Mulanya terjumpa pertandingan esei ni masa google. Sekarang ni dah la kurang ko-kurikulum kan?. Jadinya saya encourage Dania masuk. Mulanya dia bising juga sebab ni esei kedua dia masuk selepas International Essay Contest for Young People oleh Goi Peace Foundation, Jepun. Tajuk untuk Esei yang ni What is Life?. Boleh tulis dalam bahasa Jepun dan bahasa Inggeris. Saya nampak apa yang Dania tulis untuk ni menggambarkan diri dia masa pandemik ni. Ok barulah tahu isi hatinya. Lebih kurang macam a bit stress tapi kena sentiasa bersyukur dengan apa yang ada. Dania ada mentioned hidup ni ada purpose jadi kita sendiri kena cari tujuan hidup tu. Kata Dania cikgu tuition biologi, Sir Iqbal Maths Clinic Plus yang bagi tahu. Setahu saya la cikgu2 Maths Clinic ni banyak bagi kata2 motivasi. Dania terinspirasi kata2 dari sini. Terima kasih Sir Iqbal dan MC Plus!. Ada lagi la yang Dania tulis sebab sekurang-kurangnya 700 patah perkataan untuk youth 15-25 tahun. Ayat Dania ummi pun sangka. Bagi saya sangat catchy dan menggambarkan dirinya secara jujur. Dari sini yang saya rasa kena gilap lagi esei Dania ni. Tapi ummi dah cakap ni last dah ni untuk esei Jepun ni. 😆
Lepas tu bila ternampak esei yang The Queen's Commonwealth Essay Competition ni ummi rasa rugi pulak Dania tak join. Bising gak kan kena join tapi Dania buat juga. Dengan takde idea untuk esei kali ni. Dania mempertaruhkan esei bertajuk 'The afterglow' Senior Category No. 3 tu. Lebih kurang bagaimana dunia ni setelah Covid-19 berakhir 30 tahun yang lalu. Nak tak nak kena berfikiran luar kotak la kan. Kategori Dania kena tulis tak melebihi 1500 patah perkataan tapi Dania tulis 1012 patah perkataan. Tepat pada 27 Jun 2021, Dania hantar karya Dania setelah berapa kali baca berulang kali dengan nak dekat tarikh akhir hantar online iaitu pada 30 Jun 2021.
Pemenang No 1 dan No 2 kategori Senior dan Junior akan dipanggil ke UK untuk menerima anugerah. Paling menarik akan diadakan di Buckingham Palace dengan kehadiran Ratu Elizabeth atau Camilla Parker Bowles, Duchess of Cornwall. Teruja kan?.
Kalau perasankan gambar bawah ni....perempuan pakai baju putih lengan panjang, seluar warna mustard tu pakai hijab kan?. Tema untuk esei The Queen's tahun 2021 ialah 'Community in the Commonwealth'.
Credit : Royal Commonwealth Society
Saya dapat email ni petang 30 September 2021. Bila baca tajuk eh ada perkataan Silver Award. Ok rupanya Dania dapat silver award untuk esei The Queen's Commonwealth Essay Competition 2021. Sangat-sangat tak sangka sebab masa buat esei ni Dania ambil masa 2 hari. Kena buat 1500 patah perkataan untuk senior category dan Dania takde idea....ummi terus mendapatkan Dania yang sibuk online tuition dan bagi tahu result sesambil ummi menangis sebab tak sangka. Pastu dia carry on dengan kelas. Ummi melayan hati dan perasaan. Haha. Sebenarnya ada cikgu Dania sampai telefon ummi nak bagi tahu perkembangan Dania dalam pelajaran kat sekolah. Cikgu tu kata Dania ni senyap kat kelas. Cikgu tu kata akan tengok2 kan Dania sebab katanya Dania ni ada potensi. Bagi ummi, bila tengok macam ni Dania ni dia akan luahkan pada penulisan. Dia tak reti nak luahkan depan2 tapi dulu masa interview in english Dania nak masuk MRSM Igcse boleh je Dania menjawab soalan interviewer tu macam siapa yang mendorong Dania masuk MRSM....ada bela haiwan peliharaan tak?....Dania kata tak ada tapi ada beri makan kat kucing yang selalu datang kat rumah. Dia suka kucing tapi ummi tak galakkan bela kucing sebab takut kucing. Haha nampak sangat jujur kan?. Bila jawapan in english Dania boleh buat ayat panjang2. Jadi saya rasa Dania minat subjek English ni.
