Hello eznakhalili.com readers!!

Wednesday, November 14

Terujanya pelajar dengan pelakon2 Paskal The Movie

Semalam Dania pegi rombongan sekolah menaiki MRT ke MyTown. Dah 2 kali dah Dania join aktiviti ni. Dulu masa rombongan akhir tahun Tingkatan 1. Since sekolah Dania ni dekat je dengan MRT jadinya rombongan pun naik MRT ajer. 

Kali ni cikgu sewa 1 dewan dalam GSC MyTown Cheras sebab nak bagi kawan2 Dania menonton movie Paskal. Cikgu kata movie Paskal yang paling sesuai untuk ditonton. Ada beberapa series rombongan ni. Ikut kelas. Kelas Dania jadualnya hari kedua rombongan. Rombongan yang pertama dapat bergambar dengan Yan, Ustaz dan Jeb (watak dalam Paskal). Rombongan Dania ni rezeki bertemu dengan Misi, Ustaz dan Yan (watak dalam Paskal). Dania dok mengharapkan papa Yusof yang datang. Alaaa.....sorry to dissapoint u Dania....papa Yusof takde la....

So kat bawah ni kelas Dania bergambar bersama 3 pelakon Paskal The Movie. Ummi dok skodeng IG Paskal ni ada buat live hari Dania pergi so boleh budget la pukul berapa Dania bertolak dari MyTown ke sekolah. Senang ummi nak plan ambik Dania kat sekolah. 

Photo credit : sini

Kat bawah ni pun credit sini


Kat bawah ni gambar Dania dan kawan-kawan. Ada yang gelap....so ummi terangkan. Hehe...
Dania bawak kamera ringan dan kecik. Senang nak bawak. Ummi siap tapaukan makanan ringan dan coklat. Wajib kalau Dania pergi rombongan. 


Ni gambar Mira, Chinta, Adriana, Aisya, Zalilah, Dayang dan Dania. Nampaknya ummi nak kena beli baju Kokurikulum yang baru untuk Dania next year. Baju kokurikulum Dania ni nampak agak singkat dah. 


Gambar berdua memang tak sah la kalau takde. Rapat nau dua ni. Masing2 jenis yang pendiam 😊😊😊. Kawan elok2. Ummi suka Dania kawan baik dengan Zalilah....


Pelajar sekolah zaman sekarang ni beruntung. Zaman ummi dulu masa sekolah menengah, MRT pun takde. Cuma ada bas mini pink tu je. Bawak laju giler. Selalunya kena berdiri ajer berhimpit-himpit. 😆😆😆. Kenangan mengusik jiwa tu. Asik la tukar bas depan Bangkok Bank masa tu. Zaman Dania ni kira lebih beruntung. 

Blog post ni untuk kenangan Dania di hari tua....

11 comments:

  1. waa mesti seronok kan tu bila dpt keluar jalan2 dgn kwn2 at the same time dpt jumpa artis2 pujaan masing2 hehe..meriah jugak nampaknye tu 😊

    ReplyDelete
  2. thanks for sharing this, I seldom watch movies now. Looks like you have a great time. Wow I still learning to take MRT, as I usual take LRT. got to find sometime out for movie soon.

    ReplyDelete
  3. Sesekali dapat Me time bersama rakan-rakan memang best sangat... dapat pula jumpa dengan artis memang jadi sweet memorieslah he he he

    ReplyDelete
  4. I would love to watch this kind of movies but need t prepare my heart and mind first. Sat gi banjir pulak wayang ni. I ni sensitive . sure leleh punya huhuhuhuh

    ReplyDelete
  5. Advance kan budak2 sekolah skrg. Zaman sy x merasa naik2 public transport utk rombongan2 nie. Semua naik bas je. Bestnya dorg dpt berjumpa dgn pelakon2 paskal. Mesti seronok betul tu kan kak Ezna

    ReplyDelete
  6. This is so cool wish I had such fun activities planned out for me when I was in high school

    ReplyDelete
  7. Fuyooh.. Untungla dpt jumpa pelakon2 sekalim. Hehehe.. Zmn kita nk jumpa lrt mrt pun payah. Hihi.. Skrg pon smua kemudahan sng nk dapatkan.. Paskal ni antara movie terbaik stkt ni..

    ReplyDelete
  8. Sekolah mana ni? Seronoknya budak budak dapat pergi tengok wayang hahaha. Tapi bagus kot cerita paskal tu. Banyak review kata best

    ReplyDelete
  9. Wahhhh budak sekolah memang akan minat cerita ni. Paskal ni dapat rate tinggi juga. Dah makin besar and berdikari dah this little girl.. nak tengok wayang dengan kawan kawan. Nanti turn anak dara i pula nanti. Hee..

    ReplyDelete
  10. Wahh seronok la diorang dapt keluar chill.dengan rakan sebaya kan. Dapat plak berjumpa secara dejat dengan pelakon2 paskal yang encem2 tuu

    ReplyDelete
  11. Wah bestnya.. Aunty ja x tengok2 lagi paskal d movie ni. .nanti dah ada kt astro frst baru la boleh tgk agaknya

    ReplyDelete