Hello eznakhalili.com readers!!

Friday, June 24

Switzerland | Day 3

Ok baru Day 3 ya. Haha. Maaf lambat sikit updatenya sebab masalah loading gambar yang banyak ini. Hari ini kami akan ke Lauterbrunnen. Jadinya pagi2 dalam jam 7 kami bertolak ke destinasi. Lauterbrunnen tu nak tengok apa? Ok kejap lagi saya cerita.

Masa ni dalam train, siap makan pisang lagi untuk tenaga. Hehe. Dalam train ni takde pula sign board tak boleh makan. 


Masa masuk train ni kemain syok la sebab tempatnya sangat selesa. Haha sebenarnya ni coach first class. Terus kami kena tukar ke tempat second class. Tak perasan ini first class. Main duduk ajer. Swiss travel pass kami untuk second class ya. Perasan sebab staff check tiket kata kami duduk first class. Dengan malu2 kucing terus ke gerabak lain. Hehe....

Patut la selesa semacam. 😆


Sepanjang perjalanan ke Lauterbrunnen. Boleh nampak gunung bersalji. Sangat kagum sebab kat bawah ni summer. Kat atas boleh bersalji pulak.


Air dia jernih sungguh. 


Ok dah tiba stesyen Lauterbrunnen. Dari sini jalan kaki pergi ke perkampungan Lauterbrunnen. 


Excitednya. Cantiknya permandangan kat sini.


Kat sini ada air terjun Staubbach Waterfall. Boleh lalu sampai kat tepi waterfall tapi saya kata kat hubby masih ada tempat lain pula selepas ini. Nak kejar masa. 


Gambar seorang. Nak kena beratur juga sebab ada pelancong nak ambik gambar. Nasib baik tak payah tunggu lama. Saya juga jadi photographer pelancong dari Singapura, USA dan Malaysia. Haha....harap-harap gambar cantik la ye...beriya suruh freestyle bagai la....


Gambar air terjun ni. Cantik sangat. 


Sepanjang di sini saya tak lepas ambil gambar. 




Tumpang ambik gambar kat hotel ni. 


Cantik betul permandangan kat sini. Kombinasi gunung, air terjun dengan rumah-rumah kat sini yang banyak bunga-bunga. 


Kemudian kami menaiki bas untuk ke Schiltorn. Kat atas gunung ni tempat penggambaran James Bond. 


Bas yang tambang free ni akan bawa kami ke stesyen train Stechelberg. Sepanjang perjalanan boleh nampak banyak sangat air terjun.


Nampak tak dekat2 tu ada 2 air terjun. 


Lepas beli tiket kena naik tangga kat sini untuk menaiki gondola ke atas. 


Harga tiket Schiltorn ialah CHF 42.80/pax dewasa untuk pemegang Swiss Travel Pass tapi untuk yang tiada Swiss Travel Pass ni harganya mahal CHF108/pax dewasa. 


Nak masuk gondola kena scan ticket. 


Gondola ni boleh muat ramai ni. 


Nak terus ke atas atau nak turun kat Murren pun boleh tapi kami decide naik atas terus. 


Makin tinggi nampak salji pulak. Ya allah cantiknya permandangan ni. 


Ini dekat Birg. Kena ambil lagi satu gondola terus ke Schiltorn. Masa turun sini. Ambik gambar sekeliling. Saya cuma berani takat sini je ye. Bawah tu berlubang. Boleh nampak bawah. Automatik kaki saya menggigil. I cannot....sesiapa yang berani....silakan....


Cari port makan la dulu. Lapar sungguh. Bentang picnic mat. Hahaha....


Nasi pilaf dengan rendang. Huiii berselera makan masa cuaca sejuk-sejuk ni. Kebetulan hujan pula kat sini, Lagiiiii sejuk. 


Boleh nampak 3 gunung kat depan tu iaitu Monch, Eiger dan Jungfrau. Nak dekat turun bawah ye....


Lagi gambar....


Kereta salji.


Ok kami nak naik atas dah ni....


Dah tiba kat atas ni banyak la scene dari James Bond 007. Memang penggambaran James Bond kat atas ni. 



