Pada 14 April 2017, Sekolah Dania ada mengadakan Dialog Prestasi untuk result Ujian 1. Jadinya dalam jam 2 petang saya dah parking elok tepi sekolah. Kalau lewat sikit, bertembung pula dengan orang yang baru balik solat Jumaat. Orang pun tak ramai lagi memenuhi kerusi bahagian hadapan.
Murid Tingkatan 1 dan 2 beratur mengikut kelas masing2.
Lepas je ucapan semua, ibubapa boleh la ke kelas anak masing2. Masa daftar disebabkan saya orang yang pertama, jadinya saya yang jumpa cikgu dulu. Dania dapat No. 4 dalam kelas masa Ujian 1 tapi masih ada improvement yang kena buat. Tak boleh leka. Sebelum balik minta izin cikgu nak selfie . Ni lah cikgu kelas Dania. Muda kan?....
Sebelum balik, kita tour sekolah dulu. Ni Dataran Ibnu Sina. Dataran ni la perhimpunan diadakan. Tak tempias sebab ada bumbung. Tapi....disebabkan bumbung ni, kelas Dania kat tingkat atas nampak gelap.
Sekolah ni banyak wakaf macam ni.
Gelanggang bola keranjang dan bola tampar.
Laman Sains ni mengadap padang yang luas. Dania kata kekadang ada lembu sesat meragut rumput kat padang ni.
Ni laluan 3K. (Kebersihan, Kesihatan dan Keselamatan).
Bangku batu ni dsumbangkan oleh pelajar cemerlang sekolah. Ada beberapa bangku batu jugak kat sekolah ni.
Bilik kesihatan tempat Dania cuci gigi. Ada nurse datang sekolah untuk check gigi. Rawatan percuma je lah.
Beberapa pencapaian sekolah ni dipaparkan di dinding2 sekolah.
Okay gambar last kat depan sekolah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.