Hello eznakhalili.com readers!!

Thursday, June 16

Switzerland | Day 2

Hari ni kemana kita ye?. Kalau ikut itinerary, kami akan cover area Zurich ajer kemudian nak naik boat keliling tasik Zurich. Pagi-pagi dah siap dah lunch kami ni. Senang masak dengan Kembara Meals ni. Masukkan food warmer dah good to go. Kemudian masukkan siap-siap dalam mangkuk tingkat. 

Packed food tu rupa macam ni la. Prepare kat pantry ni. 


Ada microwave dan tempat masak air juga boleh gosok baju dan basuh baju kat sini. 


Guna apps SBB Mobile terus kami ke Burkliplatz. Actually banyak tempat boleh naik bot ni tapi kami pilih naik bot kat sini. So, kami naik la train sehingga ke sini. Apps ni akan tunjuk naik train mana, platform berapa dan pukul berapa train sampai dan kita nak turun kat mana. 


On the way ke tempat nak naik bot ni nampak tayangan filem Top Gun. 


Ambik gambar sepanjang perjalanan. 


Dah tiba kat sini. Ambik gambar bertiga ya. 


Meriah betul swan dan burung-burung kat sini. 


Kat sini pun ada tempat kalau nak beli souvenir ke apa. 


Tengok dulu pukul berapa pelepasan bot ni. Nampaknya kami naik bot pertama iaitu mini cruise selama 1 jam. Kalau cruise lain ada yang 2 jam. 


Kat sini tempat bot akan berlabuh. 


Keadaan dalam bot ni ada tempat duduk yang selesa. Boleh ajer kalau nak makan bekal kat sini tapi kami tunggu lunch nanti la kot. 


Bot lain sebijik bot yang kami naik ni. 


Faham ke tu?...Hehe


Tengah menikmati keindahan alam di sekeliling tasik. Rasa santai sangat. 


Ambik gambar Dania seorang. Masa ni tak ada sesiapa pun keluar area ni kecuali kami sekeluarga jadi tenang ajer la. 


Gambar saya la pulak. Masa ni cuaca mendung sikit. 


Selalu kalau naik bot mesti nak ambik gambar kat bendera negara bot ni. 


Banyak tempat juga bot ni berhenti. 


Pokok ni nampak unik la pulak. 


Gambar saya dan hubby.


Gambar kami dengan bendera Switzerland. 


Kemudian kami lalu berdekatan dengan pokok besar ni. 


Kat bawah dia banyak burung merpati. 


Ni saje ambik gambar tulisan Bau ni. Entah apa maksudnya kan?. 


Ambik gambar sekitar sini sebelum naik bas nak ke Lindts Home of Chocolate. 


Tunggu bas nak ke Lindts kat sini. 


Selfie dengan kamera je ni. Sebelah kami ada pelancong dari India yang nak ke Lindts jugak. 


Kena tengok kat mana nak turun ni. Kami akan turun di Lindt & Sprungli. 


Dah tiba. Kat sini juga factory chocolate Lindts tau. 


Akhirnya tiba la kami ke sini. 


Cantik pulak ambik gambar kat sini. 


Besar bangunan kat sini. 


Kalau ada beg besar tak boleh bawa sampai dalam ni jadi kena tinggal kat loker sini. 


Marilah kita belajar mengenai pokok koko. Bila tunjuk gambar ni macam terasa kat negara kita pulak. 


Close up model pokok koko.  


Alat untuk hancurkan isi buah koko. 


Dania try guna alat tradisional. Ketat juga nak tolak naik turun tu. 


Mari belajar sejarah coklat. 


Bahan yang digunakan.


Tak ramai sangat pengunjung kat sini jadi takdelah crowded sangat sebab hari kerja kan....


Barang yang dipamerkan. 




Tengok la pembuatan coklat pada tahun 1950 - 1980. 





Kat sini boleh merasa coklat kalau nak. Kena letak dalam sudu. 


Bahan-bahan yang diletakkan di dalam cokat. Halia ada, kulit kayu manis dan lain-lain lagi. 


Banyak coklat kat sini. Boleh ambik kalau nak. 


Kat dalam coklat ni tempat ambik gambar. Lepas tu gambar tu akan disiarkan di wall of fame depan tu. Boleh hantar gambar ke email kita juga. 


Ni gambar yang tiba kat email saya. 

Ambil gambar setiap inci kat sini untuk kenang-kenangan. 


