Masa nak celebrate birthday Dania, celebrate awal sehari. Actually birthday Dania jatuh hari Isnin tapi Isnin 7 November 2022 tak nak kacau Dania sebab keesokannya Dania ada Test 2. Ok since Dania tak balik weekend yang ni sebab kata nak fokus study kat kolej jadi ummi dan ayah pick up Dania dekat UPM.
Kami ke Dotty's IOI City Mall ni je. Nak cari tempat yang tak jauh sangat. Dania yang pilih Dotty's ni sebab teringin nak makan salted egg cronut tu.
Ni saya pakat2 dengan staff Dotty's suruh nyanyi lagi Happy Birthday untuk Dania. Jadi sebelum tu ada suruh Dania pilih nak makan kek yang mana selain Cronut. Bab nyanyi2 Dania tak tahu ummi dah pakat sebab masa tu dah duduk kat tempat duduk. Staff tak nyanyi tetapi pasang lagu Happy Birthday. Kalau perasan ada suara budak happy bila lagu Happy Birthday dipasang masa last2. Ada budak belakang kami tu nampak teruja sangat.
Kek pilihan Dania Lotus Biscoff Cheesecake.
Salted egg cronut.
Ni saya pilih. Signature Mushroom Soup yang diletakkan di dalam roti.
Spaghetti ni Dania punya. Memang peminat pasta.
Dania dapat jambangan bunga dan hadiah.
Simple je hadiah Dania. Stokin beli kat kedai Korea nama Agas** (tak boleh sebut sebab sebelum tu ada blog post saya sebut sampai kena recheck balik blog saya. Tak boleh siar), ada eye shadow Catrice. Saya cari yang vegan, 2 lipstick Simplysiti dan eye shadow brush. Kotak dan shredded paper ni guna yang sedia ada je. Tak ingat sape yang bagi hadiah kat Dania. Hehe.
Dania memang berselera kalau makan pasta. Senang la ummi nak masak.
Jambangan bunga dari Hanna Petals, Bandar Baru Bangi. Ada 3 bunga ros warna peach.
Anak ummi dah 18 tahun. Alhamdulilah. Happy Birthday Dania. Moga Allah permudah cita-cita Dania, jadi anak yang solehah, panjang umur dan dimurahkan rezeki, disayangi semua insan dan makhluk di bumi, dijauhi dari hasad dengki manusia, dikurniakan otak yang cergas, boleh berkomunikasi dengan semua lapisan masyarakat, jadi insan yang sentiasa bersyukur, merendah diri dan pemurah serta semua yang baik2 untuk Dania.
Ummi dan ayah sayang Dania!
Dania saya pakaikan lipstick baru. Wahhh so sweet warna dia. Dania pun sejenis tak suka pakai warna yang terlalu garang.
Ok, esoknya 7 November 2022, waktu petang saya dan hubby hantar ni untuk Dania dan kawan-kawan. Ada air twister, nuggets, McChicken dan Oreo McFlurry. Saya letak sini nak bagi kenangan dan nanti in future boleh tengok balik apa yang saya beli. Boleh refer.
Saya minta Dania ajak kawan2 untuk tolong angkat barang. Hehe. Haaa satu bilik turun kecuali seorang. Dari kiri Durrah, Wafa, Dania, Hana dan Ayuni. Hana ni bukan muslim, saya tersilap bagi salam masa hari pertama. Dania kata rajin pergi St Anne's church dalam UPM ni. Kita hormat agama masing-masing kan. Jangan provoke sesama kita.
Lagi gambar. Sweet pula saya tengok mereka gambar yang ni.
Masing-masing dapat la sehelai stokin korea comel ni. Beli dekat Agas** juga.
Lepas hantar makanan ni, ummi dan ayah pun balik la sebab tak nak la kacau Dania dan kawan-kawan sebab esoknya 8 November 2022, akan diadakan Test 2. Nak bagi masa mereka makan dan sambung belajar pulak.
XOXO,
Ezna
happy 18th bday Dania!!! moga jadi anak yg solehah, berjaya di dunia & akhirat....aamiin
BalasPadamdari sehari ke sehari nak pergi Dotty's ni tapi tak juga sampai2...
BalasPadamtisya pn suka pasta tp carbonara la...anyway happy belated birthday dania...cpt rasanya masa berlalu..dlu jmpa kecik je lg..dh besar..tklama lg bole dpt menantu
BalasPadam