Hello eznakhalili.com readers!!

Monday, October 18

BTS Pop Up Store kini di 1 Utama

Mulanya hubby ajak cari sarung luar untuk phone saya. Nak kena pakai sarung sebab phone tu takde baju. Bila pegang agak licin dan takde protection. Kemudian hubby mencadangkan ke 1 Utama. Tersenyum la ada orang tu kan?. 

Kami parking kat 1 Utama new wing. Tak tahu tempatnya kat old wing ke new wing ke sebab kalau tersilap, kena la menapak jauh sikit. Parking pun senang je tak payah pusing 2-3 kali. Tempat pertama yang dituju ialah di Ground Floor Highstreet setelah tengok kat mall directory. Sebelum masuk ke BTS Pop Up Store : Map of the Soul kena beratur dulu kat sini. Line tak panjang pun. 

Tiba sini bila ada staff nampak saya boleh dia cakap You Again?. Haishh bila pulak saya pernah ke sini?. Saya cakap la This is my first time here. Hehe. Kena isi borang online jugak untuk setiap orang jadi kena ada phone la kot setiap orang.  



Selesai isi borang boleh terus masuk. Line tak panjang kan. 


Teruja tengok Tiny Tan ni. Ambik gambar dulu ok?. 


Ayah Dania tengah scan harga la tu....hehehe.....rata2 baju ni harga RM200++ ke atas. 😅


Hi Jimin!. 


Jungkook la pulak. Ni memang peminat dia ni. Hehe.


Ummi Dania pun nak join sekaki jugak....Ini bukan sebarang Jin....ini Kim Seok Jin. 


Ada dijual 3D poster Tiny Tan. 


Cute la pulak budak kecik berdua ni. 


Kalau peminat BTS memang tahu ni memang lambang BTS ni. 


Pencil case pun ada. 


Masuk je ada screen LCD BTS. Ummi nak ambik gambar Jungkook terambik gambar Suga...pun boleh. 


Mini pouch ni tak silap masa ni tinggal RM dan J-Hope ajer. Lain2 dah kena ambik la kot. 


Buku nota ni takde la murah sangat....Tengok la harga yang dipaparkan tu. 


Kalau boleh setiap inci BTS Pop Up Store ni nak ambik gambar. 


Ambik gambar kat Disco ni pulak. 


Dania bersama beg pasar. Walaupun beg pasar je pun tapi harganya bagi saya bukan harga beg pasar. 😆


Dania kata ni lirik lagu 'On'. Siap tunjuk bukti kat youtube lagu BTS On. Hehe. Manalah ummi tahu. 


Meh tengok apa yang ada kat sini....


Showcase ini diadakan sehingga 31 Januari 2022. Peminat BTS boleh la berkunjung ke sini sebelum tarikh tu ye. Pop up store ni kalau kat Korea nampak luas sikit tempatnya berbanding sini sebab kat Korea lebih dari 1 tingkat. Barang-barang pun banyak sikit. Oh ya barangan yang dijual di sini ada hologram 'Big Hit Entertainment' ya. 2 barangan yang Dania beli tu made in Korea. 


Sayap ni katanya Black Swan. Lepas kaunter pembayaran ada sayap ni. Ambil gambar la sekeluarga sebelum keluar. 


Dania nak terbang pergi mana tu?. 


Dah keluar ambik gambar kat sini pulak. 


Ni kat tempat masuk ni. Ambik gambar kat sini jugak. 


Seronok tak terkata peminat BTS seorang ni. Dapat la 2 barang. Ummi kata early birthday present untuk Dania. Walaupun ummi kata ni je hadiah birthday dia bulan 11 ni tapi ummi dah prepare 2 hadiah kat rumah. Hehe. Ingat tak saya kata nak cari sarung phone saya?. Takde stok la pulak. Frust betul la....

Apa pun moga Dania belajar rajin2 ye.....



