Pada mulanya Switzerland ni tak termasuk dalam list tempat saya nak pergi. Saya bercadang nak pergi ke UK. Idea ni bermula pada bulan ramadan baru-baru ini. Saya ada bayar deposit tempat ke UK pada 7 Julai 2020 dengan Our Stories Travel. Bayarnya cuma RM200/pax. Bestnya Our Stories Travel ni sebab kita boleh bayar sikit-sikit sebelum kita nak travel tu. Tarikh travel pulak asyik ditunda sebab negara kita MCO. Akhirnya pada tahun 2022, sempadan luar negara pun dibuka dan saya pun cuba untuk buat booking travel ke UK pada 21 April 2022. Jadi, pada 25 April 2022, Our Stories pun get back to me kata kalau nak travel date saya pada 3 Jun - 8 Jun 2022 tu akan incurred peak surcharges di mana saya kena tambah RM2500/pax. Fikir punya fikir pergi UK je tapi nak kena tambah banyak pula so saya tanyakan pakej ke Switzerland pula. Benda ni macam tiba-tiba terlintas untuk suruh Our Stories Travel check harga untuk bulan Jun 2022 sebab saya kata nak spend time dengan anak saya sebelum dia masuk belajar. Ikutkan mereka suggest saya ke UK pada bulan September 2022 sahaja.
Pada 26 April 2022 dapat feedback kata pakej Switzerland dengan harganya lagi rendah sikit dari UK. Our Stories bagi 3 tarikh untuk bertolak suruh saya pilih yang mana sesuai. Saya ambik masa satu hari juga untuk berfikir. Risau juga nak travel luar negara musim pandemik ni sebab tak tahu apa nak expect kan?. Dalam takut2 tu saya harapkan Allah tunjukkan saya jawapan. Masa lepas baca quran selepas solat tu, saya saje buka secara rawak mukasurat Al Quran, sekali ada ayat tulis doa sebelum memulakan perjalanan. Tersentak saya.....terus saya happy balik dah tak risau dah sebab maybe Allah nak bagi tahu sebelum nak pergi mana2 baca doa supaya kita dilindungi. Esoknya selepas Subuh, saya bayar penuh kat Our Stories Travel. Saya ingat lagi 27 April 2022. Malam tu pulak atau petang tu ke KJ announce kata kalau kita travel dari luar negara nak balik Malaysia dah tak payah buat PCR dan tak payah kuarantin. Untuk pengetahuan semua, kos PCR di Swiss ni sebanyak RM700/pax ye. Nak kena tambah lagi kos RM2100 hanya untuk PCR untuk kami bertiga. Since KJ dah announce macam tu kami pun bersyukur. Semuanya dipermudahkan. Tak payah PCR dan tak payah kuarantin dah.
Hari yang ditunggu-tunggu kejap je tiba. Petang tu lapik perut makan roti canai dulu kat Line Clear, Putrajaya.
Lepas maghrib kami bertolak ke ERL, Putrajaya Sentral. Tiba dalam 9. lebih macam tu. Elok je tunggu, ERL pun sampai.
Dalam pukul 10 malam, kaunter check in Qatar pun bukak jadi kami diantara orang yang pertama check in sebab siap2 beratur kat kaunter Qatar. Kalau tak beratur takut line panjang nanti. Bila dah selesai check in baru la tenang nak buat apa pun. Bila dah dapat boarding pass semua macam tak percaya je sebab akhirnya kami akan ke luar negara. Last ke luar negara pada tahun 2019.
Dalam pada update fb status dan IG saya dapat banyak la message tanya nak pergi mana. Actually kalau saya nak pergi mana-mana, saya tak akan update destinasi terang2 dalam media sosial untuk langkah keselamatan tapi kalau ada yang tanya secara terus melalui pm ke dm ke whatsapp ke saya akan jawab. Masa ni makan dekat airport. Makan dekat noodle.
Dalam pada itu, kawan saya dok tanya nak pergi mana....kebetulan kan kami satu flight. Dia kawan saya masa Dania sekolah rendah. Anak kami kelas sekali.
Masa kat KLIA tak jumpa lagi. Ni terjumpa masa atas flight KL - Doha. Saya sempat bagi tahu nombor tempat duduk. Rupanya selang 3 tempat duduk ke depan dari Dania. Keciknya dunia ni. Baru je kawan saya ni bagi tahu bila nak coffee. Sekali haaa jumpa kat atas flight terus. Hehe. Kawan saya ni dulu sebilik dengan YB Rina Harun masa belajar kat US dulu. Jadi....kalau nak kata yang tak elok pasal YB Rina Harun tu takde la saya nak bersuara. Nak jaga hati kawan la kan.
