Sabtu, September 25

Nasi lemak kekal misteri

Alkisahnya pada pagi Sabtu, masa hubby nak pergi beli breakfast....ada plastik yang berisi 3 bungkus nasi lemak yang disangkut kat pagar. Siap saya bukak plastik tu nak bau nasi lemak tu. Ya allah wangi ya amat. Perut berkeroncong pulak minta diisi tapi hubby tetap pergi beli juga breakfast. 

Kalau ikutkan memang kawasan saya ni rajin orang sangkut-sangkut kat pagar ni. Ada yang dia bagitahu sendiri dia bagi atau kita dapat tahu dari jiran yang lain. Kali ni kan senyap....sepi....pernah juga sebelum ni ada orang sangkut rumpai laut atau kerabu sarang (kerabu sare ore kelate panggil). Pun senyap tapi ada jiran lain bagitahu pemberi jadi saya berterima kasih la kepadanya. Barulah saya makan kerabu sarang tu dengan nasi. Ok sedap kat tekak saya. Suami saya tak berkenan. Dania apatah lagi. Benda pelik jangan la nak bagi dia rasa. 


Ok....saya ada letak la kat IG pasal kerabu sarang yang disangkut kat pagar saya tu. Sebenarnya saya pun tak tahu apa benda tu....hubby saya pun sama....siap cakap ada bau la (Ye sebab rumpai laut ni jadi ada bau hanyir la macam ala ala kerang kerangan tu) Nasib baik la ramai yang komen kat IG saya tu resipi, cara makan dan nama makanan tu. Idak....saya tak pernah tengok dan tak pernah makan. 😄 Ada seorang kawan saya kat IG, bagitahu saya kalau tak tahu siapa yang beri jangan makan. Kena berhati-hati. Terasa macam ada yang sayang pulak kan?...ok nak tahu apa jadi?. Ni kisahnya di bawah...(Kes 1)

Kes 1 : Dulu bila beliau baru lepas melahirkan anak baya Dania, masa tu dalam pantang dan ada orang bagi makan...dia makan dan akhirnya 6 bulan tak boleh nak bangun. Kena penyakit misteri. Sepanjang tu suami yang menjaganya...masak, suap makan....kesian sangat. Akhirnya bila berubat beliau sembuh. Memang masa berubat tu kata ada orang tak puas hati letak benda tak elok dalam makanan. 

Kes 2 : Pelajar pandai dalam sekolah, ada kawan iri hati kemudian meletakkan sesuatu dalam makanan. Sakit la anak saudara kawan saya ni. Nak dijadikan cerita anak saudara kawan saya ni lulus cemerlang PT3 dan pernah ditawarkan Kolej Permata Pintar. 

Kes   : Masa kecik2 suami beliau pernah diberikan makanan oleh jiran dan bila suami beliau makan, suami beliau yang masa tu masih kecil tiba-tiba pandai cakap bahasa Thailand dan katanya tak boleh nak kawal jasadnya. Jirannya ada perasaan dengki kat keluarga suami beliau....

Disebabkan kes-kes yang pernah diceritakan oleh mereka yang terdekat membuatkan saya lebih berhati-hati. Nak berprasangka baik pun tak boleh dah ni. Kata orang husnuzon. Dah kenapa tak bagitahu?. Kalau derma surau ke, anak yatim ke nak rahsiakan pun takpe lah. Ni nak bagi orang makan kot. Tak tergamak saya nak makan. Maaf cakap saya ada pendirian sendiri. Kalau tak tahu siapa yang bagi....saya tak akan makan. Paling misteri....dah kenapa tak bagitahu ada letak kat pagar?. Kenapa nak berahsia?. Kat plastik tu cantik ada tulis....'Enjoy your meal' ishhh tak enjoy dah aihhh kalau tak tahu siapa yang bagi. Elok pulak 3 bungkus seakan tahu kami ni 3 beranak kat rumah. 

Saya letak kat group adik-beradik....ternyata mereka pun tak akan makan. Kalau saya pun bagi kat orang ke adik-beradik ke nak surprise pun saya akan bagitahu la saya yang bagi. Ye lah kena proper la kan....nak masuk rumah orang pun kena ketuk.

Sampai ke malam nasi lemak ini kekal misteri.....dan silalah imagine apa saya buat.....kalau anda?? Makan ke nasi lemak ni?.


XOXO,
Ezna






25 ulasan:

  1. misteri sungguh tu...u tak de group wasup jiran2 ker ezz? i biasanya akan tanya group my jiran2, saper bg nasi lemak niiii ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada tanya. Takde siapa yang mengaku. Lagi la misteri Suzz....

