Senangnya nak pick up food dekat Eid ni. Whatsapp ajer Eid kemudian dia akan bagi senarai menu. Alang2 hubby nak stock up groceries dekat Maxvalu Evo ni, boleh la singgah tapau kat Eid tapi kalau boleh tak nak la tunggu lama jadinya order melalui whatsapp ni. Memang dah tau nak makan apa dan budget nak pick up pukul berapa.
Last sekali saya pun letak Gamsa Hamnida. Hehe...maksudnya terima kasih dalam bahasa korea.
Lepas Maxvalu, sempat lagi hubby dengan Dania singgah Pustaka Rakyat. Dania nak beli buku. Lepas tu baru pick up dekat Eid.
Ni lah makanan korea yang kami order ni. Korean Ramyeon with dumpling ni Dania yang nak makan, hubby pilih bulgogi daging tu dan saya makan Tokpokki.
Close up Tokpokki saya ni. Ada fish cake juga. Rice cake tu liat2. Entah kenapa suka saya liat2 ni tapi bila kunyah lama-lama lenguh pulak mulut ni. Hehe.
Saya makan Tokpokki ni dengan nasi. Tak reti saya makan saje je. Mesti ada nasi jugak. Nasi korea ni pun macam nasi jepun eh....berkanji.
Bulgogi ni didatangkan dengan set. Sedap rasanya manis. Saya rasa ada honey juga ni.
Ada kimchi. Kimchi ni saya makan sikit ajer. Tak berkenan sangat tapi masa saya pergi Korea tu banyak pulak saya makan kimchi ni. Tauge ni Dania punya. Dania makan dengan Ramyeon tu.
Ini pun dalam set bulgogi. Sausage ni diletak sos tapi saya rasa ada gak ingredients lain.
Mee Dania ni ala maggi tapi rasanya tak sama sangat dengan maggi. Ada dumpling juga. Saya rasa juga sikit Dania punya mee ni.
Honey chicken ni sedap.
Kat bawah harga yang saya order tu.
Ni kalau nak order delivery ye...
Ni total yang saya order. Kalau lebih RM70++ boleh dapat cheesy corn sausage kalau beli lagi selepas ni dengan total RM70++.
Sekali-sekala boleh la nak makan masakan korea ni. Kalau selalu jenuh juga sebab harganya tak murah.
Siapa suka masakan Korea? Say I....
my zharfan & ariff both suka sgt korean food...i tgk jenis menu, if yg tak pelik2, boleh jer mkn hahahah
BalasPadamWahhh leh geng dengan Kak Dania ye Zharfan dan Ariff hehe. I prefer makanan Korea dari Jepun jadi ok lah kalau ke Korea boleh telan masakannya.
Padamnmpk mcm best je makanan korea.. haha
BalasPadamCuba try memang best...hehe
PadamThe ordered food looks like inviting and tempting. Those who enjoy korean food must try and order this right. Would love to try it as well one day.
BalasPadamKena suka dulu makanan Korea jadi ok la....if not takut tak boleh makan nanti....
Padamteringin juga nak rasa masakan korea ni. tapi tengok portion die sikit je kan..agak2 kenyang ke tak kalau ida order tu..haha
BalasPadamPortion dia ok la utk kami bertiga walau set tu untuk seorang. Banyak juga dalam set dia tu. Kami pun bole share 3 orang....
PadamPernah makan eid ni tp kat korea dulu. Sedap makanan2 dia. Dekat sini tak cuba lagi sebab jauh dari rumah. Tp kimchi mmg fav ana. Sedap. Hehe
BalasPadamSedapnya makanan kat Eid nie. Teringat first time pergi makan dengan kawan2 pejabat tika bos belanja. Dap ah!
BalasPadamYeah, I’ve been to Eid in Bangi and the one in Itaewon. Makanan2 dia sedap2 giler. I miss dining at Eid.
BalasPadamWahh kedai makanan Korean pun guna nama Eid. Saya ingatkan kedai makanan masakan Aidilfitri ke Ramadan ke. Hahaha. Rupanya masakan Korean. Nampak menyelerakan kak. Nanti nak cuba jugalah.
BalasPadamOk dah kecur air liur. Marsha memang fan of korean food. Sini kurang korean food. Jadi kena cari betul-betul.
BalasPadamWaduh menyelerakan menu Korean dia.. nasiblah area rumah Sis dalam FP tu banyak gak restoran Korea.. baru kelmarin beli Tokpokki hehehehe
BalasPadamMeriah korean food dia. Senang nak makan korean food sekarang ni semua boleh order kat foodpanda and grab je kan.. honey chicken tu one of my fav jugam
BalasPadamNampak menarik masakan Korea ni, dan betul, tak salah pun nak makan semua ni sekali-sekala. Macam sokong penjual lokal juga kan.
BalasPadami suka bulgogi tu.. nampak sedap betul. teringin nak makan makanan korea la pula hehe
BalasPadamRindunya nak makan masakan korea ni. iena suka makan Tokpokki. Ouh tak pernah cuba pulak makan Tokpokki dengan nasi hehe..Biasa makan macam tu je
BalasPadamOh wow! semua makanan Korea restoran ni nampak sedap, sis also craving for korean food.
BalasPadamsedapnya toppoki! khai pun suka gak makanan korea boleh dikatakan sebulan sekali mesti makan makanan korea
BalasPadamWah! Sedapnya... saya pun memang suka makan makanan Korea since anak sulung ajak makan kat Dubuyo sebelum ni... nampak menarik dan berbaloi juga menu-menu tu... kalau dekat, boleh try... pstttt, sekarang ni, kitorang pulak siap jual topokki lagi tu Kak Ezna... hehehehe...
BalasPadamBagusla more and more adopt this service now.. senang for everyone kan..toppokki my favorite ni.. aduiii now I craving for it dy! Esok nak g cari Korean food la...
BalasPadam