Thursday, April 27

Bukan sebarang Premium Outlet......


Saya dan keluarga pergi makan kat sini masa Ayam Kampung ni baru beberapa hari je bukak. Hubby nak support kawan baik sebab salah seorang share partner Ayam Kampung ni kawan baik hubby.
 
Ok....kalau nak tau mana Ayam Kampung ni kan....terletak kat shopping complex D Pulze di Cyberjaya. Kena keluar kat pintu utama kat D Pulze. Ayam Kampung ni kat sebelah kanan.
 
 
Ruang makan sangat luas. Boleh pilih nak duduk kat tempat aircond atau open air.  
 
 
Set Nasi Ayam Kampung Butter ni memang makanan 'hot' kat sini.
 
 
 
Kami pilih nak merasa ayam kampung butter dan sayur pucuk paku. Sedap sampai mejilat jari ayam kampung butter ni. Sayur ni pun rasanya sedap. Banyak lagi menu yang kita boleh pilih kat sini. 

 
 
Set pinggan ni ditempah khas.

 
 
Gambar family yang tak sabar nak merasai keenakkan ayam kampung butter. 

 



Ayam Kampung kat sini berbeza sikit sebab selalunya kalau makan kat Ayam Kampung kita kena ambik sendiri apa nak makan kan....kat sini kita kena order.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails