My IG Post

Hello eznakhalili.com readers!!

Nuff

Silaturrahim dengan keluarga dari Paris 2019

Tajuk ni sama je macam tajuk tahun lepas cuma saya tambah 2019 ajer. Saya berkesempatan nak pergi potluck Kak Nur dan family ni haa...macam satu jalan juga nak pergi ke rumah abang ipar. Kebetulan nak hantar daging korban kat abang ipar. utamanya nak pergi majlis Kak Nur. Boleh gitu???

Tibanya kat Pusat Tuition, eh kenapa Pusat Tuition? Dania nak tuition ke....eh tak la sebab majlis potluck ni kat sini haa....masa tiba kat satu bilik pusat tuition ni mak aihhhh banyaknya makanan yang dihidangkan. Saya pun bawa juga bombolini. Perisa ada macam2 jenis. Dah salam dengan tuan rumah baru start makan. Ramai juga yang datang ni tau. Ingatkan kami yang jauh...idok la ye....sejauh dari Johor ada turun sini ok?. Saya pun jumpa ada seorang yang tinggal dekat Bandar Baru Bangi dekat Seksyen 4. Last year pun jumpa juga. Rumah beliau dekat dengan Sekolah Dania. 

Anak Norman Hakim pun datang. Sebelum tu minta ambik gambar dengan suami. Nama anak Norman Hakim dan Abby ni Danish. Tinggi juga orangnya. Bila saya tanya Danish tinggi ke ayah yang tinggi?, Danish kata sama tinggi dengan ayah dia...Jadinya Norman Hakim setinggi suami saya la....tukang baca doa sebelum majlis bermula. Sejuk perut Abby yang mengandung ye. 


Ni pula anak Kak Nur yang sulung. Haa kalau ni memang kalah la ketinggian suami. Memang tinggi Mat Salleh Adam ni. Handsome sebenarnya ni cuma gambar ni satu-satunya gambar yang saya ada dan tutup mata la pulak. Saya cakap bahasa malaysia je....Adam...ambik gambar dengan uncle. Hehe....


Sedondon la Adam dan ayah Adam bernama Nicolas ni. Pronounciation Nikola. Haa senang tulis bahasa melayu terus. Lebih kurang sama tinggi je dengan hubby. Peramah Nicolas ni tapi nak cakap dengan Nicolas ada slang yang tak berapa nak faham sebabnya Nicolas cakap english tapi slang perancis. 


Manis anak Kak Nur yang ini. Namanya Ida Aili. Umurnya 13 tahun dan tinggi daripada Dania yang 15 tahun. Raut wajah lembut je kan?. Saya kena selang seli dengan ambik gambar so that lepas makan boleh la dengan senang hati balik sebab dah bergambar. 


Saya tersangat la geram tengok budak kecik ni. Anna Syifa. Terus saya nak dukung. Nak pula Syifa dengan saya. Lepas tu ada yang hulur tangan nak dukung Syifa tapi Syifa tak nak pulak. Yayyyy Syifa suka saya dukung la tu. Hehe...


Kita ambik gambar awal-awal la. Kak Nur sibuk ke hulu ke hilir melayan tetamu yang datang. Memang peramah dan tak lokek dengan senyuman. Kak Nur macam cam saya datang last year kat majlis yang sama. 


Makanan yang disediakan yang dibawa oleh tetamu. Nama pun potluck. 


Jade ni pemalu. Aunty tanya kadang2 Jade senyum je. Abang Adam kata Jade demam. Jade Nur ni berumur 8 tahun. 


Ni kakak Kak Nur. Ada sekali duduk sebelah saya. Banyak benda baik yang dikongsi. Terima kasih Kak Tina. 


Rajin la siapa yang conteng kat sini termasuklah anak Norman Hakim dan Abby Abadi......bernama Danish. 


Danish ni pemalu ya amat. Saya tengok mata Danish ni macam mata ibunya Abby. Ye tak? Agak sepet. Saya cakap dengan Dania ambik gambar dengan abang Danish. Dan dan Dania kata kenapa? (depan abang Danish pulak tu) 😆😆😆. Saya cakap dengan Dania....adik abang Danish pun nama Dania tau....hehe..


Kalau sesiapa yang tak kenal lagi dengan light.km biar saya explain....Kak Nur dan keluarga ni menetap di Paris. Suami Kak Nur orang perancis. Setiap tahun akan balik bercuti kat Malaysia. Kak Nur menjalankan perniagaan nasi ayam Paris kat kota Paris. Ada juga servis tour dan homestay. Info di light.km dan Syifa Europe Tour. Bila lah nak pergi Paris ni?....Teringin juga....


