Jumaat, Oktober 14

Percutian keluarga ke Langkawi Day 2 | Jalan Jalan Cari Makan

Pagi, breakfast dekat hotel. Banyak juga pilihan kat sini dengan mee, roti2, nasi lemak etc. Kami breakfast awal juga dalam 7.30 pagi macam tu sebab nak pergi mangrove tour yang dijadualkan jam 10 pagi. Cuaca kat Langkawi ni tak menentu. Masa kami pergi tu kejap hujan, kejap panas. Masa tengah makan ni pun hujan renyai-renyai sekejap. Pilh tempat duduk tepi kolam renang. 
 

Ni ada staff offer suruh rasa sebab mungkin akan diperkenalkan masakan ni. Pulut dengan sambal tumis ikan bilis. Sambal ni agak masin sikit.


Anak ummi....percutian ni untuk merehatkan minda dan satisfy craving makanan Dania yang dia teringin sangat. 


Lepas breakfast, kami parking kereta kat Tanjung Rhu untuk membuat pembayaran bot kat pejabat Helang Kaya dan akan ikut kenderaan pickup Helang Kaya ni untuk ke jeti. 

Satu hari sebelum dah booking trip Mangrove Tour ni. Sebenarnya whatsapp ajer kat tempat kami sewa kereta tu sebab dia kata kalau nak pergi mangrove tour boleh dapat harga kasih sayang. 😁. Ada nombor ni boleh la contact kalau berminat ya?.


Ni pemandu  bot yang nama glam Morgan. Terus teringat Morgan Freeman pelakon tu 😁. Ok takde kena mengena ye. 


Bagus juga la Morgan ni sebab dia akan pesan apa-apa yang perlu dibuat sebelum memulakan perjalanan. Oh ya kami sewa bot ni untuk keluarga kecil kami je tak campur dengan orang lain. Nanti saya akan bagi tahu harga bot ni. 


Dania sebenarnya dia seram apa-apa aktiviti air ni. Bukan sejenis budak adventure. Macam ummi dia jugak la. Takut takut juga ni. Siap-siap la pakai safety jacket untuk keselamatan. 


Ni gunung berbentuk gorilla. Saya rasa macam king kong je. Kalau live kat sini boleh nampak dengan jelas. Ada mata etc...


Dalam jadual mangrove tour ni, kami akan ke laut andaman juga jadi mana nak tahu ni laut ke ni sungai sebab sungai dan laut ni bersambung. 

Sungai ada tumbuh-tumbuhan seperti pokok-pokok ni. Laut tak ada pokok-pokok. 


Masa ni Morgan ni letak kulit ayam kat sungai ni jadi datang la burung-burung helang ni menyambar kulit-kulit ayam ni. 


Ambik gambar Dania dengan burung-burung helang. Maskot Langkawi, burung helang warna merah. 


Morgan kata nampak je burung helang snap je gambar atau standby je kalau nak buat video sebab kalau kulit ayam tu dah habis, burung helang akan terbang tunggu kat pokok-pokok je. 

Selagi ada kulit ayam, selagi tu burung helang ni terbang kat sini. 


Lepas burung helang, menuju ke tempat koloni monyet pulak. Kebetulan ada beli 2 ikat pisang. Satu untuk kami dan satu lagi untuk monyet-monyet ni. 


Monyet ni boleh berenang rupanya. Masa nak pergi ke bot, dia berenang dan ada yang menyelam. 


Ni hubby yang cuba bagi makan kat monyet. Dania dan saya tak berani. Hehe...


Terima kasih abang bagi saya pisang. Hubby kata monyet ni rentap. Lepas tu dia menyelam. Tak nampak dia berenang pun. Tau tau dah kat darat. 


Masa ni nak masuk ke dalam crocodile cave. Saya google dulu pasal cave ni sebab takut jauh pulak jalannya dalam gua. Trauma bila dah tengok cerita Thai Cave Rescue kat Netflix. Dah ada yang menonton?. Tentang pemain bola yang terperangkap dalam gua yang dipenuhi air kat Thailand. 


Gua ni bila masuk je dah nampak jalan keluar jadi tak panjang la jalannya. Nampak juga formasi gua ni macam rupa kepala buaya. Mungkin dalam gambar ni tak berapa clear sebab kena tengok dengan angle yang betul. 


Sepanjang perjalanan nak ke gua kelawar, nampak la restoran terapung kat sini. Ada juga kapal layar kepunyaan rakyat asing parking kat sini tapi menurut Morgan dah lama tak bergerak. Bertahun dah. Mencacatkan permandangan pun ya sebab nampak berkarat dah kapal layarnya. 


Ehem kat mana la restoran yang ikan siakap seribu tu??....


Marilah kita masuk dalam gua kelawar. Nak masuk ni RM2/pax. Ok la harganya. Lepas tu kami sewa lampu suluh pulak. Dalam skirt saya tu saya pakai seluar, senang la nak angkat tinggi nanti. Hehe....


Kenapa kita perlukan kelawar?. Kat UPM Dania kata pernah ada signboard dekat dengan Pusat Asasi Sains Pertanian tu....hati-hati...penyelidikan kelawar sedang dijalankan. 


Kelawar kat atas tu. Masa ni Dania yang suluh kat bumbung gua ni. 


Ok, yang ni fosil pokok yang hidup zaman dahulukala. 


Nampak tak seakan pelepah kelapa warna putih tu?. Haaa tu la fosil pokok yang hidup zaman dulu. 


Halangan gua seterusnya kena tunduk nak lalu. Dania takut nak lalu dulu jadi ummi la yang jalan dulu. Ini kalau orang berumur yang tak larat tu tak digalakkan masuk ke sini. 


