Hello eznakhalili.com readers!!

Wednesday, March 16

Rawatan Kecantikan di Premier Clinic

Manusia memang suka kepada kecantikan. Apatah lagi bagi kaum hawa. Opps kita la tu  Kalau mereka yang menitikberatkan kecantikan, ni ada solusi. Saya berkesempatan terjah sebuah klinik rawatan kecantikan yang terletak di Taman Tun Dr. Ismail Kuala Lumpur. Dr di klinik kat sini semuanya ada kelulusan yang diiktiraf. Ni pun penting supaya kita tak pergi pusat kecantikan yang sebarangan nanti naya kita. 

Ada dua cawangan Premier Clinic ni :-

TTDI - No. 31 Jalan Wan Kadir 2, Taman Tun Dr. Ismail (TTDI), 60000 KL 

atau 

Bangsar - No. 40, Jalan Telawi Bangsar Baru, 59100 KL.

Saya agak teruja juga nak mencuba pakej kecantikan di Premier Clinic ni. 


Ada sesi bergambar pula dengan Dr. Elaine Chong 


Ni sesi konsultansi dengan Dr. Elaine Chong. Saya concern pasal masalah tona kulit tak sekata dan jeragat. Dr. Elaine Chong beritahu yang jeragat boleh ada pada kulit wajah disebabkan sinaran matahari dan ketika kita memasak juga. Wap panas kita memasak pun boleh menyebabkan jeragat dan tona kulit tidak sekata. 


Dr. Elaine mencadangkan saya untuk melakukan rawatan Carbon Laser Peel. Ok...jom kita cuba....(sebenarnya cuak juga sebab ini kan pertama kali mencuba). 

Mula-mula muka akan dibersihkan oleh pembantu Dr supaya kekotoran di muka akan tanggal. Kalau nak cuba rawatan Carbon Laser Peel ni seelok-eloknya kita jangan memakai sebarang make up. Part ni best sangat bila muka kita diurut dan dibelai. 


Selepas muka dibersihkan, numb cream (Krim kebas) akan diletakkan di muka supaya bila rawatan dijalankan, kita tak la merasa sakit. In fact tak sakit pun. Muka kita akan rasa kebas. 


Kemudian, muka akan dibersihkan. Selepas itu carbon (arang) akan dipakaikan ke muka kita secara nipis. Masa pertama kali merasa laser tu ada bunyi pop pop gitu. Masa ni je terkejut sikit kemudian dah rasa biasa. 


Mata kita akan ditutup ye. Macam pakai goggle masa swimming tu. Pembantu Dr. Elaine pula memegang vacum untuk memastikan muka saya tak rasa panas. 


Lepas habis rawatan laser, pembantu Dr Elaine ni meletakkan tuala yang sejuk di muka. 


Setelah itu, muka dibersihkan. Hitam kat muka saya tu arang la tu. 


Boleh nampak la tekstur kulit lebih licin pada rawatan yang pertama. Ini kerana pori-pori muka kita akan lebih mengecil. Muka pun akan nampak sedikit cerah daripada sebelum membuat rawatan. Melalui rawatan ini juga akan menggalakkan pertumbuhan kulit yang baru. Kalau nak lebih cantik, buat la lagi beberapa sesi.  

Selepas rawatan, saya disapukan dengan krim muka dengan pati ros. Sedap sungguh baunya kemudian dilapisi dengan sunblock supaya kulit kita terlindung daripada cahaya matahari. Lepas ni kena rajin-rajin ye rutin penjagaan kulit muka...lepas basuh muka, pakai toner kemudian pelembab dan sunblock jangan lupa. 

Saya tengok kat IG Zara Zya dan Mira Filzah pun ada buat rawatan ni. (kat clinic berbeza) Boleh la terjah IG mereka ya. Menurut kata Dr. Elaine, Carbon Laser Peel ni merupakan rawatan yang paling digemari di Premier Clinic

Kat bawah ni senarai harga rawatan di Premier Clinic. Ni sebahagian kecil sahaja. Banyak lagi rawatan yang dijalankan di Premier Clinic ni.  


Nak tahu lebih lanjut??? Boleh click social media di bawah ya. 

Email address : contactus@premier-clinic.com


Instagram : premier_clinic




Contact No : 012 - 6625552

3 comments:

  1. saya tak pernah buat rawatan muka kat klinik.. teruja juga nak cuba.. hehe..

    ReplyDelete
  2. cn pun baru buat, serius mula2 mmg takut sbb bunyi pop pop tu, tp lepastu dh ok, best pulak ;)

    ReplyDelete