Hello eznakhalili.com readers!!

Tuesday, August 27

Matematik dan Sains untuk Pelajar Sekolah Menengah

Bila anak nak exam besar tahun ni dan kita pulak stay at home mom. Rasa terpanggil nak join kan anak aktiviti yang berkaitan dengan matapelajaran yang diambil untuk exam PT3 tahun ni. Ni adalah salah satu kem matematik yang Dania join masa bermulanya cuti sekolah. Dania join ni Circle Your Correct Answer (CYCA) oleh Sir Uzairi Taib. Sir Uzairi ni memang dikenali oleh student dengan 'circle challenge', 'backflip' dan muka Sir yang comel comel macam tu. Hehe. Sir Uzairi ni dari Pusat Tuisyen Maths Clinic yang Dania join sekarang ni cuma cikgu Dania, Sir Jazel. Ok berbalik kepada CYCA 3 (Dah kali ketiga diadakan tahun ini). Sir Uzairi ni akan cover la topic untuk PT3. 

Dania datang awal untuk CYCA ni yang diadakan di Multimedia University, Cyberjaya. Lepas daftar dan suruh Dania duduk di barisan hadapan, settle kan Dania dulu kemudian dah settle baru saya dan ayah Dania dengan senang hati tinggalkan Dania. Bila bagi Dania sorang-sorang macam ni boleh mengajar juga untuk dia berdikari. 


Dania jumpa kawan sekolah rendah ex Sekolah Kebangsaan Bukit Jalil, Ain namanya. Ambik gambar dulu. Ain sekarang kat Sekolah SBP di Cyberjaya. Kawan-kawan Ain semua duduk depan sekali. Dania pun ada seorang kawan kat SBP Cyberjaya ni nama Anis (kawan baik Ain masa sekolah rendah) tapi tak datang sebab balik kampung. Nak raya korban kan...


Video diambil dari link


Being a mak mak risau anak pergi sorang-sorang kem ni. Haa terbukti anak ok je masa makan. Tu haaa belah kanan atas tu gambar kecik tu. Dania makan dengan kawan sekolah mana la tu. Nasi tomato hidangan yang disediakan untuk makan tengahari. 

Screenshot dari link

Bila balik, Dania kata best cara penyampaian Sir Uzairi. Cikgu cikgu kat Maths Clinic ni macam dihantar ke kelas motivasi or something sebab cara penyampaian mereka ni sangat menarik minat pelajar. Kalau dapat menarik minat pelajar, mereka akan boleh score la subjek tu. Puas hati la dapat hantar Dania ke kem matematik Sir Uzairi ni. 

Kalau nak tengok kem lain yang diadakan oleh CYCA ni boleh refer sini ye...

Ni lagi satu masa cuti sekolah bulan Ogos 2019 saya hantar Dania ke sini. Saya dapat tahu pun masa mencari maklumat kat page UPM dan kebetulan Dania kata ada announcement kat sekolah tentang program ini. Normally, jika ada aktiviti di UPM, UKM ataupun di Uniten, pihak universiti akan menawarkan program yang diadakan kat sekolah Dania. Lagipun sekolah angkat fakulti bioteknologi dan sains biomolekul ni ialah SMK Jalan Empat. Selain, anak-anak Professor universiti yang ada bersekolah kat sini, maka program universiti juga berkolaborasi dengan SMK Jalan Empat. Selalu juga nampak bas UKM atau UPM menghantar pelajar sekolah Dania yang join aktiviti universiti. 

Ok....sehari sebelum saya dah survey jalan ke lokasi fakulti ni supaya senang la nanti nak drop Dania. Kali ni Dania pergi dengan kawan baik dia Nur Zalilah. Saya yang ambik hantar Zalilah dari rumah ke UPM dan sebaliknya. Siap minta izin dari mama Zalilah yang menunaikan haji di Mekah. Kali ni Dania seronok la sebab kawan baik ada sekali. 

Kali ni Biotech Experience School Programme. Korean Experience @ Biotech. 

Pagi pagi dah bersiaran dari Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul. 


Ni gambar selepas dah daftar dan dapat tag. Hari ni kena berpakaian sukan sebab ada zumba.


Ada zumba lagu-lagu Korea untuk menaikkan mood anak-anak ini di pagi hari. Lagipun tema hari ni kan Korea....hehe. Kakak-kakak dan abang-abang dari Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul yang menjadi ketua zumba kat depan. 

Ada penglibatan anak-anak sekolah rendah juga tapi nanti bila kena masuk makmal nanti akan diasingkan sekolah menengah dan sekolah rendah. 3 orang belakang ni Tingkatan 4 sekolah Dania. Ada 6 orang dari sekolah Dania yang join. Semuanya perempuan. 


Breakfast makan nasi lemak disediakan selepas penat penat zumba. Ummi tukang tengok je walaupun Pengarah projek suruh makan. Ummi minum air panas yang disediakan ajer. 


Selepas itu saya tinggalkan Dania dan kawan baik dia. 

Gambar-gambar di bawah seperti yang dikongsikan di dalam group. Punyalah banyak gambar jadi saya pilih-pilih je ni. Pensyarah menerangkan cara-cara untuk melihat ekstrak DNA strawberry. Nak tengok jelas kena tengok di bawah mikroskop. Kena pakai lab coat dan cermin mata dalam makmal ni. 