Nasib baik terfikir nak tukar duit qatari riyal kat KLIA dapat la beli croissant ni ha...masa ni transit di Doha sebelum menaiki flight Doha - Zurich.
Kat sini macam food court la.
Takde la makan beriya pun tapi total makan kat sini pun nak dekat RM100. Tu makan 1 croissant, 2 jus dan 1 coffee. Kalau makan berat tak tahulah berapa kena kan...
Lepas dah makan, singgah surau nak solat subuh. Cantik suraunya tapi yang tak berapa cantik pompuan yang tunggu dekat area kasut kat surau perempuan ni. Entah apa dibebelnya dalam bahasa arab. Muka garang je. Saya buat tak tahu ambil je wuduk. Dania kata surau ni pun macam spa. Hehe.
Dah selesai solat tunggu pula kat gate ni. Agak delay juga kat sini sebab kami semua kena naik bas pulak. Nak jalan naik bas pun lambat.
Kanan ni kawan saya dengan kawan sekolah rendah travel bersama. Nanti suami akan menyusul seminggu kemudian. Kawan saya naik flight sama juga Doha - Zurich kemudian kami akan berpisah sebab kawan saya akan naik flight lagi ke Croatia.
Ni lah bas kat Qatar yang kami kena naik.
Flight Qatar ni sangat la besar. Wings dia punya panjang.
Nak ambil gambar kat wing takde pulak lambang Qatar. Lambang Qatar tu dari flight sebelah ni.
Kami. Dalam flight Qatar ni kena pakai face mask setiap masa. Tema baju jaket jeans. Hehe.
Ni makanan first yang dihidangkan. Telur dengan sausage. Ada buah buahan dan puding coklat. Minum pula dengan air mangga. Pure betul mangga dia ni. Pekat sangat airnya.
Hubby pilih daging dengan kentang lecek.
Hidangan kedua pula ialah chicken sandwich.
Dapat pula biskut ni.
Flight Qatar ni kat kepala boleh adjust atas ke bawah. Tak pakai bantal tengkuk pun tak apa.
Nak pergi ke terminal di Zurich kena naik aerotrain macam kita kat Malaysia. Disambut oleh insurans Zurich ni. Kami memang ambik insurans Zurich ni untuk travel kami kat Switzerland ni. Mulanya nak ambik Etiqa tapi mahal banyak.
Tengah nak collect beg kami kat carousel.
SRK ni nama getah kat carousel ni. Macam Shah Rukh Khan pulak.
Selepas tu boleh la ke Toiletten dulu.
Kemudian beli simcard Lycamobile. Ada kat kedai nama Kiosks. Harga CHF 30. Penting untuk kami tengok jadual public transport.
Boleh nampak kat cermin depan ni nama kedai Kiosks ni. Kami nak naik tram untuk ke hotel kami jadi kena keluar je pintu ni.
Kat luar ni ada anjing comel la. Kalau nak tahu, public transport kat Switzerland ni....pet pun boleh bawak naik ye jadi kalau anjing ni nak kena berhati-hati la tengok takut-takut dekat dengan kita.
Lapangan terbang kat Zurich ni connected dengan shopping complex macam ni.
Betul2 depan signboard SAP etc ni kami tunggu tram ke hotel kami. Hubby excited la nak ambik gambar SAP ni sebab dia pun guna software SAP ni. Memang SAP Consultant pun.
Excited naik tram nak ke hotel kami ni cuma 2 station ajer.
Tak jauh mana tram station dengan hotel. Cuma 75 m je ha.
Check in dulu ada group dari Malaysia juga. Kat kaunter tu yang lelaki tu Nasim tu muslim dari Syria.
Kami menginap di Ibis Budget Airport Hotel, Zurich.
Kat area sini macam lobby.
Inilah bilik kami. Ada katil double decker. Memang bilik ni untuk 3 pax. Dania tidur kat atas.
Tepi bilik mandi ni ada sinki. Toilet dia asing. Ada kat sebelah.
Lepas dah membersihkan diri, rehat dan solat, hubby mencadangkan kami untuk berjalan di bandar Zurich. Kalau ikut travel agent tu kata hari tiba tu kira rehat la sebab esoknya nak berjalan kan?. Haha kami terus je berjalan nampaknya. Tunggu tram dekat station yang bernama Glatbrugg Unterriet.
