Banyak betul bunga kat atas ni. 

Cantiknya warna bunga ni. Masa kami pergi ni dah tak payah bayar dah. Tak silap kalau pergi awal2 kena bayar kan?. Sebabnya kebanyakkan bunga-bunga pun dah nampak layu. Lain kali nak pergi kena pergi masa awal-awal tu. Agaknya lagi cantik kan?. Tapi kena tahan bersesak tu la. Bab tu yang saya kurang sikit tu. Malas nak bersesak. 

Bunga orkid berwarna ungu. 

Bunga apa ni tak tahu tapi mungkin spesis keladi sebab tumbuh dalam air. 

Kat sini cantik sangat. Mungkin bangunan kuning tu menyerlahkan lagi agaknya. 

Kat sini ada astaka jadi ambik gambar le berdua dengan Dania. 

Princess dan Queen. Hehe...

Minta orang lain ambikkan gambar. 


Bumbung unik dari kayu. 

Suruh Dania ambikkan gambar ummi dan ayah duduk tepi tasik ni. 

Angsa ni kalau malam-malam mesti bercahaya ni. 

Okay ni laluan nak balik dah ni tapi ambik gambar dulu dinding bunga dan rama-rama ni. 

Berjaya juga kami ke Royal Floria Putrajaya untuk tahun 2022 ni. Dania dapat pergi sebab cuti sabtu dan ahad. 


Secara keseluruhan tu okay je la tapi kalau nak tengok bunga segar2 dan banyak lagi pameran kena datang masa kena bayar tu sebab masa kami datang selain daripada bunga banyak yang dah layu, ada lori2 dah start mengangkut bunga pameran juga.  Dania kata masa kawan dia datang, ada pameran dalam khemah yang sangat cantik. Masa kami datang ni khemah pun dah kosong. 

Apa pun masih banyak juga tempat instagrammable yang boleh ambik gambar. Next year nak kena pergi masa Royal Floria ni masa berbayar. Lagi puas tengok bunga-bunga yang segar tu.

You alls semua ada pergi jugak ke?. 




XOXO,
Ezna 







2 ulasan:

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Cendol famous di Melaka?

Bila dah tiba di Melaka ni, jom la kita makan cendol terkenal kat Melaka ni.  Kami parking kat sini kebetulan ada yang keluar parking. Rezek...