Rabu, April 26

Robotik Peringkat Kebangsaan 2017

 
Baru je Dania masuk sekolah ni sebulan, Dania dah minta izin saya dan suami untuk mewakili sekolah dalam Pertandingan Robotik Lego Education Space Challenge di Putrajaya. Why not kan. Masuk ajer mana2 pertandingan asalkan Dania minat.
 
Saya hantar ke sekolah ajer sebab nanti Dania akan naik bas sekolah dengan kawan2 ke tempat pertandingan di Perbadanan Putrajaya. Saya jumpa Dania kat Perbadanan Putrajaya sebab nak hantar baju sekali dengan saya melepak sana  Sempat la saya ambik gambar Dania dan kawan2 tengah makan ni haa....


Ada 2 kumpulan yang mewakili Sekolah Menengah Dania ni ha. Setiap kumpulan ada 9 orang ahli kumpulan.


Jadual waktu dipaparkan di screen.  


Dewan yang sangat besar dan selesa. Ni dewan menunggu ni. 


Saya berwefie dengan junior sekolah saya dulu. SMK Damansara Jaya. Mengimbau kenangan sungguh la. Terlebey excited pula saya. 
 

Ayah Dania datang masa lunch. Tempat kerjanya pun kat area sini jugak. 



Sebelum Dania masuk sekolah menengah sini, Dania terlebih dahulu bersekolah di SMK Putrajaya Presint 18 (1). Terjumpa pula guru pengiring SMK Putrajaya Presint 18 (1) ni yang pernah ajar Dania selama 2 minggu. Cikgu ni ajar Dania Matematik in English sebab Dania masuk kelas DLP. 


Cikgu Rizal ni yang menjadi guru pengiring pasukan robotic ni. Cikgu Rizal ni ajar subjek geografi kelas Dania. 


Ni lah Lego Mindstorm. Kena program seakan melancarkan satelit di bulan. Saya memang tak reti lah bab bab ni. Jangan tanya saya. 
  

Belah kanan tu guru besar sekolah Dania kat Putrajaya. Takde jodoh lama kat sekolah Putrajaya ni. Kalau tak dapat sekolah Bangi ni memang stay ajer kat sekolah Putrajaya.


Hadiah disampaikan oleh DSU Tengku Adnan. Sekolah Dania takde menang apa2. Takpelah pengalaman tu yang paling berharga kan. Nanti Dania dapat la sijil peringkat kebangsaan untuk tambahan markah dalam PAJSK (Kokurikulum).
 

Bas yang Dania dan kawan2 naik ni. Baliknya saya yang ambik Dania balik.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Bukit Ekspo, Jirat Cina dan Seri Serdang

Setelah minum air teh o panas kat Serumpun tu saya menuju ke Bukit Ekspo. Nak menghabiskan masa katanya. Nak tunggu Dania habis kelas jam 5 ...