Thursday, March 31

Teater Zombie La La La

Tengok teater ni secara kebetulan satu hari tu hubby dan saya lunch kat Istana Budaya jadinya nampak poster teater ni. Pelakonnya terdiri daripada Siti Saleha, Amy Mastura, Hafreez Adam, Amar Baharin, Zulin Aziz, Janna Nick dan beberapa pelakon lagi yang saya tak kenal. Kami tengok ni pun malam hari kedua terakhir teater ini dipentaskan. 

Jumpa lagi Siti Saleha. Dia tak cam saya la tapi Presiden Kelab Peminat Team Siti Saleha yang cam saya padahal 2012 tu jumpa masa saya menang shopping spree dengan Siti Saleha kat AEON Mid Valley. Masa ni lepas habis teater. Kena beli buku cenderamata harga RM15 baru dapat beratur ambik signature pelakon teater Zombie La La La. 


Ni saya berborak dengan Amy Mastura. Beliau jadi hos rancangan Nufamili di TV3. Rancangan keibubapaan. Saya dan Dania pernah masuk program tu untuk topik 'picky eaters'. Amy Mastura tak pergi la segmen saya dan Dania tu tapi pergi kat rumah kawan saya. Haaa masa tu saya saje2 pergi rumah kawan saya sebab nak jumpa Amy Mastura. 


Selfie dengan Amy Mastura dan pelakon yang memegang watak Lili Poh dalam teater Zombie La La La. 


Ni dengan kakak Janna Nick ni. Dania suka kakak Janna sebab tengok cerita 'Syurga Nur'. Dalam cerita tu Janna Nick ni asyik menangis je tapi in person Janna Nick ni seorang yang happy go lucky. 


Haa yang ni ummi pulak cam sebab selalu layan cerita Tersuka Tanpa Sengaja dengan ayah dania. 
Dalam cerita tu Hafreez ni memegang watak seorang Doktor dengan Amar Baharin tapi banyak lak masa untuk dating ye.... dalam cerita tu lah....


Overall teater ni saya bagi 2 bintang out of 5 bintang je la. Ada juga bahasa yang double meaning dilontarkan. Nasib Dania tak tanya maknanya. Ada juga sekali dua 'Zombie' lalu belakang seat kami. Udah Dania pun tertoleh 2-3 kali kat belakang sebab serammmmm......

tapi....tapi tak nampak pun kelibat Amar Baharin....tapi ada je peminat Amar Baharin siap ada sticker lagi nak jumpa Amar Baharin in person. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails