Hello eznakhalili.com readers!!

Thursday, June 2

Crash Landing on You dan Fakta menarik | Kdrama

Crash Landing on You....ni diantara KDrama yang saya tonton sampai habis episod. Wow tak sangka la KDrama ni sangat-sangat best. Dania dah tengok awal-awal lagi tapi baru-baru ni tengok kali kedua pulak. Mulanya hubby join sekali tengok episod 1 sekali bila habis episod 1 tengok pulak yang kedua dan seterusnya.  Best...itu je sebabnya. Bermulalah kami settle kan 16 episod. ๐Ÿ˜€


Apa kisahnya Crash Landing On You ni sampai menarik sangat ni?

Ia mengisahkan Yoon Se-Ri yang merupakan seorang pengasas fesyen jenama Seri's Choice.  Satu hari Yoon Se-ri ni naik paragliding. Beliau dihalang oleh PA dia untuk terbang sebab cuaca masa tu berangin tapi Yoon Se-Ri degil. Akhirnya Yoon Se-Ri termasuk dalam puting beliung dan akhirnya beliau tersangkut kat atas pokok di dalam hutan. Yoon Se-Ri ingatkan dia kat hutan di Korea Selatan tetapi rupanya beliau mendarat kat Korea Utara. Nak dijadikan cerita ketua unit elit askar Korea Utara, Captain Ri Jeung Hyeok yang bertugas waktu tu nak tangkap la Yoon Se-Ri ni. 


Akhirnya Yoon Se-Ri ni dibawa ke satu perkampungan tempat tinggal Captain Ri. Bermulah episod Se-Ri ni berkenal-kenalan dengan orang kampung perempuan ni. Mulanya mereka annoying sangat dengan Se-Ri yang tak nak join aktiviti mereka....akhirnya mereka berkawan baik semuanya. Masing-masing dengan karaktor masing-masing yang mencuit hati. Bagi saya scene mereka ni melambangkan persahabatan yang sejati. Bila ada yang ditimpa susah, pasti mereka akan saling bantu-membantu kerana mereka banyak menghabiskan masa bersama lantaran suami masing-masing sibuk bertugas sebagai askar. Selalu tak ada di samping mereka. Tak highlight sangat suami mereka ni tapi ada la satu dua suami mereka yang dihighlight. They have each other's back. Kagum dengan persahabatan mereka. 


Teraju utama Yoon Se-ri dan Captain Ri dan dibantu oleh Seo Dan yang merupakan tunang Captain Ri. Perkahwinan yang diatur oleh family. Mereka dah kenal masa sekolah lagi. Gu Seung Joon pula pernah propose kepada Se-Ri tetapi Se-Ri tolak sebab tahu Seung Joon ni ada agenda tersendiri. Seung Joon ni pula adalah seorang scammer yang menjalankan perniagaan. 


Askar empat orang ni pula adalah pegawai di bawah kelolaan Captain Ri. 

Karaktor dari kiri : 

Kim Ju Muk : Suka tengok K Drama. 
Geum Eun Dong : Paling muda dalam askar ni. Selalu rindu ibunya kat kampung dan berumur 17 tahun. Watak keanak-anakan. 
Pyo Chi Su : Watak annoying sangat. Dia yang cuba tembak Se-Ri yang cuba melarikan diri tapi tak kena la. Ayat dia guna selalu buat Se-Ri marah. 
Park Gwang Beom : Paling tak banyak cakap cuma memek muka je. Saya rasa sebab tak nak orang lebih kenal watak dia ni sebab muka dia paling handsome diantara empat askar ni. 

Mereka sangat setia dengan arahan Captain Ri. Kalau suruh buat apa pun mereka buat.


Diantara banyak2 scene, ini diantara scene paling saya suka bila Se-Ri hilang kat pasar kemudian Captain Ri cari dengan menggunakan lilin. Kalau nak tahu kat Korea Utara ni ada masanya lampu akan dipadamkan. Masa ni gelap sangat kat pasar ni jadi bila Captain Ri guna lilin, dia akhirnya terjumpa Se-Ri yang macam hilang arah tujuan. Ye lah kawasan baharu bagi dia kan. Nampak sangat Captain Ri ni bertanggungjawab ke atas keselamatan Se-Ri. 


Fakta menarik KDrama Crash Landing On You 

1. Tang Jung Sang yang melakonkan watak askar muda bernama Geum Eun Dong mempunyai darah Malaysia dan Korea. Bapa beliau orang Malaysia manakala ibu beliau orang Korea Selatan tetapi beliau mendapat kerakyatan Korea Selatan. Tahun lahir 2003. Maknanya tua setahun dari Dania tahun 2004.

