Hello eznakhalili.com readers!!

Wednesday, August 21

Celebration travel yang maha dahsyat

Tajuk ni memang sangat serius ni.....sebut ajer bulan September ni mesti terbayang diskaun diskaun travel yang tak terjangkau dek akal fikiran. Kalau nak tahu ada satu promosi travel yang maha dahsyat iaitu Traveloka Salebration. Ia adalah promosi penerbangan, hotel, pengalaman dan airport transfer. Best kan ada 4 item sekaligus dalam satu platform. Kalau tak sempat nak check it out Matta Fair 2019 PWTC boleh ajer kita celebrate dengan Traveloka Salebration ni.

Cuti sekolah akhir tahun kan nak approaching soon jadi kalau tak tahu nak kemana akhir tahun ini boleh ajer saya suggest ke Korea. Bagi peminat KPOP mesti akan suka kalau dapat ke sini. Kalau nak merasai musim salju dan tak nak jauh-jauh, may i suggest ke Korea. 

Boleh ajer ke ski resort untuk merasai pengalaman bermain ski dan bermain salji. 


Salah satu scene dalam cerita bersiri winter sonata, penggambarannya di Bukchon Hanok Village. 



Kalau ke Korea tak sah kalau tak singgah beli barangan kecantikan. Orang Korea kan famous dengan barangan kecantikan?. Nak mahal ke murah ke ikut la budget kita. 



Peminat KPOP...inilah yang ditunggu-tunggu. Boleh mendapatkan barangan cenderamata dari group KPOP pilihan. Banyak terjual kat Korea ni. Dari EXO, Twice, BTS, Blackpink, Mamamoo, Big Bang dan lain-lain. Ada sticker, mug, kalendar, button badge, buku nota....you name it...


Percutian yang dirancang kadangkala kena mengambil kira tempat yang sesuai dilawati dengan adanya anak-anak kecil kan?. Ini lagi satu destinasi yang pasti membuatkan anak-anak anda teruja untuk ke sini. 

Bagaimana kalau plan percutian ke Gold Coast, Australia?. Di sini, banyak theme park yang pasti akan membuatkan anak-anak kita teruja. Ini salah satunya iaitu Movie World. Ada banyak permainan di sini yang sesuai untuk orang dewasa dan kanak-kanak. Maknanya orang dewasa dan kanak-kanak sama-sama boleh merasai keseronokan di sini. Keseronokan seisi keluarga. Itu yang kita mahukan pun...


Sesekali maskot kartun akan muncul jadi bersedia dengan kamera dan jangan lepaskan peluang mengambil gambar dengan maskot yang comel ini. Ada Daffy Duck dan Bugs Bunny. 


Kami beli pas setahun jadi boleh masuk ke theme park banyak kali jadinya ini kali kedua masuk Movie World ni. Kalau beli pas setahun memang menjimatkan tau. Masa pergi ni kebetulan jatuh pada cuti Tahun Baru Cina, Bugs Bunny ni pun pakai baju tradisional orang cina. 

Jangan lupa menyaksikan streets star parade pada waktu yang telah ditetapkan kerana inilah 'highlight' kat Movie World.  


Kalau nak tengok aksi haiwan akuatik boleh la menuju ke sini. Pasti anak anda suka kalau dapat beramah mesra dengan ikan lumba-lumba. Boleh juga merasai pengalaman memegang tapak sulaiman ataupun ikan pari yang diletakkan di dalam kolam takungan yang rendah. 


Cedar Creek Estate yang terletak di Mount Tamborine ini sangat menarik kerana di sini terdapatnya gua yang terdapatnya 'glow worm'. Ia adalah spesis larva yang akan menyala bagai lampu ala warna marker flourescent. Kalau glow worm ni lapar lagi terang warnanya. Kalau pergi dalam gua di sini, seakan dalam gua tu disinari taburan bintang. Sangat cantik dan pengalaman yang tak harus dilepaskan. Tak banyak lokasi glow worm di dalam dunia ini. Di Mount Tamborine ni salah satu lokasinya. 


Destinasi Indonesia pun tidak kurang hebatnya. Banyak tempat yang menarik untuk dilawati.

Bali sebagai contoh, banyak lokasi yang boleh dikunjungi. Di sini kita boleh melawat Tegalalang iaitu tempat penanaman padi bertingkat. Kalau kat Malaysia, tanaman yang ditanam bertingkat tu pokok teh yang kita selalu nampak kat Cameron Highland tu. Haaa kalau kat sini mereka menanam padi. Kalau rajin boleh ajer turun ke tingkat bawah kawasan padi ni tapi nak turun ok lah...nak menapak naik tu ya ampun....


Pernah dengar kopi luwak?. Alaa....kopi yang diproses dari najis sejenis musang. Musang ni makan biji kopi kemudian kopi ni keluar dari najisnya dan diproses menjadi kopi luwak. Katanya kopi luwak ni memang sedap rasanya. Tak percaya?. Cubalah....di Laksmi Bali Agro Tourism. Mereka akan beri kita rasa banyak sample teh dan kopi dan kalau kita suka, kita boleh beli nanti. Permandangan kat tempat kita minum kopi dan teh ni sangat best sebab sana sini hijau. Sejuk je mata memandang. 


Majoriti mereka yang tinggal di Bali beragama hindu jadi kat Bali ni banyak Pura (kuil) yang boleh dilawati. Ni bagi saya salah satu pura yang cantik yang diberi nama Pura Ulun Danu yang terletak di Lake Beratan. Lagi satu Pura yang bagi saya cantik untuk dilawati ialah Pura Uluwatu. 