Station tram masa ni tak ramai yang menunggu.
Kami turun kat airport balik.
Station tram ni kena berhati-hati tengok kanan dan kiri takut ada tram melintas.
Kemudian kami naik train untuk ke Zurich HB. HB ni bandar la.
Ohhh inilah bandar Zurich. Terpesona tengok bangunan klasik macam ni.
Kereta tak banyak sangat macam jalan kat Malaysia sebab orang sini ramai naik public transport.
Jalan tepi tasik.
Kalau nak sewa basikal pun boleh. Ikut la laluan basikal.
Jalan punya jalan ternampak kedai Schweizer Heimatwerk, cawangan Uriana Street dalam Crash Landing On You tempat Se-ri shopping Kit Kat masa melancong ke Switzerland. Kebetulan Se-ri bagi tahu Seo Dan kalau stress makan coklat lalu Seo Dan pun borong Kit Kat juga.
Kat dalam ni ada dijual barangan Made In Switzerland. Saje nak up close and personal shooting location Crash Landing On You ni. Siap tanya staff sini dan memang ya ada penggambaran kat dalam ni. Hehe.
Terjebak beli ketip kuku Switzerland dalam ni kebetulan 50% off.
Dari arah depan.
Lepas tu lalu depan Schweizer Heimatwerk untuk ke Lindenhof. Jalan dia berbukit sikit.
Kat depan ni saya berhenti berehat kejap sebab penat sangat naik bukitnya.
Tak sangka tiba kat shooting locaion kedua Crash Landing On You. Kat sini tempat Se-ri nampak seakan Mr Ri yang main piano tapi sebenarnya orang lain.
Memang kat sini yang tertinggi jadi boleh nampak bandar Zurich ni.
Standby bawa botol air supaya boleh isi air dari spring water ni. Dah tak payah dah beli mineral water dah. Paip ni ada di mana-mana sahaja.
Pandangan dari atas.
Piano dalam filem tu terletak berdekatan dengan paip air ni.
Alhamdulilah, kami dah sampai sini. Dania nampak seronok sangat sebab ya lah....dah tiba kat lokasi KDrama yang dia tengok lama dulu. Ummi dan ayah je baru tengok.
Gambar kami guna tripod. Nak tunggu takde orang memang susah.
Lepas tu kami jalan menuruni bukit nak ke tempat lain. Nak cari jambatan.
Kat sini banyak pula bendera Switzerland.
Yayyyy dah tiba kat jambatan Se-ri jalan sorang-sorang. Kat belakang ni church agaknya. Ada gambar Seo Dan dan Mr Ri berlatarbelakangkan church ni.
Dania dan ayahnya.
Kami bertiga di atas jambatan dalam Crash Landing On You.
Munsterbrucker Bridge.
Cantik kan bangunan kat sini?.
Munsterbrucker kat hujung sini, nak ke train station hujung belah sana jadi lalu la souvenir shop area sini.
Kat tengah ni juga laluan tram.
Permandangan tepi Munsterbruker Bridge.
Ada beberapa ekor swan dalam tasik ni. Putih bersih sungguh.
Menikmati cantiknya bangunan kat sini.
Hubby dan Dania lalu bawah pokok maple.
Ini bangunan polis. Kemain besar bangunannya.
Banyak kereta Skoda kat Switzerland ni. Kalau kat Malaysia sangat jarang kereta Skoda ni kat jalanraya.
Kat dalam train station Zurich HB ni macam2 la kedai ada.
Singgah nak cari roti putih kat Coop tapi tak jumpa. Jumpa air ni Comel la (Comella).
Lush pun ada.
Ada train 2 tingkat macam ni.
Akan dipaparkan platform mana dan destinasi.
Ada juga train macam ni. Kat sini la saya tengok macam2 jenis train.
Akhirnya tibalah kami kat Hotel Ibis Budget ni.
Fuhhh baru cover Day 1, nanti sambung untuk Day 2 pula ye....😍
XOXO,
Ezna
Bestnya dapat travel ke Switzerland.. menarik taw, looking forward to read Day 2 pulak... Nell pun plan nak visit sana juga nanti... nak check out this service provider juga la...
