Rabu, Oktober 20

Hari pertama sekolah setelah lama berPDPR

Keluar rumah jam 6.38 pagi kemudian tiba di sekolah Dania sebelum pukul 7 pagi. Kumpulan A setiap kelas kena datang sekolah minggu ni. Dania dan kawan baik terpisah kumpulan untuk sementara waktu sebab Dania mula huruf D dan kawannya huruf N. Kelas Dania tak ramai pun macam kelas biasa tu....29 orang ajer. Ramai yang pindah ke sekolah asrama masa Form 4. 

Nak jadikan cerita pagi ni hubby yang drive ke sekolah sebab nanti nak breakfast sekali. Lepas drop kan Dania saya dah cakap nak turun dan ambik gambar. Saya ingat takde la cikgu2 ke penolong kanan ke tunggu depan gate. Selalu kat pondok tunggu bas berdekatan. Bila tak nampak cikgu2 saya pun ingat memang takde la cikgu2. Saya ternampak kawan saya turunkan anak dan saya siap ber Hai lagi dengan kawan tu...kuat ok saya ala ala jerit. Guard perempuan yang saya kenal pun saya Hai kan jugak....sekali maju je setapak nak sampai gate sekolah....terdengar satu suara....oh Puan Ezna rupanya....ya allah Datin Pengetua rupanya dan ada guru penolong kanan 2 orang beserta cikgu kaunseling. Ya allah malu betul saya. Haha....ber Hai tak ingat dunia....ye saya akui saya excited beno hari ni. Dah lama saya tunggu saat2 Dania nak ke sekolah. Boleh imagine ke tak macamana excitednya saya??. 😜

Nak cover malu punya pasal....saya ambik gambar la semua yang menunggu di gate sini. Datin Pengetua, Wan Nor Ashikin baju semua biru (Pengerusi Pandu Puteri Hulu Langat), Penolong kanan baju hijau dan baju putih/biru. Guru kaunseling Cikgu Yus tudung pink. Sebelum balik, Datin kata jaga diri baik2 Na. Manja pula panggilan Na. Hehe....cepat2 saya masuk kereta....aduiii kalau saya tahu ada mungkin saya cover la sikit. Haha 😅. Dania pun tak perasan cikgu2 termasuk Datin Pengetua depan pagar sekolah. Dania pakai tu uniform Pandu Puteri. 

Takpelah harap2 cikgu2 tahu saya happy anak kembali ke sekolah.....

 


Ni gambar first saya snap. Dari sini tak nampak ramai cikgu2 tu. 


Breakfast berdua. Dah lama tak breakfast berdua.....selalu ada Dania. 


Kalau teringin je nak makan roti canai baru makan. Selalunya saya breakfast roti bakar. Hari ni saya order roti tampal. Hubby roti telur. Alehnya yang saya tak lalu saya pass ke hubby....


Singgah sebetulnya nak tengok tasik ni. Baru je dirasmikan. Dekat sangat dengan rumah saya dan tepi highway ajer ni. Nak ke sini takde exit dari highway. Kena ikut jalan dalam. Masih banyak lagi perlu dibuat kat sini. Dalam perancangan akan ada sampan kecik kat sini.....boleh la nanti nak naik sampan pulak. 


Sepanjang tasik ni ada pokok Tecoma baru tanam. Alaaa....pokok yang macam pokok sakura tu. Tunggu la dia besar nanti dan berbunga lebat mesti cantik tempat ni. Kami jalan sekeliling tasik ni dapat la dalam 500 meter. Haha. Idak la jauh mana tapi at least saya cuba ok....berpeluh jugak la....


Tasik Baginda ni diapit oleh ILIM dan Amsa Driving Center. Di kejauhan bangunan kuning tu LHDN di Bandar Baru Bangi. Dari sini nak ke seberang sana dalam 6km. Tak la jauh mana. 

Selamat kembali ke sekolah buat anak-anak yang masuk sekolah. Lama sangat belajar kat rumah rasa macam tak efektif pulak. 




XOXO,
Ezna







12 ulasan:

  1. betul tu, lama sgt anak2 x ke sekolah. sian diaorang lama x jumpa kawan2...

    BalasPadam
  2. Sempat tu dating bersama. Mesti anak rasa hepi dapat pi sekolah balik kan. Dapat jumpa kawan-kawan

    BalasPadam
  3. seronok bila anak2 dah mula kembali ke sekolah. jemu sebenarnya belajar di rumah heheh

    BalasPadam
  4. saya tengok posting ezna ni pun rasa exited pulak...belajar di sekolah xsame feel belajar di rumah...hope mereka semakin bersemagat memulakan sesi persekolahan baru ni..

    BalasPadam
  5. Dapat sy bayangkan keterujaan Kak Yan tu :)
    Hari tu balik dari Putrajaya lalu Kg Abu Bakar Baginda ni. Dulu2 selalu juga datang area sini.

    BalasPadam
  6. Maknya excited ya anak dpt kmbali bersekolah. Jgn ada anak2 yg tak hepi pula sekolah dah buka. Hehe. Lama tak pergi bangi. Dulu stay kat stesen kajang masa belajar kt ukm. Mesti membangun dah Bangi skrg.

    BalasPadam
  7. selamat kembali ke sklh utk dania.. =)

    BalasPadam
  8. Selamat kembali ke sekolah Dania! Memang kita pun sama teruja anak pi sekolah, yelah lama nau dok PdPR je kannn. Moga anak-anak kita dilindungi Allah dari wabak covid-19. Aamiinnn

    BalasPadam
  9. Thats good to know they started to go to school, stay safe ya

    BalasPadam
  10. wahhh macam 1st day school kan? alhamdulillah pelan2 kita kembali ke normal. semoga semuanya dipermudahkan dan dilindungi. siapa sangka covid punya penangan satu dunia huru hara

    BalasPadam
  11. Anak saya pun excited nak kembali ke sekolah. Dia cakap kalau kat school tak banyak kerja sekolah bawa pulang. Terus siapkan di sekolah bersama cikgu dan kawan-kawan. Lg pula guna gadget ni nampak tak puas. Semoga anak-anak kita terus sukses dan jadi pelajar cemerlang.

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Cendol famous di Melaka?

Bila dah tiba di Melaka ni, jom la kita makan cendol terkenal kat Melaka ni.  Kami parking kat sini kebetulan ada yang keluar parking. Rezek...