Hello eznakhalili.com readers!!

Friday, August 23

Promosi Nasi Campur bermula dari RM3 ++ ....

Kalau dah tekak orang Malaysia, memang la sejenis yang makan nasi. Pastu gu pulak dengan lauk pauk yang bermacam jenis. Ada lauk kering la, lauk berkuah la. Ikut la tekak kita suka yang mana kan?. 

Semalam kan, saya dan suami sempat merasai nasi campur di Restoran Halia yang terletak di Sime Darby Convention Center. Selesa bebenor tempatnya. Parking pun senang. Seronoknya dapat pergi dengan suami sebab ada la yang tukang drive pergi dan balik. Paling penting kita dok sebelah...😆😆😆 cuma kena ambik kat office suami je la....selepas tu kita co pilot je ye?. 


Suami sibuk memilih lauk pauk yang nak makan. Berbaju batik sebab hari khamis. Suami attached dekat pejabat kerajaan jadinya bila orang kerajaan pakai baju batik, follow ajer.


Bila nak cerita pasal hidangan yang disediakan, ada lebih 60 jenis lauk pauk yang dihidangkan. Kalau pilih ayam, bukan hanya sejenis masakan berasaskan lauk ayam tapi banyak.

Ada ayam masak lemak cili api, ayam bakar percik, ayam masak merah, ayam goreng berlada, ayam masak sambal hijau dan lain-lain jadi pilihan kita tu banyak la. Takde la sejenis masakan ayam sahaja. 


Nak cerita pasal udang pula...

Udang sambal petai, udang goreng tepung, udang goreng kunyit, udang kari, udang sambal hijau dan udang masak lemak cili api. Mesti ada kalau tak satu atau dua menjadi pilihan hati kita. 


Variasi masakan ikan pun ada. Ni kalau makan dengan nasi panas dah berselera sangat dah ni. 


Ni yang saya cakap banyak hidangan lauk pauk yang disediakan. Ni gambar pada satu bahagian ajer ni. 


Daging goreng kunyit ni memang sempoi je makan dengan nasi panas-panas. Saya ni lebih suka makan lauk pauk yang kering tanpa kuah. Berbeza dengan suami yang suka makan lauk pauk yang berkuah. Ikut selera masing-masing la kan?. 


Hati dan pedal ayam pun ada. 


Berselera je saya tengok sotong ni. 


Tak lengkap la bagi saya kalau takde ulam-ulaman ni. Memang saya akan ambik dan makan dengan sambal. 


Variasi masakan kerabu dan hujung sini ikan masin. 


Siapa yang boleh makan pahit boleh makan kerabu pegaga ni. Pahit itu ubat kan?.


Ikan masin ni kalau saya makan dengan kicap pun dah ok tetap berselera nak makan. 


Kerabu jantung pisang pembuka selera masakan kampung. 


Kalau panas kat luar tu pekena ais memang terbaik!. 


Jangan lupa makan buah ye?? Senang nak ehem bila dah makan banyak-banyak yang sedap-sedap pulak tu...Hehe....


Dekorasi Restoran Halia yang sedap mata memandang dan sangat selesa. 


Ada tempat duduk untuk pengunjung yang datang ramai dan ada juga tempat duduk untuk mereka yang datang berdua atau berempat. 


Macam-macam jenis sambal ada....sambal hijau. 


Sambal kicap. 


Sambal belacan pun ada. 


Sambal mangga muda. 


Ni kalau tak nak makan nasi nak makan sup ajer pun boleh. 


Cicah roti dengan sup pun best kan?. 


Ni lauk permulaan saya. Kan saya kata saya suka makan kering tanpa kuah. Ulam mesti ada. Saya tak tahu nama ulam ni tapi saya suka sebab daunnya berbau wangi. Tenggek burung ke? Siapa tahu?. 


Kalau nak minum air panas pun ada. Nescafe tarik?. Teh tarik?....


Ni lah promosi nasi campur sempena Merdeka dan Hari Malaysia. 


 Promosi bermula 1 Ogos 2019 - 30 September 2019

Isnin - Jumaat

12 tengahari - 2.30 petang

Sime Darby Convention Centre
1A, Jalan Bukit Kiara 1,
60000 Kuala Lumpur

Email : halia.sdcc@simedarbyproperty.com

Tel : 03 - 2089 3799

Let's Nasi Campur!