Ini tandas lelaki. Nampak class je. Hehe...


Tandas perempuan ni kemain seksi haa...


Gambar James Bond dulu2. Ada yang tak kenal pun. 


Kenderaan salji yang digunakan dalam filem James Bond. 


Bond Girl veteran. 


Daniel Craig ni saya kenal la. 


Masa ni cuaca agak sejuk juga sebab hujan jadi kami minum air panas kat sini. Saya minum teh untuk panaskan badan. 


Sempat juga saya tinjau kat luar. 2970 meter dari paras laut. 


Bangunan Schiltorn Piz Gloria ni agak unik jugak. Berbetuk bulat. Ada revolving retaurant atas tu yang akan bergerak secara perlahan. Boleh makan juga kat situ tapi kami tak makan sebab was was nak makan unless minum je la. 


James Bond yang ni memang saya tak kenal. Yg rambut belah tepi 😅


Ok...ni time kami turun kat Murren. Actually ikut seorang solo traveler dari Singapura. Saya yang ambikkan gambar beliau kat air terjun Lauterbrunnen. Jumpa pula kat sini. Beliau ajak la turun gondola kat Murren then kami akan berjalan kaki menuruni bukit. 


Lihat la permandangan ni macam dalam cerita Little House on a Prairie


Untung la duduk kat sini celik mata nampak permandangan ni. 


Bendera ni kalau nampak gay dan yang sewaktu dengannya ye?. Mungkin ada orang dalam rumah tu LGBT. Boleh google la makna LGBT tu...


Saya suka bunga-bunga ni cantiknya...


Tiba2 ambik gambar statue fox. Tak tahu la ada cerita di sebalik fox ni. 


Dania dan wildflower. Ada kuning, ungu, putih, merah jambu. 


Ok gambar ni pada mulanya gunung kat depan tu tak nampak sebab terlindung dengan kabus. Tunggu sekejap sampai kabus hilang. Solo traveller Singapura yang ambikkan gambar kami. Saya pun ganti2 ambik gambar dia. Siap saya suruh dia flip rambut dia banyak kali sampai dapat pose yang cantik. Haha...sampai kena puji la saya sebab gambar saya ambik tu cantik. 😝. Siapa tak kembang kena puji?. 


Gambar depan. Tak sia2 suruh dia ambikkan gambar. 


Minat pula ambik gambar lembu ni. Sebenarnya saya ada ambik video lembu ni juga. Lembu tu dok tengok je saya. Confuse ada muka Asian pulak kat situ agaknya. Hehe


Cantiknya rumah ni...banyak bilik pulak tu. Tak sure rumah ke homestay. 


Kebanyakkan rumah kawasan berbukit ni diperbuat daripada kayu. 


Lepas tu kami menaiki train kat station grutschalp. Ini adalah scenic train nak tengok permandangan sepanjang alps ni. Tingkapnya sangat luas. Saya dan Dania tak duduk tepi tingkap jadi segan-segan nak ambik gambar sebab duduk sebelah orang lain. Hubby pulak berdiri ajer. 


Ni gambar train kami naik ni. Macam train lama. Menuruni gunung ni agak gayat dan teruja pada masa yang sama sebab tepi-tepi tu gaung ye....

Taken from : Google

Nampak tak train ni sangat luas tingkapnya. Semua orang boleh menikmati permandangan yang sangat indah sepanjang perjalanan. 


Kami menuju ke Bern untuk menaiki train nak ke hotel kami tapi sementara di Bern ni nak tengok2 bandarnya. Bern ni bermaksud Beruang. 


Belakang kami tu Zyglogge Clock Tower. Tak clear pulak tapinya ia adalah mercu tanda bandar Bern ni.


Ya ke Tak ni?. 😁

 
Yang tak habis kami tapau. 


Besar juga kebab ni. Bagi saya sedap.


1 kebab terpaksa tapau sebab makan hanya 1 je. Boleh buat breakfast esok pagi. 


Ni la Meet Point yang kami makan kebab tu. Dia takde restaurant. Kena makan kat luar ni atau kat open air. Tempat pun terhad je. Teringat pulak makan-makan dengan adik beradik saya kat 'Meat Point', TTDI. 


