Selasa, Oktober 19

PICK Remaja Selangor di PPV | Pengalaman dos kedua di PPV Bangi Avenue Convention Center

Alkisahnya masa Dos 1, ayah Dania yang bawa Dania ke PPV tetapi untuk Dos 2 since ummi sihat jadi ummi pun kata nak hantar Dania ke PPV. Sehari sebelum siap buat lawatan ke PPV lagi sebab ayah Dania nak tunjuk jalan. Boleh je guna waze tapi entah la saya ni kadang waze pun saya tak percaya. Dia tunjuk jalan lain....saya ikut jalan yang saya tahu jugak. Haha....apa apa hal senang. Malam tu, ayah Dania kata boleh drive kan ke PPV. Hoorayyy ummi suka duk sebelah. 

Apa pun dalam 7.45 pagi dah keluar rumah dan makan pagi kat kedai berdekatan rumah. Makan kenyang2 dulu terutama budak nak vaksin tu. Alhamdulilah habis bihun yang Dania makan. Yang tak lalu makan saya. 😁


Dalam 8.53 pagi macam tu dah tiba PPV. Ayah Dania drop kan kami berdua kat sini. Line beratur dalam bangunan. Lega...takde la kena panas. Dania masa ni tengah melengkapkan soal jawab dalam MySejahtera dan dibantu oleh abang JPAM. Saya masa ni dah selesai dah jawab. 


Selesai je jawab dah boleh masuk ke dewan di tingkat atas. Kena periksa suhu dulu. Sebenarnya takde line beratur pun. Siapa yang dah selesai boleh jalan. Kat depan tu lengang la tak ramai sangat. Ni Dania kena isi borang pulak. 


Kena bagi borang tu kat sini dan ada tanya la ada tak apa2 simptom masa Dos 1?. Alhamdulilah Dania baik-baik ajer. Ummi pun tarik nafas lega.


Ok...ni nak ke tempat menunggu sebelum ke bilik vaksin. 


Tunggu kat barisan kedua. Baru je duduk, barisan pertama dah bangun. Kejap sangat. 


Ok, now tunggu depan bilik vaksinasi. Kalau yang vaksin tu sporting ok la kan. Klinik Uzma ni kat Kelana Jaya. Salah seorang Dr yang bertugas...familynya tinggal di kawasan saya. Beliau juga menantu kepada mantan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan (Abang kepada Jalaluddin Hassan)


Kakak ni tanya Dania dapat vaksin apa untuk Dos 1....


Ada banyak gambar Dania dalam ni. Hehe. Tau je la ummi yang suka ambik gambar. Dapat pula vaksinis yang tak sporting. Tak nak ada dalam gambar saya. Tak friendly macam kakak vaksin yang Dania dapat masa Dos 1. Ada langsir yang membahagi cubicle ni. sebab tengok saya ni macam berani sangat kot. Takut report apa2 ke....kalau ok takkan la kita saje2 nak buat hal kan?. Tapi tugas saya pastikan ada 0.3ml. Ada cecair dalam tu bukan kosong. Masa ni Dania dah takde tengok2 lagi. Pejam mata terus. 😂. Lepas selesai tu bagi ucapan salam kat kakak vaksin. 


Sementara Dania dalam observation, saya diminta turun...


Muka kesian betul anak ummi ni. 


Standee ni betul2 kat tempat exit. 


Tengah tunggu Dania keluar ni. Duduk la kat kerusi batu. Pantas sungguh hari ni. 8.53 pagi tiba, 9.08 pagi dah selesai dalam masa 15 minit. Masa Dania ni patut 11.30 pagi tapi boleh je datang awal. Lagi selesa. Cuaca pun tak panas sangat. Masa ni baru saya call hubby kata Dania dah selesai. Terkejut dia sebab dia kata cepatnya. Kemain kat kedai lagi minum air panas. Konon nak habiskan masa tapi terpaksa perabihkan air cepat2. Haha. 


Saya duduk kat kawasan bola deko warna warni. 


Masa ni saya ternampak 1 mak tu ambik gambar anak. Pegang phone yang belakang tu ada lambang BTS. Saya kata wow BTS Army. Hehe. Saya tawarkan tolong ambik gambar dia dan anak dan dia tolong ambikkan gambar saya dan anak. Tolong menolong la kan....mau banyak keping gak saya snap. 


Kat sini port wajib ambik gambar. Cantik tapi ramai orang menunggu. 


