Rabu, Jun 1

Jamuan Ukhwah Raya Sekampung | MZ Garden Hall

Hari ni ada jamuan hari raya kawasan saya. Ni saya pakai shawl dari Sarah Camelia kepunyaan kawan saya. Nak jadi cerita kawan saya ni berkawan juga dengan adik saya Erma sebab sesama PTD dan kebetulan pula kawan saya ni sepupu pula dengan Siti Mariam...Eh Siti Mariam ni sepupu pula dengan Ayu Rafikah. Tudia bersambung sambung dan sambung. Faham ke idak?. Saya pun boleh confuse macam mana nak tulis ni. 😂. Empunya shawl ni Wani namanya....anak Wani ni sama sekolah dengan Dania dan pernah sekelas. 

Shawl ni simple je. Ada bunga kat hujung nak bagi manis shawl ni. 


Bergambar dengan Dania ajer sebab hubby bertugas untuk jamuan yang diadakan oleh kg kawasan saya ni. Besar-besaran katanya...kg kat sini pun moden. Kebanyakannya rumah batu ajer. Ada juga rumah kayu tapi sikit ajer. Paling banyak rumah tanah lot. 


Bila tiba tempat kejadian, pergi la gerai sate hubby and the gang. 


Gambar seorang Wak Sate 😂


Semua kena pakai uniform macam Wak Sate. Belah kanan baju putih ajer tu nama gelaran Wak. Selalu azan bila masuk waktu. Ex army tu. Tengok misai la....


Tengah berjalan bawa makanan, ada kawan sapa saya. Rupanya suaminya dah berkenalan dengan suami saya. Siap bagi kuah kacang kat suami saya. Gerai pula bersebelahan. Tak sure kawan saya ni jaga gerai apa. Ni bukan payah bayar ye. Macam konsep gerai je ni tapi boleh ambik ajer makanan yang dihidangkan. Kawasan sini ada juga mengadakan kutipan duit dan ada juga yang disumbangkan oleh surau kawasan ini. Peruntukan yang besar sebenarnya....


Lagi gambar kawan saya dengan suami dan anaknya. 


Tumpang bangga bergambar dengan ex hakim Mahkamah rendah Syariah di Melaka. Seorang hakim ni bukan satu tugas yang mudah ya....kawan saya ni saya kenal masa bersekolah di SMKA Simpang Lima, Sg Besar. Nama baharu sekolah ni SMKA Tun Rahah. Well...saya pernah bersekolah asrama dulu. 


Apa yang saya ambik ya?. 
Of course sate dari gerai hubby saya. 3 cucuk je pun. 


Bakso ni memang sangat2 sedap I tell you. Tukang masak memang orang Indonesia. Mantap!. Nak tambah lagi semangkuk segan pulak 😝.


Anak ummi...jap ummi ambik gambar atas sikit, jap bawah sikit....lepas tu komplen kata tudung senget. Haiii la anak....kadang...hairan juga tau....bila siap2 ajer aik?....warna baju sama dengan Dania. Bukan sekali tapi banyak kali. Tak plan pun nak warna sama tapi......selalu sama. 


Saya buat setting bunga kat kamera ni jadi 'bunga' kat depan je yang sharp.....


Makan juga lemang sikit. Nak merasa ajer. Idak la sekali makan dengan banyak. 


Dewan yang cantik sangat bagai dalam taman. 


Tengok la setting deco dalam ni....memang ala ala dalam taman dan english style. 


Terjumpa anak jiran. Dah besar dah mereka. Dulu yang baju putih ni, Dania pernah interview mamanya untuk Projek Geografi PT3. Lepas tu bila saya ambik gambar mamanya sahaja...budak ni macam nak menangis. Rupanya sebab dia pun nak masuk sama dalam gambar. Akhirnya saya ambik gambarnya dan mamanya sekali. Hehehe....sekarang ni dah boleh cakap adik dia tak dapat duit raya. 😂 bila saya bagi duit raya hanya untuk dia. Papa dan mama lawyer tu. Pandai cakap. Sebelah tu pula anak jiran yang lain tapi keduanya best friend tu. Nasib baik dia tak sound saya bagi duit raya sikit 😅. Tau je la kadang ada budak pilih warna duit kan?. 


Jamuan Ukhwah Raya Sekampung. Tempatnya ditaja oleh MZ Restaurant. Majlis ni diadakan di MZ Garden Wedding Hall. Owner MZ ni jiran saya 😊. 


Majlis perkahwinan selalunya diadakan di sini. 


Cuaca agak mendung tapi panas. Nasib baik la elok je saya dapat parking kat depan pintu masuk. Saya dan hubby pun balik asing. Hubby datang sini bawak motor kapcai dia je. 


Begitulah hidup bermasyarakat. Kena juga join aktiviti yang dijalankan. Kena kenal juga jiran sekeliling. Ada je yang langsung tak ambik kisah aktiviti macam ni. Apa-apa pun pilihan di tangan anda kan?. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Buka akaun bank dan lunch

Dania dah nak mula part time kerjanya jadi kena buka akaun baru pulak. FOS dulu guna akaun CIMB lepas tu latest ni tukar kepada akaun Ambank...