19 comments:

  1. Ya Allah banyaknya pilihan. Lisa memang jenis suka makan tempat macam ni yang banyak pilihan sebab kadang-kadang ada yang tak kena tekak dan kita boleh ambil yang lain.

    ReplyDelete
  2. wahhh.. banyaknya lauk.. rambang mata nak pilih nak makan apa.. hehe

    ReplyDelete
  3. Banyaknye lauk dia. Banyak lauk favourite ni. Kalau makan kat situ mesti rambang mata. Restoren pon selesa je nak makan

    ReplyDelete
  4. waaa.. nampak sedap je menu-menu kat Restoran Halia ni.. masakan melayu dan lauk pauk yang sedap memang pilihan tekak orang melayu cam kita kan.. hehehe

    ReplyDelete
  5. Beza la kita. Nur suka ada kuah. Laki bini perangai macam tu. So masak apa2 kena ada kuah lebih. Hmm, banyak sungguh eh lauk dia. Kalau nur kat sana, mesti terdiam jap sebab blur nak makan apa hahaha. Kalau boleh semua nak amek hahaha

    ReplyDelete
  6. First time dengar nama restoran Halia, sebelum ni Serai. Murah jugak la starts dari RM3. Menu pun banyak sangat pilihan dia. Rambang tekak nak makan yang mana

    ReplyDelete
  7. Banyaknya pilihan lauk. Memudahkan pelanggan nak pilih lauk kegemaran. Tak makan A, ada B. Tak makan B, ada C. Dekorasi kedai pun cantik.

    ReplyDelete
  8. Mak aihh, banyaknya lauk nya. Sampai 60 jenis. Tempat nampak selesa tu.

    Ruby suka pegaga.
    Kerabu pegaga tu belum pernah cuba lagi. ☺️

    Ulam Tenggek burung tu, Ruby tak tahu kak. Kalau ulam lain, inshAllah tahu

    ReplyDelete
  9. menarik.
    lauk byk. memenuhi tekak semua yg dtg, pelbagai kaum.
    aida ni pun, tekak melayu. mesti nak nasi.
    ok la sini. ulam2an. ada aneka sambal.
    lain2 lauk tambah penuh pinggan :)

    ReplyDelete
  10. sedapnya menu masakan kampung ni. terliur tengok sotong tu. tambah lagi makan dengan ulam fresh. memang favorite BBL sangat ni..

    ReplyDelete
  11. Sedapnya semua makanan
    Selera kita sama lah, suka makan nasi dengan lauk-lauk kering..tapi ulam Yaya tolak tepi lah..hihi

    ReplyDelete
  12. Wah. Lunch je makan dekat hotel. Kerlss gituw. Haha. Murah jugak serendah rm3 dekat tempat exclusive ni. Boleh la cuba next time. Sempat lagi ni sebelum 31/8 kan

    ReplyDelete
  13. banyak menu kampung , ada lauk kesukaan saya, pedas-pedas memang fav sy, harga yang ditawarkan memang murah.. boleh try kalau pergi kl nanti

    ReplyDelete
  14. Lama dah tak makan buffet. Last masa puasa hari tu le..hehehe.
    Meriah gak ya lauk pauk dia. Bolehlah nanti sis cuba makan kat sana

    ReplyDelete
  15. biar betul!! murah tuuuu... tengok menu plak bukan main sedap kot! untung laaa.... masakan kampung mcm ni always best! sedappp

    ReplyDelete
  16. Ohh first time plak dengar restoren Halia ni. Pernah beberapa kali ke Sime Darby Convec Centre ni tapi tak perasan restoren ni. Tengok dari gambar2 makanan tu memang nampak lazat. Harga pun berpatutan. Nanti kalau Bella ada kesini lagi untuk apa2 expo, Bella pastikan utk try makanan sini

    ReplyDelete
  17. Dah lama k mid nak try makan kat sini..tq ya bagi info..bolelah cuba lepas..lauk pauk nampak menyelerakan

    ReplyDelete
  18. Menyelerakan lah bila tengok sambal Mangga muda tu hehehehe kegemaran kita pedas-pedas masam huhuhu boleh tahan juga harga makanan kat sini hurmmm siapa nak belanja kita makan kat Sime Darby ni..

    ReplyDelete