Hello eznakhalili.com readers!!

Saturday, November 10

Pandu uji Citroen mengujakan....

Weekend ni kami sekeluarga nak test drive kereta Citroen buatan Perancis tetapi sebelum itu, kita tengok la kereta kat showroom ni. 

Ini kereta C3 Aircross SUV Citroen yang belum dilancarkan lagi. Kapasiti enjin 1.2 liter. Jangan terkejut ye kereta Eropah ni walau kapasiti enjinnya kecik tetapi power enjinnya kerana C3 Aircross SUV ini menggunakan enjin turbo. 

Warna ni agak rare. Kenapa saya kata rare?. Sebabnya ada 2 tona warna. Warna perak dan warna jingga. 


Bila duduk di bahagian belakang, rasa sangat luas berbanding kereta Mazda CX3. Bumbung Mazda CX3 agak rendah jadi rasa sangat terkurung kat situ dan membuatkan kita rasa sempit. Kereta ini pula, kita akan rasa sangat luas kerana bumbungnya tinggi. Rekabentuk kereta juga memainkan peranan yang sangat besar. 


Kereta ini bagi saya sesuai keluarga yang kecik macam kami ni.


Ni interior dalam kereta. Penghawa dingin ada line warna jingga. Warna macam ni rare sebab selalunya kereta warna senada ajer kan?. 


Ada arm rest kat tempat pemandu juga. Senang la pemandu nak letak tangan kiri untuk merehatkan tangan kiri tu. 


Kereta ini dilengkapi dengan touch screen. Tak silap saya, ada juga built in GPS jadi senang la kalau nak cari jalan tu kan...


Iklan C3 Aircross SUV Citroen kat TV di bilik pameran. 


Ini spesifikasi kereta ini. Ada 4 warna yang ditawarkan. 


C3 Aircross SUV ni juga ada yang berwarna merah. Wahhh sukanya saya dengan warna merah ni. 


Kalau tengok design tepi di bahagian belakang SUV ni, saling tak tumpah macam Mini Cooper BMW tu. 

Sayangnya, kereta ni tak launch lagi tapi harganya dalam RM100,000++. Mungkin di bawah harga RM150,000. Ada juga customer yang dah bayar booking kereta ini kerana kebetulan kawan customer ni dah pakai kereta ni di luar negara dan sangat suka / selesa dengan kereta ini. 


Ini pula kereta yang lebih luas daripada C3 Aircross. Nama kereta ini pula ialah Grand C4 Spacetourer.


Ni bahagian interior kereta ini. Gear terletak berdekatan dengan stering yang nampak macam panjang belah kanan tu. Saya pula lebih biasa guna gear kat bawah bahagian tengah tu. 

Tempat merehatkan tangan ada kat kerusi pemandu dan kerusi penumpang hadapan. 


Dania selesa di bahagian belakang. Paling best kan seat belakang ni boleh adjust juga. Selalunya seat belakang ni dah memang statik gitu tak boleh adjust. 


Bentuk kereta Grand C4 Spacetourer. Enjin kapasiti 1.6 liter. 


Kereta ni 7 seater. 2 seat di bahagian belakang boleh lay flat. 


Macam kami, 2 seat belakang tu akan diturunkan dan diperuntukkan untuk beg lah. 


Kereta Eropah ni banyak ruang penyimpanan. Ni salah satu daripadanya. Ala ala naik flight. Hehe. 


Hubby cuba dulu ye. Kekadang ada je komen kat bahagian interior kereta. To my surprise, kereta ni ok pula. 


Ni kereta yang kami buat appointment nak pandu uji. Enjinnya 1.6 liter dengan top speed 240km sejam. Bawa kereta ikut kelajuan yang ditetapkan ye. 

Kereta ni sama kan macam kereta yang Wany Hasrita menang tu.....cermin depan sangat la luasnya sehinggakan atas tempat duduk pemandu dan penumpang tu (apa ke namanya...yang kita akan tolak sikit untuk melindungi mata dari silau matahari tu?......) kita boleh tolakkannya ke atas untuk memberi kesan yang lagi luas terhadap permandangan hadapan. Kalau orang Kedah kata Nala besarnya....


Ni interior dalaman kereta C4 Picasso. Design kereta Picasso sebelum ni saya tak berapa gemar sebab berbentuk seakan telur 😄😄😄


Bahagian belakang memang luas dengan berbumbung tinggi. Ada 3 seat kat belakang ni. Seat yang tengah tu pun besarnya pun sama dengan seat kanan dan kiri. Ada kereta yang seat tengah tu bersize kecik kan?. Kereta ni, 3 seat kat belakang tu sama luasnya. Boleh dilaraskan juga samada nak tegak macam ni atau nak jatuhkan sikit seatnya. 


Ada juga tempat nak letak air dan meja kecil ni. 


Kereta ni touch screen. Ada juga kamera kalau kita mengundur ke belakang. Ada juga built in GPS. Nak tahu apa yang ada lagi kat touch screen ni?....Ada calculator, tempat simpan gambar.....haaa yang ni mungkin unik la bagi saya kan...


Tempat untuk meletak tangan ada pada kedua kerusi hadapan. Sales person tak gunakan tempat meletak tangan jadi dibiarkan menegak. Kalau nak gunakan turunkan ajer. Kat tengah tu ruang penyimpanan. Tengah tu selalunya ada gear dan brek. Kalau nak tahu mana terletaknya brek, yang ada warna kecil warna merah tu lah brek. Tekan atau tarik untuk aktifkan brek. Gear pula terletak di stering. Box tengah ni kalau perasan, boleh dikeluarkan seketul tu haaa kalau tak nak guna. 


