Jenama No. 1 susu sedia diminum di Malaysia kini menangani pengambilan kalsium yang rendah di kalangan dewasa dan kanak-kanak Malaysia dengan kempen terbarunya yang bertemakan Milk Mornings.
Sarapan yang disediakan oleh penuntut KDU Campus Utropolis ni pelbagai variasi. Nasi lemak, bihun...to name a few.
Air yang disediakan adalah susu putih dan susu perisa coklat Dutch Lady ajer ye. Saya pilih susu coklat sebab kurang gemar susu putih. Janji kalsium mencukupi untuk saya ya...
Jo-Anne Jayasiri selaku Pengurus Pemasaran di Dutch Lady Malaysia mengatakan sarapan pagi merupakan hidangan yang paling penting kerana sarapan pagi pagi membekalkan tenaga untuk aktiviti pada hari tersebut dan meningkatkan pengambilan nutrisi seharian kita.
Profesor Dr. Poh Bee Koon dari Universiti Kebangsaan Malaysia mengatakan untuk mereka yang tidak gemar susu boleh menggantikan dengan ikan bilis tetapi lebih kurang 2 cawan ikan bilis bersamaan dengan 1 gelas susu. Haaa berapa banyak ikan bilis nak kena makan tu you alls? Kalau tak suka susu putih, Dutch Lady juga ada variasi susu coklat dan susu strawberry.
Duta Dutch Lady, Diyana Halik dan aktor Malaysia, Aaron Aziz juga ada berkongsikan cerita tentang anak-anak beliau dengan susu Dutch lady.
Perasmian kempen Milk Mornings.
Ada sesi memasak juga oleh selebriti ini dan isterinya Diyana.
Awww so sweet kan couple ni. Diyana memegang mic untuk Aaron.
Aaron dalam cubaan menyediakan sarapan pagi di samping isterinya dan chef.
Ada slide juga kalau nak tengok dengan lebih jelas.
Bermula dari bulan April you alls boleh mendapatkan idea sarapan sihat penuh dengan kalsium dengan melayari sini atau sini
On the event day terpaksa balik awal sebab nak berkejar ambik Dania kat Sekolah Kebangsaan sebab dia ada kelas tambahan masa cuti sekolah. Saya ada komen kat IG Diyana sebab terpaksa balik awal....
cantik kan diana nie!
BalasPadami pun tak suka susu tp bolehlah minum susu strawberry sikit2 ;)
BalasPadam