Mulanya hubby ajak cari sarung luar untuk phone saya. Nak kena pakai sarung sebab phone tu takde baju. Bila pegang agak licin dan takde protection. Kemudian hubby mencadangkan ke 1 Utama. Tersenyum la ada orang tu kan?.
Kami parking kat 1 Utama new wing. Tak tahu tempatnya kat old wing ke new wing ke sebab kalau tersilap, kena la menapak jauh sikit. Parking pun senang je tak payah pusing 2-3 kali. Tempat pertama yang dituju ialah di Ground Floor Highstreet setelah tengok kat mall directory. Sebelum masuk ke BTS Pop Up Store : Map of the Soul kena beratur dulu kat sini. Line tak panjang pun.
Tiba sini bila ada staff nampak saya boleh dia cakap You Again?. Haishh bila pulak saya pernah ke sini?. Saya cakap la This is my first time here. Hehe. Kena isi borang online jugak untuk setiap orang jadi kena ada phone la kot setiap orang.
Selesai isi borang boleh terus masuk. Line tak panjang kan.
Teruja tengok Tiny Tan ni. Ambik gambar dulu ok?.
Ayah Dania tengah scan harga la tu....hehehe.....rata2 baju ni harga RM200++ ke atas. 😅
Hi Jimin!.
Jungkook la pulak. Ni memang peminat dia ni. Hehe.
Ummi Dania pun nak join sekaki jugak....Ini bukan sebarang Jin....ini Kim Seok Jin.
Ada dijual 3D poster Tiny Tan.
Cute la pulak budak kecik berdua ni.
Kalau peminat BTS memang tahu ni memang lambang BTS ni.
Pencil case pun ada.
Masuk je ada screen LCD BTS. Ummi nak ambik gambar Jungkook terambik gambar Suga...pun boleh.
Mini pouch ni tak silap masa ni tinggal RM dan J-Hope ajer. Lain2 dah kena ambik la kot.
Buku nota ni takde la murah sangat....Tengok la harga yang dipaparkan tu.
Kalau boleh setiap inci BTS Pop Up Store ni nak ambik gambar.
Ambik gambar kat Disco ni pulak.
Dania bersama beg pasar. Walaupun beg pasar je pun tapi harganya bagi saya bukan harga beg pasar. 😆
Dania kata ni lirik lagu 'On'. Siap tunjuk bukti kat youtube lagu BTS On. Hehe. Manalah ummi tahu.
Meh tengok apa yang ada kat sini....
Showcase ini diadakan sehingga 31 Januari 2022. Peminat BTS boleh la berkunjung ke sini sebelum tarikh tu ye. Pop up store ni kalau kat Korea nampak luas sikit tempatnya berbanding sini sebab kat Korea lebih dari 1 tingkat. Barang-barang pun banyak sikit. Oh ya barangan yang dijual di sini ada hologram 'Big Hit Entertainment' ya. 2 barangan yang Dania beli tu made in Korea.
Sayap ni katanya Black Swan. Lepas kaunter pembayaran ada sayap ni. Ambil gambar la sekeluarga sebelum keluar.
Dania nak terbang pergi mana tu?.
Dah keluar ambik gambar kat sini pulak.
Ni kat tempat masuk ni. Ambik gambar kat sini jugak.
Seronok tak terkata peminat BTS seorang ni. Dapat la 2 barang. Ummi kata early birthday present untuk Dania. Walaupun ummi kata ni je hadiah birthday dia bulan 11 ni tapi ummi dah prepare 2 hadiah kat rumah. Hehe. Ingat tak saya kata nak cari sarung phone saya?. Takde stok la pulak. Frust betul la....
Apa pun moga Dania belajar rajin2 ye.....
XOXO,
Ezna
Ty tak minat BTS tapi Ty ada kawan yang memang fanatik , nanti boleh share dengan dia.
BalasPadamKalau minat memang selalunya peminat akan terjah. Tak beli pun boleh ambik2 gambar je dalam ni.
PadamTisya pn xsabar nk pi sini..xtau la bila nk pi..dania bli brg apa? Tula tgk org share brg tk murah
BalasPadamDania beli Canvas bag dan Pencil Case. 2 tu pun harga tak murah. Boleh la pi sebelum 31 Jan 2022. Masa gi weekend kat sini pun tak ramai. Lengang je. Maybe orang balik kampung kot.
PadamSeronok Dania dapat masuk kedai ni. Orang kalau dh minat kpop ni mesti singgah. Macam and tak berapa minat. Tpi patung tu comel je
BalasPadamWahhh BTS Army mesti serbu kedai ni laaa nanti. Kita tengok pun tergoda dgn figurin tu!
BalasPadamwah nampak dania excited betul heheh.. nak dia excited x
BalasPadamHehehehe haritu anak baru juga singgah, siap tunjuk gambar gakkkk.. kemain ek kalau dah fans, adoiii...
BalasPadamLain yg dihajat, lain yang dapat yee.. Tp takpe la kan. Demi untuk anak. Aritu nampak member share jugak pasal outlet ni. Mujur bukan peminat Kpop, kalau tak mesti laju dah pi 😅
BalasPadamWahhh BTS fans sure happy ada attraction ni! Pasti teruja giler2 mereka ni… nampak few of my friends pun share about this… boleh g la nanti 🥰
BalasPadamKena bawak Zahra g ni..mesti dia excited macam ape je nanti..haha.. kalau dah fans kan..
BalasPadamPeminat2 BTS mesti suka ke sini kak. Macam2 ada jual ye. Bila dh minat,bab harga pejam mata je lah masa nak bayar tu. Hehe.
BalasPadamThis will definitely appeal to BTS fans no doubt. They will certainly be spending lots of time here for sure.
BalasPadamWah memang seronok la peminat-peminat BTS serbu kedai ni. Kte lama tak gi OU. Nanti leh la gi kedai BTS ni sekali hehe
BalasPadamAkakkkk laju betul dah ke sini! Saya nak pergi, tp entah bilanya nak ke sana. Nak beli merchandise BTS. Hehehehe. Seronok betul tengok gambar akak. Purple BTS Army. Hehe
BalasPadamOmg.. best nyer! i m one of their fans and will dropby 1U to check out
BalasPadamOh you Army jugak la ni....
PadamSeronok dapat jalan2 bersama keluarga..Syukran keluarga bahagia
BalasPadamMoga berbahagia kami di dunia ni dan di akhirat sana Insya allah...aamiin
Padamini kalau bawa adik perempuan sy ke sini, mahu dia spend masa berjam dalam nie. ya Allah banyak betul merchandise BTS. boleh tergugat hati para army menengoknya
BalasPadamKalau Army memang tergugat. Tukang bayar buat2 tak tahu je kalau kena beli barang lebih. Hahaha
PadamHai boleh estimate harga barang disana
BalasPadamDan Ada jual army bomb x?
Sy rancang nak prg, nak estimate belanja nnti
Bermula RM29. RM29 ni sticker ajer. Baju2 RM200++, stationery dalam RM50++. Army bomb nampak macam ada....Barang2 dalam ni mahal2 juga....
PadamNak tanya nak masuk tu kena buat appointment dulu ke macam nak pergi klinik? Ada link ke? Atau datang pastu isi kat sana pastu masuk terus
BalasPadamHi. Beratur kat tempat yang ditetapkan. Dari situ kena isi form online. Staff akan guide kita nanti.
Padam