2. Pelakon utama Crash Landing On You berpacaran dan akhirnya berkahwin dalam kehidupan realiti.  Tahniah Hyun Bin @ Captain Ri dan pasangannya Son Ye-Jin @ Yoon Se-Ri. Kiranya cinta berputik di lokasi drama la ni. ๐Ÿ’—๐Ÿ’—๐Ÿ’—.
 

3. Penggambaran dilakukan di Switzerland.
 
Ni diantara tempat di Switzerland yang mereka berlakon 

a) Sigriswil Panorama Bridge

Masa ni Yoon Se-ri pergi ke Switzerland sebab depressed sangat dengan kehidupannya. Dia nak pergi kat tempat yang cantik. End up dekat Switzerland la. Kemudian dia rekod suara dia sebelum dia nak bunuh diri tapi kebetulan Captain Ri ada kat situ dengan tunangnya Seo Dan. Bila Captain Ri nampak Yoon Se-Ri macam nak bunuh diri, dia buat buat2 la suruh Yoon-Se-Ri ni ambikkan gambar mereka berdua. Konon nak bagi Yoon Se-Ri ni distracted la dari matlamat asal nak bunuh diri tu. (Rupanya mereka dah berjumpa sebelum Yoon Se-Ri crash kat Korea Utara lagi. Dapat tahu bila Captain Ri dengar recorder Se-Ri ni dan tiba2 ada suara dia minta ambikkan gambar). Nak kata part ni macam hindustan sangat pun ya jugak. Nak kata sweet pun ya jugak). Haha. Macam setiap kali Se-Ri nak buat benda tak elok pasti ada Captain Ri walaupun Se-Ri tak tahu la pada mulanya. 


b) Lindenhof, Zurich 

Masa ni Se-Ri berjalan kat Lindenhof kemudian nampak Captain Ri main piano. Captain Ri ni nak jadi pemain piano dan belajar piano kat Switzerland ni. Adakah suratan atau kebetulan mereka bertemu di Switzerland?. Lindenhof ni macam satu dataran la kat Zurich ni. 


c) Mรผnsterbrรผcke Bridge, Zurich

Masa ni Se-Ri bersiar-siar di Bandar Zurich. 


d) Hotel Victoria Jungfrau, Interlaken

Masa ni Se-ri datang menyaksikan orang main piano dengan harapan Captain Ri pun ada datang menonton. Aduhhh susahnya bercinta macam ni. Phone call tak boleh....


Hotel Victoria Jungfrau dari arah depan. Cantik bercirikan klasik. 


e) Lake Brienz, Isetwald 

Masa ni Captain Ri tengah main piano manakala Se-Ri kat atas bot tengah melayan perasaan sedih. Dia terdengar bunyi piano. Bot Se-Ri memang lalu depan jeti ni. Semenjak itu, Se-Ri menghafal lirik lagu ni dan mula menanya siapa yang buat lagu tu tetapi tiada siapa yang mengetahuinya sehinggalah Se-Ri main piano kat rumah Captain Ri. Se-Ri kata bila dengar lagu ni dia rasa tenang. Sebenarnya lagu ni dicipta oleh Captain Ri untuk abangnya. Beliau akan mainkan lagu ni bila balik Korea Utara dan tanpa diketahuinya abangnya telah dibunuh oleh seorang askar yang jahat bernama Cho Cheol-Gang (stress betul2 dengan dia ni). Lagu ni tak sempat la Captain Ri mainkan untuk abangnya. Abang Captain Ri kena bunuh sebab dia nak bongkarkan ketirisan dalam askar. Abang Captain Ri ni seorang askar. 


f) Schorren, Isetwald

Bila Captain Ri dan Se-Ri bersiar di jalan ini. Ianya terletak tak jauh dari jeti di Lake Brienz tempat Captain Ri main piano. 


g) Schweizer Heimatwerk, Uriana Street Branch, Zurich

Tempat menjual barangan cenderahati yang diperbuat di Switzerland. Se-Ri beli coklat Kit Kat dan terjumpa Seo Dan dengan tak sengaja kat sini dan pesan kat Seo Dan katanya kalau tak nak sedih kena makan coklat jadi Seo Dan pun borong coklat Kit Kat. Seo Dan ni stress sebab Captain Ri tak beri perhatian kat dia. Sibuk nak ambik gambar permandangan je. Seo Dan yang terhegeh-hegeh pergi Switzerland sebab tahu Captain Ri kat situ. Setelah balik, rasanya kamera Captain Ri ni rosak jadi sebab tu lah agaknya dia lupa muka Se-Ri. Dia ada tangkap photo Se-Ri selain photo permandangan. Seo Dan repair kamera Captain Ri dan nampak photo Se-Ri dalam tu dan akhinya Seo Dan pun sedar yang dia terhegeh-hegeh kat Captain Ri. Hehe...tapi masa tu Seo Dan dah tersuka kat Scammer yang dulunya pernah proposed kat Se-Ri. 