Program 1 : Teknik pengekstrakan DNA menggunakan buah strawberry. 



Dania dan Zalilah kat hujung sana tengah mendengar kata-kata pensyarah. 


Ni adalah program kedua. 

Program 2 : Sains dan teknologi dalam pembuatan kimchi. 

Sibuk Zalilah memotong kobis.

Rupanya dalam kimchi ni ada probiotik. Dania cakap ada tengok la rupa probiotik ni di bawah mikroskop tapi yang dah mati. 


Lepas aktiviti semua selesai, yang participate akan mendapat sijil. Ini penting ni untuk markah kokurikulum. Markah kokurikulum ini juga penting kalau nak masuk universiti. 

Dania dengan kimchi yang boleh dibawa pulang. Masa nak balik tu hujan lebat jadi Dr Phang selaku Pengarah projek suruh saya parking kereta bawah bumbung. Beliau escort Dania dan Zalilah masuk dalam kereta. Seorang yang berdedikasi Dr Phang ni.


Zalilah dengan sijil. 


Kalau ada aktiviti macam ni lagi saya akan join kan Dania sebab banyak memberi informasi yang berguna. Hands on experience menggunakan mikroskop dan melihat DNA serta bakteria probiotik di dalam makmal universiti dengan memakai lab coat macam saintis boleh menggalakkan anak kita mencintai subjek sains selain banyak benda baru yang mereka belajar. 

Puas hati la sebab cuti sekolah Dania bulan Ogos 2019 ni dimanfaatkan sepenuhnya. 

17 comments:

  1. Wah menariknya aktiviti sebegini, ni bagus mmg membantu anak anak untuk mencintai sains dan matematik ... Siapa kata kelas maths tu bosan asyik tengok angka, tak bosan kalau kena dgn cara mengajar.

    ReplyDelete
  2. Bagus sangat aktiviti yang dianjurkan, membantu anak-anak lebih dalam pelajaran but at the same time enjoy ang having fun

    ReplyDelete
  3. menarik!!!
    aida ni memang sejenis ibu yg suka juga anta anak kem gini, ezna.
    nak bagi diorang ilmu tambahan. alhamdulillah anak2 aida pun suka.
    bagus-bagus la aktiviti yg dania join. terutama sir uzairi tu.

    ReplyDelete
  4. terima kasih sharing info, kita mak bapak ni memang dah kene kutip banyak info as anak-anak semakin membesar dan nak dibentuk untuk menjadi 'orang' di masa depan. paling risau nak lepaskan anak dari pandangan kita kan. tapi insha allah semuanya baik2 hendaknya

    ReplyDelete
  5. Menarik lah erk program2 utk budak sekolah menengah sekarang. Bagus sebab dorg didedahkan dgn banyak perkara dan teknologi2 yg zaman sy jumpa time dh habis skolah. Hahhaa. Yes, ramai kata kelas sir uzairi tu best. Rasa teringin pulak nk masuk kelas dia

    ReplyDelete
  6. Memang best kalau dapat join aktiviti sebegini. Rawlins dulu takde merasa benda gini semua - now bebudak semua dapat merasa pengalaman di uni awal2 kan

    ReplyDelete
  7. Wah mmg terbaik. Rindu nak beraktiviti macam ni masa skeolah dulu. Tapi sekarang punya aktiviti macam lagi advance. Menarik.

    ReplyDelete
  8. Bagus anak anak join aktiviti berfaedah macam ni. Saya dapat juga merasa aktiviti kacam ni. Seronok. Sambil belajar sambil kita berseronok dnegan kawan kawan kan

    ReplyDelete
  9. bestnya kalau belajar sains dapat buat eksperimen sendiri. Baru meresap masuk ilmu tu. Mesti akak rasa lega tengok dania happy pergi sana

    ReplyDelete
  10. suka bila boleh hantar anak untuk kem yang mcm ni.. barulah tak buang masa mcm tu saja.. ada aktiviti dpt kutip ilmu dpt kenal ramai kawan.. best sngat! rasa mcm nk tumpang sekaki pulak kiki

    ReplyDelete
  11. Good activity by this CYCA, more students should take initiative to improve their knowledge... wishing Dania all the best in her study ;)

    ReplyDelete
  12. bestnya aktiviti sekolah dia buat..macam-maacm untuk pelajar ye..bgusla anak-anak join program macm ni..sambil beljr sambil ada dpt kawwan baru..

    ReplyDelete
  13. It's nice to join more activities and extra curriculum like this. Circle Your Correct Answer (CYCA) by Sir Uzairi Taib is such a nice programme for students

    ReplyDelete
  14. Bagusnya program macam ni. Boleh beri pendedahan pada anak-anak. Marsha pun kalau dekat kat sana nak hantar anak join juga. Macam best je tengok.

    ReplyDelete
  15. Bagusnya akak bagi anak-anak join program camni. Yang best bila anak pun minat. Matematik dan sains adalah subjek paling membuka minda.

    ReplyDelete
  16. menarik programnya. nnt kena hantar juga anak ke program mcm ni. tp bagus kalau ada yg dekat2 sini.

    ReplyDelete
  17. all the best dania! (td dh post komen tp mcm hilang plak)

    ReplyDelete