Selepas gua kelawar, ke mana kita?. 

Bot kami dibawa ke laut andaman dan kali ni dah diberi amaran sebab bot akan terhentak-hentak. Tak sesuai untuk ibu mengandung dan yang sakit pinggang. 

Nampak tak formasi macam muka orang kat batu tu?. 


Bergambar di Kilim Geoforest Park. 


Nampak ada jetski juga kat laut andaman ni buat yang berani. 


Pulau kat tengah ni macam formasi kasut. 


Selepas laut andaman ni kami ke restoran terapung untuk melihat ikan yang diternak. Kalau nak makan lepas ni pun silakan tapi kami meneruskan perjalanan pulang. 

Adik ni sedang membelai seekor ikan pari. Dia buat lawak katanya ikan pari ni betina bernama PARIdah 😀.


Besar ikan kerapu ni. 


Tak melepaskan peluang pegang tapak sulaiman yang hidup tapi macam mati je sebab tak bergerak pun. Haa yang ni memang saya berani pegang. 


Belakang tapak sulaiman ni katanya ada mulut dia.


Dania tengah buat amali pertanian ke tu?. Dengan tajuk haiwan akuatik. 


Close up. Cantiknya tapak sukaiman ni. Warna jingga dan kelabu.


Kena berhati-hati lalu atas ni ya. Takut terjatuh ke dalam kolam ikan ni pulak. 


Mangrove tour ni kami ambik pakej 1 bot berharga RM280. Hanya kami bertiga ajer. Tak campur dengan orang lain. Tour kami ni bersama Helang Kaya yang terletak di Tanjung Rhu. Kami melawat ke: 

1. Gorilla Mountain.
2. Tengok burung helang
3. Monkey River
4. Masuk dalam Crocodile Cave dengan bot
5. Bergambar di Kilim Geoforest Park
6. Naik bot di laut andaman
7. Fish farm dan restoran terapung

Sangat best tour ni. Mengambil masa lebih kurang 3 jam. Bagi saya tour ni tak sesuai untuk ibu mengandung, anak-anak kecil yang tak boleh dikawal. Tunggu besar sikit la kalau nak bawa pun dan orang berumur yang tak larat nak berjalan atau mereka yang ada penyakit slip disc. 

Dah balik boat tour, lapar la pulak jadi kami ke Kerisik di Laman Padi. Kami makan tepi sawah padi yang menguning. Hubby kata padi ni dah boleh ambik dah. 


Order untuk 2 pax dan makan untuk 3 orang. Cukup dah ni. Akhirnya lauk2 hubby yang menghabiskan sebab saya dan Dania dah kenyang. 


Bergambar dulu kat sini. 


Dania teringat masa amali Dania kat bendang UPM sebab masa tu bendang dah kosong. Ada kelas lain kena membajak kat bendang tu. Kelas Dania kena berlari dalam bendang. Pengalaman yang sangat mengujakan.


Boleh juga makan duduk kat pondok macam ni. Kena pulak dengan angin sepoi-sepoi bahasa tu. Lagi banyak makan agaknya. Hehe. 


Best ke makan kat tepi sawah ni? Best dengan suasana macam ni. Nak kata sedap sangat masakannya bagi saya ok lah. Harganya agak mahal juga jadi kalau datang ke sini memang kena bersedia nak bayar lebih. Tempat dia memang cantik la. Tak dinafikan. 

Lepas makan, balik dulu la hotel. Berehat, mandi solat dulu sebelum petang sikit keluar. Area ni tepi airport Langkawi je. Nampak pagar kat atas tu? Airport la tu. Boleh nampak 2 kapal terbang mendarat juga. Sepanjang sini memang banyak food truck jual laksa tapi yang ni yang buka. Lain tu tutup. Tu sebabnya kat sini ramai orang datang menikmati juadah. 


Saya order laksa dan cendol pulut. Tak puas la makan cendol macam ni. Saya suka lagi kalau letak kat dalam mangkuk. Selesa nak menikmati cendol tu. Dalam laksa tu ada seekor ikan tu. 


lagi satu hubby order pasembur tapi isinya macam ala ala makan yong tau foo je sebab kami datang pun petang sangat. Cucur udang dah habis, telur pun tak ada dalam tu. 


Close up laksa. Sedap serba serbi. 


Close up cendol. Gula tu rasa lain sikit tak macam gula melaka.


Lepas makan sempat la berjalan tepi pantai dan pegang2 kuda padi putih ni. Nampak sedih je muka dia. 


Dania macam takut2 nak pegang sebab mulut kuda ni asal Dania nak pegang je dia bukak mulut. Hehe. Udah tuan kuda ni pegang tali kat mulut kuda ni supaya tertutup mulutnya. 


Ok last dah sebelum balik, ambik gambar tepi pantai. Dah nak malam dah...


Kami...


Malam, kami dah tak keluar mana-mana dah sebab dah kenyang makan petang tu. Buat air je kat dalam bilik dan tengok TV kejap terus zzzz......

Esok pula kami akan breakfast kat satu tempat makan yang Dania teringin nak makan lagi. 😅.



XOXO,
Ezna















 




2 ulasan:

  1. Seronoknya..
    Cantiknya tapak sulaiman.. ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul cantik. Pegang macam batu ok la. Kalau menguit-nguit saya takut nak pegang. Hehe...

      Padam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Bukit Ekspo, Jirat Cina dan Seri Serdang

Setelah minum air teh o panas kat Serumpun tu saya menuju ke Bukit Ekspo. Nak menghabiskan masa katanya. Nak tunggu Dania habis kelas jam 5 ...