Pagi lagi dah prepare untuk masak siap-siap untuk lunch dan untuk adik saya yang nak ambik saya kejap lagi. Plan saya pagi ni nak masak kuetiaw goreng. Bahan-bahan dah prepare awal-awal la ye. Kali ni saya dan hubby saya plan nak tiba awal kat PPV masing-masing. Hubby di UKM dan saya di IDCC.
Ok...hubby nak pergi UKM dah ni....ambik photo jap.
Ni bila si wife suruh ambik gambar tapi frame vaksin dah takde. Belasah je hubby ambik kat sini dengan kerusi pun tunggang langgang kat belakang....pun boleh. 😄. Patut jam 11.30 vaksin tapi sebab pergi awal...11.30 dah siap dah vaksin dan hubby kata sangat pantas dan orang pun tak ramai macam first dose dulu.
Hubby tiba rumah, saya pulak dah pergi.
Ni bila adik cakap jam ETA 11.40, kakak dah siap tunggu kat luar dengan beg bagai ni haa...tapau siap-siap lunch adik. Sesambil dia tunggu boleh lunch dulu. Ada juga 2 bekas untuk anak-anak saudara saya juga. Guess what? Saya tak lalu nak makan kuetiaw pun cuma saya makan roti ajer dengan milo. Suspens punya pasal.
Selfie dulu. Masa ni adik dah tiba pun....
Saya pakai ni ke PPV IDCC. Baju putih dalam tu lengan pendek dipadankan dengan kemeja lengan panjang hitam. Idak nak pakai tudung warna hitam tapi fikir balik dah banyak nau hitam yang saya pakai....jadi...tu yang tudung kelabu pulak...
Bergambar la kakak dan adik.
Jeng jeng jeng...makin dekat dah ni. Adik guna suara 'meow' untuk waze.
Sebelum tiba ni kat bawah ada staff suruh saya ditemani sebab nampak saya ni risau. Haha. Biasa la tu asal nak cucuk je panik. Memikirkan adik nak lunch tu tak payah la teman ni kan. Saya pun ok je naik sendiri.
Siap face mask 2 lapis dan luar tu face shield.
Kali ni dah ada lapik keras ni. Dos 1 dulu pandai-pandai la jadikan beg kita tu lapik nak tulis details.
Kena jumpa adik ni dulu. Kalau ok, kita proceed station seterusnya. Kalau tak ok masa Dos 1...ada alahan, kita kena jumpa Dr dulu.
Station berikutnya....Station 4. Just before kena vaksin. Masa Dos 1 banyak betul station. Kali ni tak banyak dan apa yang saya perhatikan...sukarelawan pun tak ramai.
Tak sempat nak duduk lama pun kat sini dah kena beratur sebelum ke bilik vaksinasi.
Berdebar tunggu sini.....
Jumpa Amira ni ajak wefie....nak hilangkan darah gemuruh ni....alehaiii....
Botol ditunjukkan kepada saya dan disebutkan nama vaksin. Hmmm....sayup2 je dengar sebab kita seram kan....😂. Siap tanya vaksin hari ni dari Sweden ke?. Haha...Yayyyy dari Sweden. Kalau nak tahu kan....Astrazeneca di Malaysia ni datangnya dari pelbagai negara. Dos 1 saya dapat dari Thailand. Dos 2 dari Sweden. Nak tahu dari negara mana....kenalpasti kod di hadapan vaksin kita tu.
CTMAV - Korea
D - Jepun
PV / ABX - Sweden
A - Thailand
Kali ni berani dalam takut saya ambik video kena vaksin. Masa Dos 1 sipi je saya fokus kat jarum tu. Tepat 1.10 petang, saya dah selesai Dos 2. Alhamdulilah. Proses ni cepat je.
Nak tunggu nama kena panggil sebab nak ambik kad sementara staff key in status vaksinasi kita dalam sistem.
5329 ni bila nak naik nombor ni?.
Sneakers yang selesa menemani saya hari ini.
Sementara menunggu, saya buat senaman ringan untuk tangan. Sangat membantu ok sebab selepas tu takde rasa lenguh-lenguh kat tangan. Orang tengok2 pun takpe la buat tak tau je la...
Lepas dapat kad tu boleh terus balik. Tak payah lagi tunggu kat pemerhatian macam Dos 1 dulu. Sebelum turun eskalator, placard ni menunggu untuk kita pose kat sini. Ada kakak seorang tu buat macam ni jugak. Maknanya dia tak nak suruh kita ambik gambar la. In return kena ambik gambar kita jugak....
Elok je selesai, ada seorang muda ni suruh ambikkan gambar dia. Dia akan ambikkan gambar saya pulak. 1-2 gambar dah siap!!!. Tiba rumah dalam 2.30 petang. Patut 2.30 petang baru nak vaksin. Boleh je pergi awal tapi dengan syarat tarikh tu kena sama la.
Sekarang ni dalam proses nak tunggu Partially Vaccinated warna putih...bertukar jadi Fully Vaccinated warna kuning. Haaa bila dah tukar kuning, takde hal la nak masuk Uniqlo tu.
Baru-baru ni saya dihalang masuk Uniqlo disebabkan tak cukup 2 Dos ya...err memang saya tak tahu. Kalau saya tahu memang tak masuk pun Uniqlo tu. Banyak halangan bila kita hanya ada Dos 1.
Moga semua baik-baik ajer hubby dan saya....
XOXO,
Ezna
alhamdulillah..finally dah full dose kan. lega dah rasa nya..betul 2nd dose dah tak sesak macam dulu
BalasPadamLega tak sesak. Kalau Dos 1 dulu ramai juga orang...kali ni smooth sangat2.
PadamAlhamdulillah selesai dah 2 dos ye kak. Ana next week baru nk cucuk dos kedua. Tp masa 1st dos hari tu tak byk kaunter pun. Doktor pun just check sign yg ada. Maybe sebab dah ramai yg ok dengan pfizer kot. Hehe
BalasPadamAlhamdulilah. Tak lama lagi dah tu. All the best ye...Kat IDCC ni ramai sukarelawan masa Dos 1. Dos 2 ni lengang sangat.
Padamalhamdulillah, syukur dah sempurna dua dos vaksin , semoga stay safe walau di mana berada. second dose is better kan kurang sikit kena jumpa staff kat PPV
BalasPadamBetul sangat cepat dan tak ramai orang. Tak banyak kena singgah kaunter macam Dos 1.
Padamalhamdulillah.. smooth jer. semuanya berjalan lancar. happy for you ezz
BalasPadamTahniah! Alhamdulillah tunggu proses berpantang vaksin je la kan 2 minggu. Nampaknya nanti akan ada dos ke3 pula. Moga semua dipermudahkan...Aaaminn
BalasPadamAlhamdulilah, moga terus sihat Ezna.. Sis pun semua family Sis dah lengkap, cuma anak bujang je tengah tggu habis empat belas hari ni.. baru boleh laa nak kata lengkap...
BalasPadamCongrats! dah selesai your vaccination program. I juga dah complete for me 1st dose ok only 2nd dose start to have mild fever.
BalasPadamAlhandulillah dah fully vaccine. Samelah kita team Az juga, puas menunggu turn 2nd dose kan..
BalasPadamYayy high 5 dah lengkap vaksin. Walaupun lama utk dapatkan dos kedua dari AZ. Kita bersyukur memilih AZ. Ia di antara vaksin yang bagus. Hehehe.
BalasPadam