Hello eznakhalili.com readers!!

Tuesday, August 13

Seminar PT3 Berita Harian Minda Di Heriot Watt Putrajaya

Dania dah pernah pergi seminar PT3 under Berita Harian untuk Fasa 1 bulan Mac tahun ni. Kali ni tiba masanya untuk Fasa 2 pula. Masa Fasa 1 Dania seorang ajer tapi untuk Fasa 2 ni ada kawan. Yayyy....

Saje pilih lokasi Heriot Watt Putrajaya sebab University ni sangat selesa selain lokasi yang dekat dengan rumah. Ada juga lokasi dekat Shah Alam, Bangi, Taylor's University Lakeside Campus kat Subang Jaya. Bangi tu kat UKM tapi tak berapa nak suka sebab kena masuk ke dalam tu haa...takut sesat je. Heriot Watt ni memang bangunan tu ajer. 

Ok pada pagi 3 Aug ni dah menuju ke sini. Agak awal juga tiba sebab saya suka kalau Dania dapat tempat yang depan sebab senang la nak masuk ilmu tu. Nak tanya soalan pun senang. Bab tanya soalan tu kalau Dania takde la nampaknya 😁😁😁. 


Tengok dewan ni pun tak ramai lagi yang duduk. 


Sepanjang program menderu la masuk gambar-gambar anak-anak kat seminar ni oleh organizer. Ni antaranya...nampak macam memalu je tu. Tudung perang tu kawan Dania masa sekolah rendah. Jumpa pula kat seminar ni.


Ni gambar hasil kamera mak kepada kawan Dania. Tepat Dania No.2 dari depan. 


Subjek yang disampaikan pada 2 hari straight ialah Bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia, Sains dan Matematik. Cikgu pula terdiri dari cikgu cemerlang matapelajaran. Salah seorang cikgu adalah Cikgu Jalil dari sekolah Dania sendiri, SMK Jalan Empat. Rasa bangga je bila cikgu sekolah yang mengajar subjek Bahasa Malaysia tu. Cikgu Jalil tak ajar pulak Bahasa Malaysia untuk kelas Dania. 

Ni gambar masa dah habis seminar Hari 1. Dania dan Nadia ni dulu kawan baik masa kat SK Bukit Jalil dan SRA Bandar Kinrara. 


Berlatarbelakangkan Heriot Watt University. 


Lagi satu fakta menarik tentang universiti ini, ianya terletak tepi tasik jadinya untuk pelajar yang nak study tenang boleh la study tepi tasik. 


Ada 3 kampus iaitu di Edinburgh, Dubai dan Malaysia. 


Moga kedua mereka akan mendapat pendidikan sehingga ke menara gading. Sebelum tu, buat yang terbaik dalam PT3 2019 ye?...


Doakan mereka berjaya ya....



No comments:

Post a Comment