4. Kehidupan di Korea Utara dan Korea Selatan berbeza. 

Korea Utara : Tak boleh guna internet, tak boleh bawa barangan dari luar terutamanya dari Korea Selatan macam syampu, sabun etc. Elektrik ada masa akan dipadamkan jadi mereka akan bergelap. Jenuh juga ya?, kehidupan agak terkebelakang @ zaman dulu, tak boleh ada telefon kecuali askar berpangkat tinggi, saya tengok macam makan ubi kentang je, tak boleh bersiar-siar pada waktu malam, banyak sekatan jalan raya, fesyen pakaian bukan dari fesyen terkini dan kalau kita disyaki melakukan apa-apa akan ada perisik yang mendengar perbualan kita (alat pengesan macam CCTV yang akan diletakkan di tempat tersembunyi bagi tujuan mendengar perbualan kita). (rujukan dari KDrama Crash Landing on you). 

Korea Selatan : Lebih maju, boleh menggunakan telefon bimbit, jaringan internet diantara paling pantas di dunia, makanan mewah, tiada sekatan jalan raya oleh askar, kehidupan lebih bebas...boleh keluar bersiar-siar atau melakukan apa-apa aktiviti pun macam kehidupan normal kita la. 

Keseluruhan : Berkisar kepada perhubungan cinta diantara 2 negara yang bertelagah. Ada elemen kesetiaan kepada persahabatan, kesetiaan kepada pegawai atasan, ada juga kisah pembelot dalam askar, pengkhianatan, berebut harta. Bila campur semua elemen ni jadilah suatu naskhah yang sangat menarik. Sangat terkesan di hati. Ditambah pula dengan muzik yang menjadi latar Crash Landing On You ini yang sangat mendayu. Terbuai dengan perasaan sampai saya banyak kali menangis sebab menghayati penceritaan dalam drama ini. Hubby saya pun cakap kalah filem Hindustan...hero dia selalu menangis. ๐Ÿ˜‚. Pandai Hyun Bin menghayati watak la kan walaupun askar tapi bibir tetap merah pakai lipstick. Saya bagi 5/5 rating dia.....walaupun episod pertama kedua tu agak slow tapi selepas tu best. ๐Ÿ‘. 

Adakah Se-Ri dan Captain Ri akan berkahwin dalam Crash Landing On You?....Sila lah tonton. ๐Ÿ˜€



XOXO,
Ezna



3 comments:

  1. Saya jadi tergila2 dengan K-drama, setelah menonton CLOY ini kak ๐Ÿคฃ. Langsung saat itu saya cari semua drama Hyun bin, dan saya tontonin 1-1 hahahaha.

    Menarik kisahnya, apalagi related Ama Korea Utara. Kebetulan 2019 Sept saya dari sana liburan pakai travel . Benar memang di sana tak ada internet, tak bisa telp ke luar drpd Korut, dan malam hari kami hanya boleh jalan2 di hotel. Tapi hotelnya bagus, banyak kafe, banyak toko, jadi macam tak terkungkung juga. Acara sudah diatur dengan sangaaat rapat, tak boleh terlewat dari jadwal. Dan selama jalan, kami dikawal juga, supaya tak lepas dari pengamatan hahahahha.

    Tapi saya suka, Krn orang Korut sangaat ramah, malah mereka lebih ramah drpd Korsel. Korsel itu terlalu individu orangnya, tapi Korut ga. Ramaaah bangeeet.๐Ÿ‘๐Ÿ‘. Dan itu yg bikin saya rindu balik kesana.

    Wisatanya memang tak modern, tapi semuanya menarik.

    Balik lagi ke CLOY, danau dibatas itulah yg saya pengen nak visit kalo nanti ke Swiss ๐Ÿ˜. Semoga lah bisa dalam waktu dekat ๐Ÿ˜„

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fanny pernah ke Korut. Sebenarnya akak takut nak ke sana kerana pemimpin dia. Memang tidak ada dalam rencana akak untuk ke Korut. Oh ya orangnya ramah?. Kalau di Korsel orangnya tidak ramah. Kalau ditanya baru dijawab. Tidak ada internet dan tidak boleh telefon. aduhhhh....

      Wahhhh akak juga nonton Cloy tapi ada beberapa KDrama juga akak nonton seperti Hwarang (itu pun sebab ada BTS V berlakon. hahaha), Roboti aniya ( I am not a robot), Goblin.

      Sebetulnya ada beberapa tempat di CLOY kakak lawat.

      Delete