Kalau macam ni...tak nampak la orang tapi Dania kata ada orang dok gelakkan ummi beriya ambik gambar. Alahhh tak kisah la. 


Ni saya approach seorang amoi muda yang tengah tunggu adik dia vaksin. Kita bergambar 1 family. 


Lagi.....actually banyak lagi gambarnya tapi letak ni ajer la. 


Selfie cahaya matahari pagi....


Ni dah on the way nak ke parking kereta ni. Saya suruh berhenti kejap. 


Kat bawah ni 3 gambar Dania kat port yang saya rasa cantik sangat kalau nak ambik gambar. Dania pun layankan ummi dia. Idak takde la kenangan kan....tempat sini memang cantik la bagi saya sebab dijadikan lokasi perkahwinan dalam taman. 


Dania pakai T Shirt lengan pendek dipadankan dengan cardigan warna beige. Tudung pleated warna ungu lembut. Seluar pula palazo hitam belang putih. Ada handbag tu senang nak taruh semua barang. Hehe...biasalah perempuan kan...kasut sneakers tu kat tapak tu ada gambar tangan pegang bunga. Yang tahu...tahulah.....😘


Selesai. Alhamdulilah. 


Balik tu Dania ada pening sikit jadi saya tak bagi tengok komputer ke apa. Komited sangat dengan kelas dia. Bab ni saya tak payah risau. Dania memang tahu dah jadual dia. Tapi....kali ni kelas tuition dia pun saya tak bagi tengok. Boleh pakai tiket replay pun jadi takpe....hari vaksinasi hari rehat sedunia. Kemain lagi...hehe...

Sebelum Dania pergi vaksinasi tu, Dania makan sikit dan minum air vitamin C dan makan 1 pil habbatus sauda jenama Baraka. Pastikan breakfast dulu. Makanan tambahan ni mulakan lebih awal ye sebab badan kita perlukan masa nak biasakan dengan makanan tambahan yang kita ambil tu. Mulakan 2-3 bulan sebelum vaksinasi bukan esok nak pergi vaksinasi...hari ni makan vitamin c. Ok...masa balik tu ummi suruh habiskan 1 botol air yang Dania bawak. Yes dia habiskan. Tiba rumah, saya suruh Dania tidur selepas membersihkan diri balik dari PPV. 2 hours later saya kejut sebab tak nak pulak nanti malam susah pulak nak tidur. 

Malam sebelum nak pergi vaksin tu saya suruh Dania tidur 9 malam. Ye memang Dania ikut. Alhamdulilah. Anak yang mendengar kata....

Insya allah bila semua dah kita buat...selebihnya kita berserah. Saya pun takut juga dengar pelik2 ni. Mulakan hari dengan aura positif....insya allah yang positif akan datang. Aura yang positif akan menarik yang positif juga!

Terima kasih para petugas PPV Bangi Avenue Convention Center!




XOXO,
Ezna


10 ulasan:

  1. wah pantas... Harap harap turn anak saya dos kedua nanti pantas juga

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye pantas pula kali ni sebab kali ni takde orang dewasa yang vaksin cuma bebudak sekolah je.

      Padam
  2. Wowo...congrats on the dose completion of your Dania. Wishing all continue to stay safe & follow SOP to prevent covid spread. Cheers Siennylovesdrawing

    BalasPadam
  3. Cantiknya PPV. Haritu Bella nasib baik dpt berdekatan rumah di iHeal Medical Centre Mid Valley. Harap vaksin dapat kuatkan imun kita semua dr virus ni. Amin.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cantik betul Bella. Sis pun suka kat sini. Ye harap vaksin boleh membantu kita melawan virus yang notty ni.

      Padam
  4. finally complete sudah 2 dos utk dania. mesti dania excited.. sbb diakan plg bersungguh hari tu heheh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha memang betul pun Ayu. Dia yang bersungguh dari ummi dia....I pun kena nasihat dengan dia...Hehehe...ummi dia penakut. Dia berani sangat bab ni.

      Padam
  5. Alhamdulilah selesai sudah, moga Dania terus sihat dan jaga diri.. nak mula sekolah ni kena banyak persiapan diri kan..

    BalasPadam
  6. Cantik PPV dia ye. Hehe semoga terus sihat dan dilindungi dr wabak merbahaya ni

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Bukit Ekspo, Jirat Cina dan Seri Serdang

Setelah minum air teh o panas kat Serumpun tu saya menuju ke Bukit Ekspo. Nak menghabiskan masa katanya. Nak tunggu Dania habis kelas jam 5 ...