Kalau menaiki penerbangan Garuda ke Bali, pasti akan transit di Lapangan Terbang Soekarno Hatta, Jakarta jadi mengapa tidak menghabiskan sehari dua di kota Jakarta?. Kota di mana rakyat Malaysia memborong kain batik. 

Kalau nak tahu kat Jakarta ada satu taman tema yang menarik iaitu Dunia Fantasi. Orang Indonesia memanggil nama singkatannya Dufan. Memang best tau kat sini. Menggamit kenangan saya ketika masih belajar. Mama dan Papa pernah membawa adik beradik kami ke sini. Pernah la saya dan adik beradik menaiki 'Roller Coaster' yang berpusing terbalik kat Dufan ni. Rasanya kalau nak repeat lagi tak sangguplah. 😆😆😆


Kalau kat Jakarta ni jangan risau tentang makanan halal. Ni Restoran Sari Bundo yang terletak di Mangga Dua. Restoran ni menghidangkan masakan padang. Restoran ni pun Mama Papa pernah bawa kami adik beradik makan tapi yang kat Jalan Juanda, Jakarta. Paling unik bila waiter akan bawa pinggan lauk pauk ni banyak-banyak kat tangan. Terfikir juga takut-takut pinggan lauk pauk ni jatuh kan?. Memang tak jatuh....itulah kelebihannya. Wahhhh.....


Kalau nak mengukir memori manis dengan anak macam saya, bawalah mereka bercuti....

Cheap flight promos ada ni haa....



19 comments:

  1. wah. merata berjalan, ezna :)
    seronok ekk. aida now berjalan dlm negara jer lah.
    lom ada time cantik nak bwk anak2 berjalan luar negara.
    bajet pun ketat lagi. perabih bajet ke rumah jer 2-3 thn ni. hu hu hu hu...
    korea, indonesia. a must pergi lah kita-kita ni.
    anak2 dara aida kaki korea plak tu. sure nak gi tgk live hero korea diorang.

    ReplyDelete
  2. bestnya weiii. mek tak brani lagi nak ke luar negara. entah kenapa. perasaan tak yakin untuk ke sana. fikir macam macam. huhu.

    ReplyDelete
  3. seronoknya dapat bercuti ke korea. banyak sangat tempat cantik dan menarik untuk dilawati. memang kene survey pakej yang murah dan berbaloi. anda mesti pilih :)

    ReplyDelete
  4. Seronok tengok orang pergi bercuti di luar negara..dalam hati tue tringin jgk nk kesana tapi apakan daya, belum ade rezeki lgi..paling nd nk g tue ha...gold coast australia..doakan smoga nd sampai ke sana suatu hari nnt ye..

    ReplyDelete
  5. Jauh perjalanan luas pemandangan. Seronoknya dapat melancong ke tempat-tempat menarik ni kan. Boleh belajar sesuatu daripada pemerhatian kita berada di tempat orang.

    www.maisarahsidi.com

    ReplyDelete
  6. Dapat pergi bercuti ke Korea mmg best.. Kalau boleh tiap tahun nak pergi. Tentang makanan pon tak risau dah banyak yang halal dekat sana

    ReplyDelete
  7. tak pernah tahu pasal glo worm ni, menarik jugak bila makin lapar, makin terang warna dia keluarkan. Rasa teringin nak tengok bila baca pasal ni.

    ReplyDelete
  8. Wahhh best eh travel travel! I suka sangat travel!dah tak sabar for next week travel.

    ReplyDelete
  9. Bestnya berpeluang berjalan2 di luar sambil melihat keindahan dan keunikan yg terdapat di tmpt lain selain Malaysia.. Nnti nak ke korean n Indonesia, AM nak refer pd blog ezna la.. Tq atas perkongsian ini ye

    ReplyDelete
  10. Alahai jelesnya TB tengok Ezna dapat bercuti diluar negara.. tempat yang TB teringin nak pi lak tu.. mesti banyak pengalamna best kat sana kan

    ReplyDelete
  11. Seronok aih dapat jalan merata ke tempat orang. Banyak ilmu dan perkara baru dapat kita kumpul. Makanan mereka pon sudah pasti berbeza demgan kita. Seronoknyaaa

    ReplyDelete
  12. wah celbration traveloka kembali..syok ni..boleh usha..kita mmg download apps traveloka ni..bestnya dapat bercuti sana sini..seronok tengok akak jalan2

    ReplyDelete
  13. Seronoknya dapat jalan tengok negara orang. I rindu sangat nak berjalan negara org. I hope one day i ada peluang mcm
    Ni

    ReplyDelete
  14. Wahh seronok dapat melihat negara org...masa matta fair mmg harga tiket menjunam2...xrugi beli masa offer tu..

    ReplyDelete
  15. I miss my annual overseas trip too. Look forward to my coming trip in 2 months. time to have some fun hehe

    ReplyDelete
  16. Rawlins pun sejenis akan cari promo price yang kebabom agar boleh bawa keluarga travel, walaupun sekadar dalam negara. Memang best untuk mengukir memori dengan keluarga kan

    ReplyDelete
  17. Jap i pun nak singgah Jakarta dah lama tak pergi sana macam ada banyak perubahan and pembangunan juga.

    ReplyDelete
  18. Kalau lia memang nak pergi tempat yang ada salji. then kalau negara jiran nak sangat pergi bali lagi sebab best sangat. banyak tempat nak lawati lagi & suka dengan adat & budaya dorang. so jom kita tengok tiket murah.

    ReplyDelete
  19. Wah Bestnya jalan2.. Kita tgh pening nak pikir iti utk nx year.. Husband da ckp onz.. Cuma dia sruh kita plan iti as usual la.. Huhu

    ReplyDelete