BalasPadamseronok dia jln2 overseas...rindu kan sbb gara2 pandemik ramai tkleh travel so skarang dh open utk travel..masing2 dh ramai plan...seronok tgk negara orang...muka kwn ezna yg sama flight tu mcm seiras la....dania dh sama tinggi ye skarang
BalasPadamFuh! Yang baca pun terasa penatnya meneroka bersama. Tunggu Day 2 la plak.
BalasPadamexcited i baca entry u!! nanti pm me berapa kos u travel tu yer..memang my bucketlist lah nak gi swiss cuma tak tau lah bila...sbb nak gi notts pun ya jugak..haishhh menabung nak kena gigih ni
BalasPadamWahhh pergi switzerland bestnya... Negara idaman nk pi sana... Hehehe.. Seronok lak baca entry ni byk info menarik....
BalasPadamBestnya, so far I belum pernah sampai Swiss. Hopefully next year boleh la haha. You had fun there, good for you :)
BalasPadamPerghh lama betul saya tunggu gambar loading Kak..
BalasPadamBestnya laaa, Saya buat masa ni plan nak ke Turki ni, tapi belum ada date, maybe tahun depan.. thanks Ezna share, nnti boleh bt rujukan
Bestnya dapat ke Switzerland. Memang best dan teringin juga nak ke sana.
BalasPadambestnya ezz.... swiss ni antara negara i teringin nak pergi.. suka dengan keindahan tempatnya yang mmg sangat cantik dan tenang... nanti nak bc semua entri u ke swiss ni hehehe
BalasPadamWahhh bestnya dapat pergi luar negara kita pun nak melancong juga untung lah bestnya heheheheh sana senang nak dpt makanan halal ker? Jadi dalam list next year...
BalasPadamwah menarik la travel agen dia... senang buat trip sndri tp diorang yg uruskan semua nya ye dari segi tiket dan hotel?
BalasPadamYa betul. Kita travel sendiri. Nanti seminggu sebelum pergi boleh jumpa/online dengan travel agent. Dia akan bagi briefing macamana nak jalan dari satu tempat ke tempat yang lain, dan apa2 yang perlu kita tahu kalau nak travel ke sini dan semua la....pasal makan, macamana nak guna public transport....etc...
PadamWahhh...boleh refer ni..hehe.
BalasPadamIni sama case-nya dengan saya dulu, nak traveling ke Iran 2020, dengan travel agency langganan, tapi terkena COVID. Padahal dah bayar lunas 🤣🤣. Si travel pula tak nak refund, tapj janji akan reschedule. Sampai 2022 OCT tetap ga ada kabar, akhirnya saya minta switch perjalanan, dan dikasih USA, tapi harus tambah biaya memang. Tak masalah, yg penting uang yang sudah dibayar tak hangus kan 🤣🤣
BalasPadamDulu saya tak berminat ke Swiss, tapi sejak drama CLOY, memanglah kak saya langsung nak sangat kesanaaaa 🤣🤣. Apalagi saya fans berat Hyun Bin 😁. Kebetulan pula saya baru balik dari North Korea 2019 itu, jadi aps dramanya kluar 2020, saya langsung tengok. Awalnya hanya ingin lihat setting Korea utaranya sama persis tak dengan Pyongyang yang saya lihat langsung waktu kesana. Ternyata okelaah settingannya, considering mereka tak bisa injakkan kaki ke negara saudaranya kan 😄. Nasib baik Indonesia ada hub diplomatik jadi bisa traveling ke Korut.
Kalau nanti ke Swiss, saya ingin visit tempat Hyun bin main piano di depan danau tuh. Harus foto pokoknya 🤣🤣
Dulu rasanya Malaysia boleh ke Korut tapi semenjak ada kes ada seorang Korut mati di Airport Malaysia jadi mungkin tidak boleh ke Korut. Kakak memang takut untuk ke Korut jika dengar cerita pemimpin Korut. Nasib baik biaya tidak hangus ya?. Kalau hangus....tidak adil juga untuk Fanny kan?. Masa Covid memang semya negara disekat untuk kemasukan pelancong. Kita juga ngak bisa untuk keluar. Malahan duduk di rumah. Kalau di Malaysia masa Covid...mahu ke kedai cuma seorang.
PadamSwiss cantik sangat. Kakak kagum buminya yang sangat cantik. Hard core fans Hyun Bin nih.
Best best suka tgk gmbar di Switzerland ni belum ada rezeki lagi utk ke sana. Spring water tadah macam tu jer.. seronok la tak yah dah nak beli2 :D
BalasPadam