Hello eznakhalili.com readers!!

Friday, September 10

Wowshop ni memang racun berbisa

Bila tengok rancangan TV ni yang ada Jimmy Shanley. Haaa rancangan apa tu?. Ada pengacara wanita juga dalam rancangan tu. Tak lain tak bukan Wow Shop!.

Ha bagi sesiapa yang tak kenal Jimmy Shanley...inilah Jimmy Shanley. Gambar lama ni masa ni kat Karangkraf Shah Alam. Dania baru balik sekolah dengan pakaian T-Shirt sukan. Actually ni bukan yang latest jumpa Jimmy. Latest kami jumpa Jimmy masa kat Colombia Asia Hospital, Puchong. Masa tu sehari sebelum nak pergi umrah iaitu pada 10 Disember 2014, hubby kemalangan motor masa nak pergi kerja. Terlanggar batu-bata kat Bukit Jalil. Masa tu Bukit Jalil ada banyak construction. Ada lori terjatuhkan batu bata tu la. Hubby saya patah tangan sehari sebelum nak bertolak buat umrah. Dr simenkan elok2 dan lepas umrah baru buat operation masukkan besi. Ok anyway....Jimmy dan isterinya nak pergi buat routine check up mengandung jadi berjumpa la kami kali kedua kat sini. Jimmy ni my junior masa kat UITM Shah Alam. Kami ambik course yang sama masa degree. Masa buat masters, lecturer Jimmy kat UITM Shah Alam tu kenalkan dengan anaknya...haa dah jadi isteri dah pun. Mak mertua masa tu lecturer UITM Shah Alam le...(Jimmy cerita kat saya ye 😃).

Ok dah dah cerita pasal si Jimmy Shanley ni. Abaikan tudung Dania yang senget benget ni. 😆


Nak cerita barang yang Jimmy promote dalam Wow Shop ni. Alahaiiii cannot tahan tengok ni. Apa ni?. Ok saya explain kat bawah eh?. 


Inilah Gintell G-Flexi. Alat mengurut flexi dan kecil. Boleh dibawa ke mana-mana sebab sizenya tu. Kalau beli Gintell G-Flexi ni dapat sekali dengan facial cleanser dan eye mask. Ok best tak ada free gift pulak. 


Macam Jimmy cakap la boleh sambung ke plug kereta kalau nak urut dalam kereta masa travel jauh tapi kena pastikan kereta tak bergerak la untuk langkah keselamatan. Ia juga boleh laraskan nak panaskan atau sejuk bebola yang mengurut kita tu. Kiranya ada 12 bebola mengurut ni bagaikan 6 pasang tangan yang mengurut kita bak kata Jimmy. 

Boleh la kalau nak urut tangan sahaja ke, kaki ke, perut ke, belakang badan ke....hmmm kalau balik kampung pun boleh bawak juga soh urut-urut belakang tu. Tak payah dah guna mesin urut kat R&R tu ha...nak nak zaman sekarang kan. Bila la boleh merentas negeri la pulak?.

Hanya ada 350 set sahaja yang ditawarkan untuk penonton Wow Shop. Wahhh marketing baik Gintell ni sebab dia buat limited ajer untuk penonton Wow Shop. Kalau habis kuota tu, habis la. 


Ni pulak harga yang ditawarkan khas untuk penonton Wow Shop. Huhuhu....menarik sangat-sangat. Dania menggelakkan ummi dia sebab katanya terpengaruh. Ok nanti jangan sibuk nak mengurut ok? 👌. Hubby pun gelakkan jugak. 😝


Akhirnya selepas screenshot segala bagai page Wow Shop ni ke hubby agak2 dia beli ke? 😅. Berbaloi ke tak penat2 saya screenshot tu?....






Tau tau je 'Ready to Ship'. 😆. Hip Hip Hooray!!!. Hubby whatsapp saya...padehal boleh je cakap sebab dia work from home ajer....😅


Thank you Abang!. Tu la Ena tahu berbaloi beli untuk keluarga kita ni nanti....😄



PS : Bukan selalu meminta minta pun tapi errr 9.9.2021 sale pun minta juga 😅. Eh...sesekali katanya...



XOXO,
Ezna

17 comments:

  1. dulu rajin juga tengok goshop sampai macam2 barang nak beli. nasib sekarang ni dah malas nak tengok goshop or wowshop. memang racun berbisa sangat ni..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selalu kan sis kalau nampak je channel ni selalu sis bukak channel lain tapi hari ni boleh pulak tengok dia jual apa. Dah tengok...terbeli pulak...haha

      Delete
  2. Kalau mudah alih nie, memang berbaloi beli. Ke mana sahaja boleh guna kan. Nak jengok la kalau ada lagi hahaha

    ReplyDelete
  3. wowshop, goshop merupakan rancangan apabila kebosanan saya berada pada tahap kemuncak sekali. kikiii! memang dia punya pengiklanan, pergh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha....pengacara tu tak berhenti bercakap. Selalu sis bukak channel lain. Hari ni aikkk boleh tersangkut kat channel ni.

      Delete
  4. wahhh ni mmg betul u ken aracun hahahaha... tapi nampak menariklah produk ni ezz.. nanti u boleh buat review

    ReplyDelete
    Replies
    1. Racun dah ni Ayu....nasib baik ada yang melayan. Haha....produk ni best...idak i tak suruh beli....

      Delete
  5. bestnya!!! selamat bermassage hhehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha....sabar je lah Suzz...tiba je barang i review...

      Delete
  6. Hahahaha Sis ada dua barang beli dengan wowshop ni selepas menontonnya.. memang tergila betul kalau dah tengokkkann.. lagi tiap kali live ada diskaun hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pernah beli barang kat Go Shop juga. Berbaloi beli barangan La Gourmet. Guna sampai sekarang.

      Delete
  7. Hahaha. Wow Shop ni kalau Jimmy duk cakap pasal manfaat produk, cuba produk dan becok dia explain itu ini. Memang cepat kita akan pergi beli barang tu. Power betul kan Jimmy ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang Jimmy ni...sebab mulut dia la tu akak dah terjebak....Haha....

      Delete
  8. ahaahah pandai bodek! tapi produk macam ni memang bagus especially untuk kesihatan. macam khai pun ada invest beli produk urut so boleh la urut sendiri kt umah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau nak beli kerusi besar sangat pulak dengan harga pun besar. Sis beli yang portable je lah. Haha...

      Delete
  9. hahaha... teringat masa anak saya kecik dulu... cita cita dia nak jadi macam jimmy shanley... habis semua barang dalam rumah tu dia review dan promo macam jimmy dalam goshop

    ReplyDelete