Moga kita berjumpa lagi tahun hadapan ye Kak Nur 😊😊😊



















Comments

  1. Selalu follow kisah diaorang kat ig. Sy suka sebab walaupun menetap kat Paris tp diaorang masih mengekalkan adab melayu kte. Ooo sedare ek ngan dia

    ReplyDelete
  2. ooo...selalu nampak di IG Abby Abdi...

    ReplyDelete
  3. Selalu follow cita kak light km ni kt ig.. Suka tgk Ana syifa tu.. Omey angat...anak2 tiri dia pun hsem2.. Hahahha

    ReplyDelete
  4. Kekadang suasana sebegini kena ada selalau, supaya hubungan ini akan kekal erat sampai akhir . Semoga hubungan sentiasa ada tak kira apa yangberlaku

    ReplyDelete
  5. Cx suka juga kumpul dengam famili. Dapat rapatkan silaturrahim dan lebih erat. Bukan selalu dapat jumpa dengan semua. Bila ada peluang, memang suka cuddle time together

    ReplyDelete
  6. meriahnya. kadang-kadang bila duduk jauh dekat perantauan terutama yang bukan malaysia ni bila ada orang malaysia atau sesama islam rasa bestnya ada yg sefahaman dengan kita and boleh sambut perayaan sama-sama.

    ReplyDelete
  7. Nur yg terlalu ketinggalan ke ni? Kalau tak kerana blogwalking, nur tak kenal dan tak tahu menahu pasal family light km ni. Maaf ya ezna. Dan terima kasih juga memperkenalkan keluarga light km yg very humble ni :)

    ReplyDelete
  8. alhamdulillah. sesekali balik kampung, eratkan sillaturrahim. terbaik.
    baru la balik ke paris dgn 1001 kenangan manis sesama keluarga.
    nasi ayam paris? sama ke mcm nasi ayam kita, ezna? or sebab di paris, buh la 'paris' kat belakang nyer.
    terbaik la anak malaysia di paris.

    ReplyDelete
  9. eyh, kita kenal kak nur ni melalui program selamat pagi malaysia tv1. kebetulan tengok. alhamdulillah, humble sangat kak nur.

    ReplyDelete
  10. Owh ingatkan Paris kat Lahad Datu tu :) Hehe gurau2...Wah bestnya ada saudara yang jauh datang ya...Bolehlah belajar bahasa perancis sikit2 kan :) mana tau ada rezeki nak melencong ke Paris kan dah senang..tak da la nak kalut sangat bila minta tunjuk arah nanti...hihi

    ReplyDelete
  11. Alhadmulillah seornoknya dapat berkumpul dengan keluarga macam ni. Sesekali orang jauh balikkan. Pernah terbaca kisah kak light km ni tapi xsangka sedara awak. Semoga ukhwah ini kekal sampai bila2

    ReplyDelete
  12. Nad tau pasal light. Km ni masa anak dia masuk dlm tv tak silap.. Dri situ follow.. Wah akk da kenalan dengan diaorg.. Best betul.. Thk anak norman dan abby, hensem tinggi pulak tu

    ReplyDelete
  13. Wahh anak artis. Selalu jugak nampak keluarga Norman hakim dgn abby abadi dkt Instagram. Tak sangka pulak bersaudara. Terima kasih share ya.

    ReplyDelete
  14. wah. best nya ada potluck. lama tak rasa suasana macam tu. last waktu kerja je
    walau sibuk macam mana pun,silaturrahim dengan kawan2 jangan la lupa

    ReplyDelete
  15. Nasi ayam dah terkenal sampai ke Paris kan. Baguslah mereka tetap balik ke Malaysia demi berkumpul dengan sanak saudara.

    ReplyDelete
  16. Wah bestnya kat Paris. Marsha teringin sangat nak kesana satu hari nanti. Best tengok walaupun di Paris tetap amalkan adat melayu kita. Best sangat tengok

    ReplyDelete
  17. Bestnya dapat beraya dengan orang yang jauh dan juga laing bangsa dengan kita hehehehe Hensem-hensem semua keluarga tu hehehehe makanan tu pulak banyak dan semua sedap...

    ReplyDelete
  18. Seronoknya dapat kumpul ramai-ramai makan satu keluarga macam ni. Kalau dah biasa buat makan-makan keluarga mesti nak buat anually kan?

    ReplyDelete
  19. saya selalu juga ikuti perkembangan dan perjalanan hidup keluarga paris nie. suka tengok dorang satu keluarga membesar di paris tp masih lagi mengamalkan ajaran2 islam dn berbahasa melayu. untunglah kak ezna dapat jumpa dia.

    ReplyDelete
  20. Wah menarik juga kisah hidup keluarga Paris ni ya. btw meriah sungguh portluck ni ya. mesti best sangat

    ReplyDelete

Post a Comment

Translate

Popular Posts