Bila Dania umur 3-6 Dania saya masukkan ke kelas Speech and Drama di Julia Gabriel, Bangsar (Psstttt time ni la saya kenal Aaron Aziz dan isterinya yang anak2 bersekolah tadika di sini). Kelas pertama Dania....Dania menangis2 cakap nak ummi....nak ummi....habis kacau kelas tu. Ummi memang tunggu kat luar kelas je. Kelas mengambil masa 1 jam. Bila macam tu, saya nampak teacher Elizabeth Lee peluk Dania dalam kelas sehinggalah Dania seronok nak masuk kelas Speech and Drama ni minggu selepas itu. Teacher Elizabeth (Lizzie) ada bagi tahu bila Teacher tunjuk model replika airplane....Dania respons cakap Kapal Terbang 😅. Ok... itu la perkataan Dania yang mula2. Selepas itu....Teacher Lizzie kata Dania dah mula jadi small teacher pulak dalam kelas. Dania cakap Please Keep Quiet bila kawan2 bising. 😆 dan paling tak tahan Teacher Lizzie cakap Dania converse in english ada slang british. Tak tahu mana datangnya slang tu. Ummi rasa pengaruh siaran Astro Playhouse Disney. Siaran favourite Dania. Bila masuk pertandingan kanak-kanak, Dania ada menang CD pertamanya kartun Strawberry Shortcake. Since lepas tu ummi beli beberapa CD kartun Strawberry Shortcake. Kartun ni takde violence ya...takde benda mengarut macam kata-kata yang tidak sesuai sebab kanak-kanak baya ni cepat terpengaruh. Inilah permulaan pengenalan Dania dengan Bahasa Inggeris. Tidak mudah pada mulanya....
Ok...selain daripada pemenang No. 1 dan No. 2, esei akan diberikan award samada Gold, Silver atau Bronze juga Certificate of Participation untuk penyertaan yang layak. Kalau ada esei plagiat memang awal-awal kena reject.
congrats dear dania. well done!!
BalasPadamTerima kasih Suzz :)
PadamTahniah Dania...saya bole rasakan peraasaan ezna menjadi seorang ibu apa jua yg ank kita buat mmg akn jadi suatu kebanggaan...melihat perkembangan anak2 even small thing like hadiah berharga buat kita.
BalasPadamYe every single step mereka kan? Agaknya macam tu juga arwah mama dan arwah papa saya....
Padamterbaik dania.... moga satu hari dania boleh menjadi penulis yang disegani dan membawa nama Malaysia ke mata dunia..ameen
BalasPadamAamiin....Terima kasih Ayu. Ayat you touching pulak u....Moga anak2 kita semua cemerlang semuanya...dunia dan akhirat!. Insya allah....
PadamWell done Dania! Tahniah. Silver award antarabangsa tu. Bukan kaleng-kelang sijil tu. Tahniah sekali lagi.
BalasPadamTerima kasih.... :)
PadamWaaa Tahniah buat Dania, membanggakan sungguh bagi seorang ibu kannn.. moga Dania terus berjaya ke peringkat yang lebih tinggi..
BalasPadamIbu...apa2 yang anak buat pun bangga....masa kecik2 baru bertatih berjalan pun seronok....
PadamBaca sampai habis bagusnya Dania ye. Mesti english dia bagus.kalah aunty..hhehhe. Terbaik dania, teruskan apa ania minat. Akak pun banyak sokong dia
BalasPadamThanks Nad....akak kalau mula cerita detail...hehe....tak nak satu pun akak lupa....nak ingat memori ni sehingga ke akhirnya....
PadamTahniah Dania. That's a great way to encourage her to keep on writing and I know soon she will gain so many more too.
BalasPadamThanks Rawlins...
PadamTahniah Dania
BalasPadamdan ibunya juga
Terima kasih...
PadamTahniah akak. Bagus betul akak pandai mendidik anak. Mereka pun berani mencuba. Why not kan. Seronok tengok kejayaan anak-anak muda. Semoga terus sukses Akak dan Dania.
BalasPadamKadang kena paksa juga Ruby tapi masa paksa tu kena pandai main psikologi. Kena cakap elok2.
PadamTahniah untuk mak dan anak! eh, ayahnya sekali :)
BalasPadamTerima kasih!
Padam