      Padam
  2. sy pon xkn makan kalo makanan tu xtau sape bg..
    risau jgk tetiba mkn dpt penyakit misteri..
    ish mtk jauh.. tp kalo blh kita nk elak..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye....nak bersangka baik makan je tak tergamak jugak....memang kawan nasihatkan macam tu. Hati2...lagi2 yang kita tak tahu siapa yang bagi....

      Padam
  3. Tidak makan. Letak nasi bawah pokok jadi baja. Tidak baik membazir kan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nampaknya ramai kata tak makan jugak....bagus gak tu jd baja pokok....

      Padam
  4. samalah saya kalau dah tanya dalam group jiran dan takde sapa mengaku memang saya pun tak berani nak makan, tapi bau nasi lemak memang sedap ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pelik takde siapa mengaku dan takde sesiapa yang tampilkan diri. Mau tak misteri??

      Padam
  5. Hmm.....quite mysterious. Kalo I jadik you pun i x akan berani nak makan. Serious walopun nasi lemak tu bau dia memikat rasa but still kena tahu juga siapa pemberinya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha to be honest kan bau dia buat sis lapar ok?. But tu lah sis tak makan....

      Padam
  6. Alamak seram lak! Awat laaa so misteri, benda senang jadi payah kann
    Sudahnya apa jadi nasi lemak tuu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye Nina....ke dalam tong samp**. Maaf sis takut...

      Padam
  7. i pun x brp suka elemen suprise terutama part makanan. kita jd was-was dan takut nak makan

    BalasPadam
    Balasan
    1. You tau bau dia makhaihhhh sedap gila.....i akan makan kalau i tahu dari mana....sangat2 misteri....

      Padam
  8. Betul bab makanan ni seram nak makan sebab kita xtahu sape yang bagi. Memang sangat misteri ni

    BalasPadam
  9. Memg takkan makan kalau letak pagar pastu takde siapa bgtau. Takut.. Tapi yang jiran bagi tu kesian gak.. Haishh ape nak ada hasad dengki macam ni.

    BalasPadam
  10. Seram juga kan kak nak makan. Kalau kitorang memang dah buang la juga walaupon sayang membuang makanan tp tu la takut memudaratkan diri ya.

    BalasPadam
  11. Lorrr sapa plak memberi tanpa beritahu. kot ye pun kata sedekah nak sorok, tapi benda makanan jangan buat memain, salah makan, mudarat jadinya..

    BalasPadam
  12. Makanan ni memang cara mudah untuk orang menghantar sihir dan lakukan perkara tidak baik. Ada juga saya baca ilmu nak tahu adakah makanan dan minuman itu disihir. Tetapi ia kekal misteri. Saya ambil pendekatan, jika tidak pasti. Saya akan buang aje. Andai kata tahu siapa yang memberi juga, saya akan lihat juga personaliti mereka. Semoga Allah s.w.t lindungi kita sekeluarga kak.

    BalasPadam
  13. Amalan tinggalkan makanan di pagar rumah dah jadi budaya masyarakat kita sejak Pkp tahun lepas kan. Kl rasa selamat, boleh menikmatnya. Jangan ada yg buat prank dah le

    BalasPadam
  14. Nowadays so complicated kan! To be honest, if Nell pun akan was-was, too many incidents yang too scary to be imagined.. ni yang buat kita more careful lagi2 bila dapat from source yang tidak diketahui...

    BalasPadam
  15. Misteri juga yer tiba2 dapat bungkusan makana kat pagar ni sebab tak tahu punca lah ni... Agak merbahaya juga seram tapi kalau tahu punca ok kan tak ada masalah...

    BalasPadam
  16. Kita ikhtiar dan elakkan jika boleh kan. Rawlins pun memang tak akan makan jika tak tau siapa yang bagi.

    BalasPadam
  17. Kalau Iza pun Iza tak makan. Walaupun bau dia sedap. Sebab memang bab makan ni kena hati-hati. Kalau kita memang tau sape bagi ok la. Kalau tak tau langsung memang ke tong sampah xpun kucing la yng makan.

    BalasPadam
  18. Hahaha kalau orang hantar makanan and tak bagi tau tuan dia siapa sis pun was was juga nak makan kan.

    BalasPadam

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Buka akaun bank dan lunch

Dania dah nak mula part time kerjanya jadi kena buka akaun baru pulak. FOS dulu guna akaun CIMB lepas tu latest ni tukar kepada akaun Ambank...