Hello eznakhalili.com readers!!

Wednesday, September 22

Bagaimana untuk menamatkan langganan di Google

Haaa...pernah tak you alls langgan apa-apa aplikasi di google?. Macam saya kan bulan Ogos baru-baru ni sebab nak kena buat video dan nak hantar ke youtube, saya melanggan aplikasi Viva Video (Video Editor and Maker). Ni sebab Dania nak buat video untuk The 18th International Girl Scout e-camp tu. Gigih la saya melanggan Viva Video ni. Eh eh senang juga la aplikasi Viva Video ni. Kononnya nak bagi cantik la takde watermark kat situ. Ok saya langgan tu RM21.99 untuk 1 bulan. Bila dah tak buat video rasa rugi pulak nak teruskan langganan. Dia automatik akan potong dari akaun yang kita daftar tu. Tengok2 dah potong dah untuk bulan September ni. 

Ok...cara-caranya ialah :

1. Pergi ke https://pay.google.com

2. Klik Subscription & Services 

Akan tertera apa yang kita langgan tu. Kalau banyak melanggan tu banyak la list dia. Saya cuma satu ajer. 
 

3.
 Kalau dah tamatkan akan tertera Inactive. Kemudian klik ke manage subscription. 

4.Jika anda tamatkan langganan, pastikan ada perkataan cancel dan tarikh cancel

Jangan risau jika anda rasa nak sambung balik langganan ni sebab ada je butang resubscribe tu. Nak sambung cuma klik la resubscribe. Senang ajer...


Haa senang je kan nak tamatkan langganan ni kan?. Kalau tidak rugi je kalau kita langgan tapi tak guna. Walaupun RM21.99 je pun tapi kalau tak guna baik la tamatkan. 

Ni saya nak share youtube video hasil dari edit kat Viva Video. Ni nak memperkenalkan tempat menarik di Malaysia. Jadi Dania buat Pintasan Saloma atau Saloma Link Bridge. Senang apa yang ada kat dalam phone ummi je la senang. Boleh klik shorturl.at/cepK7 untuk tengok.

Best juga sebenarnya aplikasi Viva Video ni. User friendly sangat. Nak mengendalikannya pun senang. Baru-baru tu agak payah la tapi bila lama2 ok pulak. 

Apa yang anda langgan di google?. Saya ingat macam nak melanggan Canva Pro sebab macam-macam boleh buat nanti. 


9 comments:

  1. menarik tu..i ler zero bab2 video editing haha sadiss

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mula2 nak familiarize tu susah sikit. Kejap je boleh pick up you....

      Delete
  2. Betul. Kalau jarang guna baik ditamatkan. Eiza pula guna Inshot dan CapCut untuk video. Itu pun guna yang biasa je. 😁

    ReplyDelete
  3. Wah pwrkongsian memarik ni. Sy pun br tau sebab dulu pakai apple skrg konon berhijrah ke android so jadi blur dgn bbrp perkara haha

    ReplyDelete
  4. Ooo so far takde, Sis pakai iphone, kalau langgan pun hanya iCloud ajer.. lain tak pernah lagi laa beli apa-apa apps ke..

    ReplyDelete
  5. Kena rajin juga cek google play store subscription tu. Risau terlajak bayar. Hahaha. Kalau guna, takpe la kan. Saya setakat ni yang saya langgan adalah Canva Pro, InShot, Muslim Pro dan Lumii photo editor. Hehehe. Ada yang cakap bleh je beli di shopee. Cuma saya lebih suka appreciate developer apps. So saya subscribe direct dr play store. Support mereka. Hehe.

    ReplyDelete
  6. Kena alert kan bab subscription ni kalau ada yang tak pakai baik stop je. TQ sharing!

    ReplyDelete
  7. Betul kita masih lagi langgan Viva Video senang nak edit dan juga yang primier hehehehe masih langgang dah berapa tahun.. sekarang banyak suka edit video hehehe..

    ReplyDelete
  8. So far khai xpernah langgan apa-apa lagi kt google haha cuma langgan extra storage je. Boleh la refer artikel ni nanti kalau ada langgan apa-apa

    ReplyDelete