Chocolate Tour ni boleh pilih bahasa yang kita nak. Kami pilih bahasa inggeris. Cuma touch je kat bahasa mana kita nak untuk audio kita tu.


Gambar kami....


Coklat yang mengalir kat belakang ni memang coklat betul ya. Tak nampak sangat fountain dia tu. 


Kami menikmati 1/2 cup hot chocolate Lindt. Alhamdulilah.  


Close up. Ada sekeping coklat jugak. 


Bersantai di luar menikmati hot chocolate. Di kejauhan boleh nampak tasik. 


Gambar kami semua sebelum balik. 


Bestnya kat sini boleh ikut je tanda selfie spot untuk mendapatkan gambar yang cantik. 


Kat depan Lindts ni boleh nampak tasik jadi kami menapak le ke tasik. Tasik ni untuk public. Jangan pula masuk ke kawasan bertanda Privat (Private). Kami nak menikmati lunch kami. 


Siap bentang picnic mat lagi haa....hehe. Cantik permandangan tasik ni dengan bot juga. Kami pilih kat bawah pokok besar. 


Kami tunggu kat tempat tunggu bas ni untuk ke destinasi seterusnya. 


Ada kereta Canon pula depan tempat tunggu bas ni. 


Nampak paip swan ni boleh la tadah air. 


Cantik bunga ni. Ada warna kegemaran saya. 


Cantiknya....sambil berjalan kalau ada permandangan menarik, saya tak lepaskan peluang ambil gambar. 


Kali ni nak pergi menjelajah old town dekat Zurich ni. 


Rupanya old town Zurich ni terletak berdekatan dengan stesyen train di Zurich HB. 


Myvi?. Perodua Myvi ke? Ni sebenarnya restoran Vietnam. My Vietnam. 


Kat sini ternampak restoran halal ayam goreng. 


Sepanjang lorong ni banyak bar. Minum tepi-tepi jalan je ni. 


Ada ternampak kedai menjahit Saleh juga kat sini. 


Kereta polis Switzerland. 


Berdekatan dengan kedai jahit Saleh tu kami naik train ke atas. Stesyen ni nama Polybahn. 


Kat atas ni tersergam indah ETH iaitu universiti awam terbaik di dunia. Kalau ikutkan kat Europe ni jatuh No. 2 selepas Universiti Oxford. Kalau antarabangsa ia terletak dalam kumpulan Top 10. Hebat!!!. Ia terletak di atas bukit. Dania ambik feeling la macam pelajar universiti. 


Kat atas ni boleh tengok permandangan macam ni. Nampak la beberapa orang student tengah bersantai kat atas ni. 


Ni stesyen train atas bukit berdekatan ETH. 


Klasik betul bangunannya. 


Lepas ajer melawat ETH ni, tengok jam baru pukul 3 petang jadi nak slot in lah ke Lookout Point bernama Uetliberg. Suspens juga bas naik melewati lereng bukit sekali ikut maps berhenti kat sini dan kena hiking dan mengambil masa 30 minit ke atas. 


Fikir punya fikir kata tak nak sebab masing2 sakit kaki dan penat. Seram pun ya jugak sebab macam takde pun orang hiking area ni. Haha. Dah tiba tapi tak nak hiking naik atas. Ambik je la gambar berlatarbelakangkan nature ni. Pun cantik. 


Tengok la jalan kat bawah ni. Kalau you alls nak hiking ke atas tak?. Nampak sunyi pulak tu nak kena lalu hutan. 



Alehnya tunggu bas balik ke Zurich HB balik. 


Jalan-jalan sehingga ke Zurich Old Town sebab.....



Nampak tempat ni santai sangat. Ni hotel kat Zurich Old Town. 


Lalu restoran yang tempat duduk dia dari cable car. Unik sangat ni. 


Nak singgah makan kat sini. Owner dari Pakistan. 


Saya pilih ayam 3 ketul. Sedap juga ni. 


Dania makan burger ayam. 


Hubby makan burger ikan. Macam pernah rasa je ikan dalam tu. 


Lepas makan jalan-jalan nak ke Zurich HB stesyen train untuk ke airport. Lalu lagi Schweizer Heimatwerk ni. 


Lalu lagi bawah pokok maple ni. 


Close up pokok maple. 


Kat stesyen train Zurich HB ni ada patung 'Guardian Angel' tergantung. 


Kami naik train 2 tingkat nak ke airport tapi berdiri je ni sebab orang ramai. 


