Jumaat, Jun 3

Batik Boutique | Se-ri Hartamas

Ada satu hari tu hubby kata nak redeem point untuk dapatkan face mask Batik dari Batik Boutique yang terletak Sri Hartamas. Berpandukan maps kami pun tiba la kat lokasi tapi sesat sikit je sebab tak jumpa Batik ni. Bila call staff yang bernama Ganesh yang angkat dan bagi tahu the exact location. 

Bila masuk je...wahhhh sana sini sinun semua batik la. Dah namanya produk Batik kan. Banyak pula produk yang dijual daripada batik ni. Alas pinggan ni diantaranya. 


Pario pun ada...


Handbag batik pun ada. Bermacam warna. 


Barangan yang dipamerkan. 


Baju wanita kat bahagian sini. 


Barang kat sini yang paling saya suka bunjut segitiga tu. Dalam tu ada batu seremban. Dulu saya cukup terror main batu seremban ni. Main masa rehat. Kadang main getah. Hehehe...


Clutch pun ada. Beg kecik letak duit syiling tu udah diambil satu untuk Dania. 


Patung ni mengenakan batik biru untuk pakaian luar. Cantik warna biru ni. 


Gambar dekat tu face mask batik. Haa yang ni lah hubby nak ni. 


Cantiknya lapik pinggan ni. 


Kalau nak tengok item untuk rumah pula. Boleh juga dijadikan hadiah untuk masuk rumah baru atau hadiah kahwin ke. Tak pun hadiah untuk diri sendiri. Nampak eksklusif sangat kan...


Ini pulak lapik cawan. 


Comelnya baju batik untuk anak kecil ni. 


Ni kalau nak beli baju batik untuk lelaki dewasa. Harganya tidak la muah sangat sebab batik ni diantara barangan eksklusif juga la. Kalau kedai macam ni harga dah fix unless kalau kat Pasar Payang mungkin boleh tawar menawar lagi. 


Beg Comel....


Cantik pulak lampu kat sini. 


Beg segitiga ni dipanggil beg nasi lemak. Unik pulak beg berbentuk nasi lemak ni. 


Ambil gambar dari sini pulak. Apa yang kami beli ialah baju lelaki, beg duit syiling kecil dan face mask. Cantik juga face mask batik ni tapi kita kena masukkan filter ke dalam la untuk extra protection. 


Batik Boutique dari arah depan. Banyak juga barangan kat sini cuma tempatnya la agak tersorok. 


 

XOXO,
Ezna

8 ulasan:

  1. i suka dengan koleksi-koleksi dari batik

    BalasPadam
  2. I luv batik but sometimes the price is a bit pricey esp at the exclusive shop/boutique. Sy ada satu face mask batik, company En Suami bagi for each staff:)

    BalasPadam
  3. lawa-lawa kraftangan dari batik ni... bagi peminat batik butik ni sudah pastilah menjadi salah satu pilihan

    BalasPadam
  4. Cantik-Cantik dan kreative sangat semua barang dari batik.. ini bagus dapat meningkatkan value batik tu sendiri daripada orang asyik ingat batik tuk pakaian semata-matakan..

    BalasPadam
  5. cantik dan kretif design batik di sini. Memang berbaloi dan saya nak try la ke sini nnt.

    BalasPadam
  6. Lama tak membeli dan memakai batik.. tengok koleksi di sini macam exklusif yaa.. rasa harga pun boleh tahan juga kan Ezna..

    BalasPadam
  7. Nell suka sangat pakai baju batik especially pergi event... boleh la singgah sini next time to get more collection.. :)

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Ice Cream Treats

Masa makan tengahari saya masak ketam bercili.  Kacang buncis dengan telur.... Masa ke IOI City Mall ni nak mencari paper bag / plastik untu...