Ruang penyimpanan kat seat belakang di bahagian kaki pun ada. Boleh la letak kasut kat dalam ni untuk nampak kemas. Macam agak tersorok juga sebab atas tu diletak pelapik kaki. Kira ruang penyimpanan rahsia jugak la. 


Kereta 5 seater ni memang sesuai la untuk keluarga kecil kami. Seat belakang tu utilised untuk Dania seorang je la. 

Masa test drive, hubby kata smooth. Kat corner tu pun smooth juga. Pernah juga pandu uji kereta jenama lain, kat corner tu agak tak smooth. 

Harganya?. RM100,000++ tapi kena datang showroom lah untuk lebih info. Mana tahu ada penjimatan lagi kan. Tak tinggal banyak unit C4 Picasso Citroen tahun 2018 ni. 

Kalau nak service kereta ni setiap 10,000km. Kalau tak berjalan jauh dalam setahun tu agaknya jarang sangat la service kot....
Ok...lepas ni nak pandu uji kereta apa pulak ye?....😎😎😎

21 comments:

  1. C4 picasso tu best..ms amy menang dlu dpt la drive 4 hari..syok betul

    ReplyDelete
  2. Nampak selesa sangat C4 Piccaso tu kak. Ruang dalam luas dengan ciri2 interior yang agak sophisticated. Ni jalan jauh pun tak terasa kan. Tp bila tgk harga, boleh dpt rumah mcm ana dah. Hehe

    ReplyDelete
  3. Terbaik! Nampak memang selesa sangat kereta ni kan? Bolehlah bersenang lenang duduk dekat belakang yang luas. Ruang bumbung yang tinggi memang terbaik. Design pon sangasangat nice. Seksi gitu. Aicewah. Bestnya dpt pandu kereta cenggini. Kalau cx, mmg tak berani nak cuba pandu kereta . Takut hahahha

    ReplyDelete
  4. so nice to test drive this car, yeah looking at the style of it I like it so much. yeah nice for small family to use, if bigger family may need bigger car. This car I no test drive yet, I like the interior of it, spacious and comfort looking. I wanna go test drive too.

    ReplyDelete
  5. woww nmpk mcm best jee SUV baru nii yea! gaya pon nampak elegant and nice jee. good to know the review hehe walaupon rasanya belom mampu lg kot nk beli yg ni. tapi yes nmpk nicely suits dgn fmly kecil kan. nmpk sgt selesa jugak tuu.

    ReplyDelete
  6. The car looks spacious and comfortable. Suitable for family with small children so that we could travel long distance in a comfortable way.

    ReplyDelete
  7. oh wow. I have not drive this car before. it seems like a good car though. The colors are really attractive. most youngsters will like the car I think, I wish to buy one too. maybe next year time to change car

    ReplyDelete
  8. wow mmg bergaya design suv baru ni..nmpk selesa sgt utk berjalan jauh balik kmpg..ciktom berkenan kolor merah..hihi

    ReplyDelete
  9. C4 Picasso tu nampak smart pulak. Tempst ruang simpan barang pun besar .Memang plan dengan suami nak beli mpv ni. Bagi keselesaan pada anak anak. C4 Picasso nampak luas dan selesa. Boleh masuk list ni. Pilih mana berkenan

    ReplyDelete
  10. wow bestnya dapat test drive kereta baru kan..luas gak kereta model ni kan.. lieztakpernah lagi test drive kereta walaupun dah bnyk kali husband ajak.. tapi mana tau ada rezeki nak beli second car boleh la test drive citreon ni

    ReplyDelete
  11. Amboi bestnya dapat naik kereta baru hehehe mamang seronok dan teruja lah kita pun ada plan nak cari yang baru dan jenama luar negara ini hehehe ok Lah ni nampak cantik dan moden dari segi reka bentuknya tu serta teknologi yang digunakan..

    ReplyDelete
  12. cunnya kereta ni..tapi harganya lamakkk hahahahah...suka tengok tempat simpanannya yang praktikal dan banyak..memang sesuai dengan jiwa ai hahahah...untung wany hasrita dapat kereta ni

    ReplyDelete
  13. oh wany hasrita dapat kereta ni ke hari tu. bestnya. berkenan betul Iday dengan kereta yang warna merah tu. smart sangat. kalau ada keluarga besar, elok sangat la beli kereta ni hehe

    ReplyDelete
  14. C4 Picasso looks really spacious, I'm searching for a new car, the price seems to fit, will check it out at the showroom.

    ReplyDelete
  15. Menarik juga design kereta ni , look beautiful .

    ReplyDelete
  16. Best tak drive Citroen? Heheh. Nad tak pernah lagi drive brand ni. Tengok dashboard dia macam cantik. Kemas interior dia. Tempat letak tangan kat seat driver tu function sangat tau! Nad salah seorang driver yang suka letak tangan hahah.

    ReplyDelete
  17. Alamak!!, terjatuhterjatuh hati la pula.. Comel la design keretanya.. Suka sangat..

    ReplyDelete
  18. lain dari yang lain la design citroen kali ni. lebih sporty dan nampak kemas. sesuai utk perempuan dan mereka yang tinggal di bandar besar

    ReplyDelete
  19. Nampak menarik Citroen ni ya
    Baru tahu dia buatan perancis hehehe
    Nampak kualiti dia setanding kereta luar negara yang lain jugak.Tapi warna perak dan jingga tu mmg vibrant gile hehehe

    ReplyDelete
  20. The new Citreon looks so spacious! I know what you mean about some cars that have a low roof, it feels so cramped inside

    ReplyDelete
  21. Rajinnya akak pi pandu uji. Ni mesti ada bau bau nak beli kereta baru. Hehehehe. Kereta ni best juga. Just nice utk bujang or berkeluarga. Hehe

    ReplyDelete