Yayyyy bila tiba airport ni kami akan tunggu tram untuk ke hotel kami.


Cleaner tengah menyedut puntung rokok kat stesyen tram ni. Puntung rokok memang banyak orang buang kat bawah. Sampah lain jarang nampak. Apa pun Switzerland masih bersih dari sampah-sarap.


Ok....day 2 dah sampai penghujungnya. Insya Allah bersambung ke Day 3 pula. 




XOXO,
Ezna
















































































































































































































































































































































































































































































16 comments:

  1. Bestnye bercuti…😀….zurich tpt tggl youtuber shaffy..abg utuber shazz zainuddin..sllu jgk tgk dia share sekitar zurich…bersih dan cantik😃..mmpu tgk je…ha3..tq kak share pic n pnglaman.terbaik👍🏻

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan kata mampu tengok je. Itu doa sebab pernah dengar ada ceramah tak ingat siapa tapi dia kata jangan cakap 'tak mampu' sebab itu doa nanti bila2 pun tak mampu tapi doa moga suatu hari nanti saya akan tiba juga kat sini. Cepat atau lambat je. Insya Allah.

      Delete
  2. yayyy seronok baca sbb u tulis sgt detail setiap detik u ronda2 tu heheh kiranya u plan sendiri lah yer nak gi mana2 sepanjang kat swiss tu..tak folo tour agent/group yer? terer laaa u!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak gambar I dah delete you. Banyak sangat nak cerita. Hehe. Sebenarnya macam ni, travel agent I akan bagi list tempat yang patut pergi untuk setiap hari. I stick to the plan je. Mana yang I rasa I tak nak pergi...I tak pergi kot la tak cukup masa nak cover tempat tu. Ada tempat travel agent tak suggest pun tapi sebab I nak cover shooting location tu I pergi. Nanti before travel ke sini, ada google meet dengan travel agent sebab dia nak terangkan in detail macamana nak pergi dari satu tempat ke tempat yang lain. Kena download apps 'SBB Mobile' kat situ ada in detail public transport mana yang kita kena naik. Detail sangat you....dan public transport sini sangat efficient.

      Delete
    2. ooo ok ok... ni gigih i singgah blog u sbb nak tgk dh ada entry day 3 ker lom hehhehe

      Delete
    3. Terharu I you datang sini. Insya allah. Ada masalah loading gambar.....

      Delete
  3. Bestnya dapat travel kat sini..thank sharing.. boleh buat rujukan mana tahu ada rezeki nk ke sini

    ReplyDelete
  4. Nie buat makin teringin nak travel ke sana. Nampak tenang je dalam gambar2 nie - best kalau jalan tempat yang tenang2 nie

    ReplyDelete
  5. seronok.. bila dapat jalan2 dan melihat negara org.. tempat coklat tu menarikla ezz.. btw gambar u bertiga kat bot tu cun hehehehe

    ReplyDelete
  6. Best nya jalan jalan. Kita ni passport dah mati sebelum PKP pun x buat2 lagi. xtau bila nak travel balik haha

    ReplyDelete
  7. Makin teruja bila baca sharing kak about Switzerland trip ni... slowly know what to expect for my upcoming trip nanti! Cantik sungguh building chocolate mereka kan!

    ReplyDelete
  8. So nice akak your trip at Switzerland, I also wish to travel there this beautiful country, thanks for sharing the beautiful captures & your travel story :) cheers Siennylovesdrawing

    ReplyDelete
  9. Bestnya melawat tempat yg tak crowded, boleh gambar puas-puas tanpa segan silu gitu..haha

    ReplyDelete
  10. swiss memang best. kalau ada rezeki lebih boleh pi sana. culture best. scenery lawa, bangunan classic.

    ReplyDelete
  11. Waaa banyak betul gambar kenangan dia.. suka kalau travel jenis ada tours gini, semua tempat boleh pergi kann...

    ReplyDelete
  12. Kalo ke eropa nih memang lebih asyik kalo pergi mandiri ya kak, drpd pakai travel. Lebih puas rasanya. Apalagi transport di sana pun mudah juga dan jangkauannya luas.

    Bessst lah ke Lindt 😍😍⭐. Walaupun coklat nya banyak juga dijual di sini, tapi saya tak akan sia2kan kesempatan untuk borong coklat Lindt dan coklat Swiss lainnya kalo sedang di sana 😄😍😍. Coklat mereka terkenal sedap memang

    ReplyDelete