XOXO,
Ezna

25 comments:

  1. Ty tak minat BTS tapi Ty ada kawan yang memang fanatik , nanti boleh share dengan dia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau minat memang selalunya peminat akan terjah. Tak beli pun boleh ambik2 gambar je dalam ni.

      Delete
  2. Tisya pn xsabar nk pi sini..xtau la bila nk pi..dania bli brg apa? Tula tgk org share brg tk murah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dania beli Canvas bag dan Pencil Case. 2 tu pun harga tak murah. Boleh la pi sebelum 31 Jan 2022. Masa gi weekend kat sini pun tak ramai. Lengang je. Maybe orang balik kampung kot.

      Delete
  3. Seronok Dania dapat masuk kedai ni. Orang kalau dh minat kpop ni mesti singgah. Macam and tak berapa minat. Tpi patung tu comel je

    ReplyDelete
  4. Wahhh BTS Army mesti serbu kedai ni laaa nanti. Kita tengok pun tergoda dgn figurin tu!

    ReplyDelete
  5. wah nampak dania excited betul heheh.. nak dia excited x

    ReplyDelete
  6. Hehehehe haritu anak baru juga singgah, siap tunjuk gambar gakkkk.. kemain ek kalau dah fans, adoiii...

    ReplyDelete
  7. Lain yg dihajat, lain yang dapat yee.. Tp takpe la kan. Demi untuk anak. Aritu nampak member share jugak pasal outlet ni. Mujur bukan peminat Kpop, kalau tak mesti laju dah pi 😅

    ReplyDelete
  8. Wahhh BTS fans sure happy ada attraction ni! Pasti teruja giler2 mereka ni… nampak few of my friends pun share about this… boleh g la nanti 🥰

    ReplyDelete
  9. Kena bawak Zahra g ni..mesti dia excited macam ape je nanti..haha.. kalau dah fans kan..

    ReplyDelete
  10. Peminat2 BTS mesti suka ke sini kak. Macam2 ada jual ye. Bila dh minat,bab harga pejam mata je lah masa nak bayar tu. Hehe.

    ReplyDelete
  11. This will definitely appeal to BTS fans no doubt. They will certainly be spending lots of time here for sure.

    ReplyDelete
  12. Wah memang seronok la peminat-peminat BTS serbu kedai ni. Kte lama tak gi OU. Nanti leh la gi kedai BTS ni sekali hehe

    ReplyDelete
  13. Akakkkk laju betul dah ke sini! Saya nak pergi, tp entah bilanya nak ke sana. Nak beli merchandise BTS. Hehehehe. Seronok betul tengok gambar akak. Purple BTS Army. Hehe

    ReplyDelete
  14. Omg.. best nyer! i m one of their fans and will dropby 1U to check out

    ReplyDelete
  15. Seronok dapat jalan2 bersama keluarga..Syukran keluarga bahagia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Moga berbahagia kami di dunia ni dan di akhirat sana Insya allah...aamiin

      Delete
  16. ini kalau bawa adik perempuan sy ke sini, mahu dia spend masa berjam dalam nie. ya Allah banyak betul merchandise BTS. boleh tergugat hati para army menengoknya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau Army memang tergugat. Tukang bayar buat2 tak tahu je kalau kena beli barang lebih. Hahaha

      Delete
  17. Hai boleh estimate harga barang disana
    Dan Ada jual army bomb x?
    Sy rancang nak prg, nak estimate belanja nnti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bermula RM29. RM29 ni sticker ajer. Baju2 RM200++, stationery dalam RM50++. Army bomb nampak macam ada....Barang2 dalam ni mahal2 juga....

      Delete
  18. Nak tanya nak masuk tu kena buat appointment dulu ke macam nak pergi klinik? Ada link ke? Atau datang pastu isi kat sana pastu masuk terus

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi. Beratur kat tempat yang ditetapkan. Dari situ kena isi form online. Staff akan guide kita nanti.

      Delete