Hello eznakhalili.com readers!!

Thursday, December 23

Menakluk JDT | Day 1

Tajuk kemain lagi menakluk, tiba-tiba perkataan tu yang teringat kat minda. Masa kami keluar rumah tu pada 18 Disember 2021, memang hujan je sehinggalah berhenti dekat area berdekatan Johor. Ikutkan plan nak bertolak malam 18 Disember je sebab tak plan pun nak menginap area Senai. Tiba2 je hubby kata nak rehat 1 malam dulu kat Senai sebelum ke Mersing pulak. Jadinya memang last minute booking hotel berdekatan Johor Premium Outlet. Memang sebenarnya nak ke sini la pun tapi on the way nak ke Mersing je. Kiranya singgah kejap la. 

Nasib baik last minute hotel ada pulak kosong kat La Grandeur, Senai. Ianya terletak berdekatan dengan Lapangan Terbang Senai. 

Gambar ni masa nak keluar tol dekat Bandar Baru Bangi di tepi Bangunan Jakel. 

Sepanjang perjalanan ada billboard MC+. Kemain lagi la Plusian yang belakang tu sengih je nampak Sir yang pernah mengajar. Sekarang pun dok masuk seminar SPM MC+ ni. 


Singgah makan dulu kat Medan Selera Ayer Hitam. Dania dan ummi order nasi ayam. Ada order jugak ABC. Dah lama tak merasa tapi order 1 je la kita share...

Nampak ada putu bambu jadi beli jugak. Lama tak makan. Putu Bambu Juriah nama diberi. Sedap ye...warna hijau putunya. 


Lepas tu kami pun meneruskan perjalanan sehinggalah nampak jam besar dan atasnya ada kapal terbang. Yayyy kami dah tiba Senai. 


Setelah berehat, membersihkan diri dan solat boleh la meneruskan misi ke Johor Premium Outlet. Tak jauh pun dari hotel kami tinggal ni iaitu 10.4km je. 


Masuk kedai, keluar kedai cuba macam2. 😅. Belinya tak sebanyak yang dicuba. Dania memang tak akan beli beg warna merah ni. Dia tak suka beg warna terang tapi ummi suka je....tapi ayah pun sama...ayah tanya tak suka warna merah ke?. Brand ni pun saya suka. Banyak design yang cantik2 dan manis2. 


Outlet The Body Shop ni memang ada benda nak beli. Boleh dikatakan potongan tu ada la. Banyak sehingga 70%. Ada beli 1 item tu sampai 3 sebab kalau tak pegi Premium Outlet ni pegi store biasa tu cuma boleh dapat 1 je item. Sini dapat 3 item. Haaa berbaloi. 


Pantang betul nampak Bath & Bodyworks ni haaa...masuk2 wahhhh sabun ni RM15/pc. Kalau biasa tu harganya RM45/pc. Masa sale online pun saya dapat RM18/pc. 

Lotion pun RM15/pc tapi kalau store biasa tu RM30/pc. Hand sanitizer buy 1 free 1. Kalau store biasa sekarang ni promo dia buy 3 free 1. 


Dalam 8 malam lebih kot tiba hotel. Seperti biasa membersihkan diri dan solat kami keluar balik makan kat KFC je yang attached dengan Petronas. Malas nak pergi jauh2 sebab dah letih masing2. Tapi....nak tunggu ayam masak kena tunggu 20 minit ye....kita lapar dulu la ye. 😁. Selesai makan kami pun balik hotel dan rehat. Esok masih ada perjalanan lagi nak buat. 


Tunggu Day 2 pulak sambungan nanti.....



XOXO,
Ezna







7 comments:

  1. Wah, offer betul ye Body Shop tu. Tumpang excited hehe

    ReplyDelete
  2. Memang ya...tapi beli apa yang nak beli ajer la....dapat banyak penjimatan tu yang suka tu.

    ReplyDelete
  3. Welcome to my negeri. Acewah. Sedapnya putu bambu tu. Enjoy shopping kat JPO! Wohoo

    ReplyDelete
  4. Seronok ye dapat jenjalan. Lama betul tak pergi Johor. Sekarang tak boleh nak travel lama2 sebab ada meow kat rumah. Dah kesana haruslah singgah JPO. Mesti banyak shopping kan?

    ReplyDelete
  5. bestnya shopping2 tuuuu i dh lama tak pergi mana2 premium outlet--yg paling dekat dgn my house ni Genting Highlands PO lah hehehhe kena bwk duit seguni la baru syok shopping2

    ReplyDelete
  6. murahlaahh.. kalau i mmg shopping yg body shop.. hatga ditawarkan menarikjuga sangat

    ReplyDelete
  7. Wahhh meriah jalan2 JB kami hari tu pergi sana singgah juga kat JPO tu habis semua penuh satu kete barang wakakakakaka...

    ReplyDelete