Khamis, April 27

Awak breakfast kat mana?

Kat mana nak breakfast eh?. Haaa ni satu lagi tempat boleh cuba. Kekadang buntu gak kalau breakfast kat luar kat tempat yang sama ajer....
 
Roti Canai D Bukit ni terletak bersebelahan dengan Bawal Power kat Bandar Baru Bangi. Tempat ni famous katanya. Boleh pilih kuah kari kambing dengan isinya sekali, kuah sardin atau kuah kari biasa. Kari kambing masa kami pergi ni dah habis. Kena datang awal kalau nak rasa kari kambing.
 
Warung ni kat atas bukit. Bukit ni tak la tinggi sangat. Ada je orang parking kereta tepi jalan tapi kami parking kat dalam. Pastikan tak parking depan rumah orang eh....


Elok ajer kami datang, dah ada yang bangun so dapat la kami meja. Saya nak komen roti canainya. 'Lembut elok' bak kata orang utara. Boleh letak sambal kalau nak kick sikit. Sambal pun sedap. 


Nanti nak breakfast kat sini lagi. Boleh waze ajer. Roti Canai D Bukit. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.