Hello eznakhalili.com readers!!

Tuesday, September 10

Park by Phone ni bagus atau sebaliknya?

Ada satu hari tu saya dan Dania nak naik ERL kat Putrajaya Sentral jadinya try nak park kat kawasan berbumbung tapi penuh. Jenuh la pusing kereta banyak kali tapi hampa. Ok so saya bawa kereta kat parking tak berbumbung. Bila park konon nak cari tempat nak bayar kupon parking macam sebelum ni takde. Rupanya kena guna apps Parkbyphone ni. 

Satu hal la nak download apps ni sebab phone punya la slow sebab memory tu dah almost full. Lagi satu nak jadi masalahnya takde pulak wifi berdekatan kena guna kita punya data. Bayangkan kalau data tu dah habis kalau guna prepaid?. Macamana?. Wifi tak disediakan. Sampai ke sudah tak boleh parking situ. Kalau parking juga kena saman / clamp. Ada je saya nampak kereta yang kena clamp. 

Bila saya download apps ke phone, kena masukkan pula duit top up samada menggunakan debit card atau credit card. Dah selesai semua tiba nak buat bayaran, tak boleh pulak click pay. Sudah......

Akhirnya saya dan Dania naik je ERL. Gamble je dengan tak bayar parking. Dalam train tu kena call pulak parkbyphone ni bagitau tak boleh buat pembayaran. Bayangkan saya dalam train tu almost 30 minit dah tinggalkan kereta kat tempat parking. Setelah mencuba 2-3 kali barulah berjaya buat pembayaran. Parkbyphone ni boleh buat pembayaran kat mana sahaja asalkan ada apps ni install dalam phone. 


Pendapat saya la kan...parkbyphone atau teknologi apps ni bagus la sebab memudahkan sebab boleh membuat pembayaran kat mana sahaja tapi bila kawasan yang kita guna tu takde wifi apa solusinya?. Macamana mereka yang tiada credit telefon ataupun tak boleh nak download apps tu kat phone....? Maybe parkbyphone ni boleh pasang wifi untuk memudahkan pengguna. 



Kalau tiba-tiba apps ni tak boleh guna macamana? Macam saya yang nak buat pembayaran tu tak boleh. Kalau ada staff parkbyphone dah tentu dia saman kereta saya padehal dia tak tahu saya tak berjaya membuat pembayaran. Dah menyusahkan customer nak kena call pulak customer service. 😏😏😏. Buat la plan B, boleh juga guna kupon ke?....

Hari tu dah la nak cepat naik ERL, nak kena download apps lagi, nak buat pembayaran tak berjaya....angin je rasa.....

Masalahnya bila parking kat kawasan tak berbumbung. Kalau kawasan berbumbung tak jadi masalah sebab bayar pakai Touch and Go. 

2 comments:

  1. yes setuju, wifi untuk park by phone sahaja. mungkin ada password wifi guna kod park by phone ke apa ke kan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye betul. Kena la ada plan B juga kan?.....Kesian yang tak boleh guna apps ni nanti kereta mereka kena saman.

      Delete