Ada Lovisa kat sini. Lalu kedai je la sebab CHF 1 : RM4.6 masa saya ke sana exchange rate dia. 


Inilah bandar lama Bern. 


Bangunan Parlimen di Bern. Klasik kan?. 


Bangunan bersebelahan dengan bangunan parlimen. 


Sebijik kereta kami kat Malaysia. 


Church yang bernama Berner Munster. Cantik dan klasik binaanya. Macam yang ada di Itali juga kan. Saya tengok gambar ajer. Tak pernah ke Itali pun. 


Di mana-mana sahaja ada paip air ni jadi jangan lupa botol air ya?. 


Bye Bye Bern. Dari jauh nampak sayup-sayup Zytglogge Clock Tower. Tadi tak clear sangat. 


Ini rasanya tengah tunggu bas nak ke stesyen train. 


Masa ni tak ingat pula destinasi mana tapi memang kami ni naik turun public transport. 


Kami...


Naik lagi train. Haha....ikut la laluan kat dalam apps SBB Mobile. 


Bern nak ke Zurich mengambil masa 1 jam jadi kita menikmati permandangan sepanjang perjalanan la ye. 


Ambil gambar dari dalam train je ni. Sangat lawa. Kalau tidur rasa rugi pulak. 


Akhirnya selesai juga Day 3. Jenuh sebab gambar sangat banyak nak kena pilih-pilih. Day 4 kami akan cover tempat-tempat shooting Crash Landing On You. 



XOXO,
Ezna



































































































































































































10 comments:

  1. fuhhh seronok sgt i tgk gmbr2 u..i suka gmbr2 yg ada gunung2 tu, yg ada snow, yg mcm little house in prairie tu jugak...sbb yg tu memang tak de kat notts hhehe yg bangunan2 tu memang most europe countries memang gitu bangunannya...gmbr yg solo traveller tu amikkan tu i suka sgt! boleh buat frame besar gantung kat rumah u!! i usha2 pakej swiss..RM8k+ per pax ezz...so i ckp dgn hubby, if kita pegi berdua, insya Allah mampu, tp if nak bwk all 3 boys, tak mampu la buat masa ni..my hubby ckp, tak best if tinggalkan anak2...emmm so tak tau ler bila i akan ke swiss ni ezz...u doakan i yer... :) tq for this lovely entry!! gunung2 alps tu mcm syurga dunia :)

    ReplyDelete
  2. subhanallah... cantik sangat pemandangannya... bertuah akak dapat lihat kebesaran Allah yang takde sempadannya.... kembara ready to eat tu memang menyenangkan... terima kasih pada yang inovasikan makanan makanan melayu ready to eat ni

    ReplyDelete
  3. Cantiknya bandar lama dia. Yes, yang penggambaran James Bond tu betul. Kebetulan baru tengok last week, memang ingat sangat bahagian pergunungan tu.

    ReplyDelete
  4. Wah!!!!!!!!! Seronok nyer Ezna pergi Switzerland. I dah lama x travel luar negara especially Europe. Rindu nyer.......

    ReplyDelete
  5. Wahhh seronok nya jenjalan kat switz.. view pon banyak yang sejuk mata memandang. Siap pergi kat tmpat jamed bond lagik. Tu yang the best moment tu

    ReplyDelete
  6. bila dapat peluang travel kat tempat cantik macam ni memang kerja nak bergambarlah. cantik betul semua gambar yang akak ambil ni :)
    tengok tasik kat Switzerland ni teringat drama crash landing on you..hehe

    ReplyDelete
  7. My most fav country in Europe is Switzerland. miss the clean air and river at that country now

    ReplyDelete
  8. Cantik gilerr pemandangan di kaki bukit tu.. betul nampak Swiss yaa.. one day hope dapatlah sampai ke sini...

    ReplyDelete
  9. Wow the sceneries are really breathtaking. Wish I could be there as well one day. Lucky you.

    ReplyDelete
  10. Entah bila Siennylovesdrawing can travel to Switzerland to enjoy all these lovely beautiful scenery, already in my to travel list for a long time, hopefully soon ya. Cheers Siennylovesdrawing

    ReplyDelete