Pada 6 Mac 2016 bertempat di Padang Semarak Putrajaya. Dania dan sepupunya join Kelas Asas Memanah Tradisional anjuran Thamim Archery. Lepas breakfast baru lah ke sini. Kelas start jam 8.30 pagi. 8.12 pagi dah tiba di Padang Semarak. Guna waze je nak ke sini. Idak le familiar tempat ni sebab pernah ke sini sekali je.
Ni lah antara tenaga pengajarnya.
Dania siap-siap pakai topi tu. Bukan sebab stylo ke apa. Panas....pakai topi yang baju pink tu sepupu Dania namanya Adlina, baju hijau tu Sofiah dan superman kecik tu namanya Musyafee.
Group kanak-kanak 5-12 tahun ni diajar oleh En. Aswat ni. Pernah mewakili Malaysia dalam Pertandingan memanah berkuda di Korea.
Musyafee pandang ummi dia la tu.
Panaskan badan kanak-kanak ye sebelum nak mula memanah. Masa ni boleh la duduk depan. Masa memanah kang tak boleh sebab panah tu tajam.
Lompat bintang...
Alehai cute-cute je bebudak ni. Mereka ni nak mula memanah ni. Panah bebudak ni selamat sebab tumpul ya.
Fokus Musyafee fokus. Saya bertukar-tukar tempat sebab nak ambik gambar Musyafee dan Dania dan 2 sepupu perempuan di group lain.
Ni masa break ni. Tak boleh la 3 jam direct. Letih bebudak ni.
Bebudak ni dah tak sabar nak memanah. Memanah ni akan membuatkan anak-anak kita fokus dan berdisiplin sebab kena dengar arahan dari trainer. Memanah juga sukan sunnah selain berkuda dan berenang.
Dania first time memanah ni. Teknik tu perlu diperbaiki lagi.
Tengok gaya superman kecik ni...kemain lagi...
Try to aim Dania.....aim.... kadangkala tersasar di bawah, di belakang ataupun di luar bulatan....alah first time tu. Macam tu dalam pelajaran kadangkala tersasar juga.
Ni kelas dewasa ni. RM50 / 3 jam. Alatan memanah disediakan.
Saya tak berani la duduk depan ni sebab panah kanak-kanak berumur 5 tahun ke atas ni tajam ye. Kanak-kanak pula fees RM40/3 jam.
Teknik memanah cara duduk pun turut diajar. Teknik ni lagi susah berbanding teknik cara berdiri.
Smile....
Tamat je sesi memanah ada sesi bagi sijil jugak oleh pengasas Thamim Archery. Kat background tu pokok bambu ya.
Adlina punya turn pulak.
Macho je superman kecik ni. Hehehe....
Kesimpulannya kelas ni sangat seronok. Budak-budak 4 tahun dan ke bawah ni banyak juga break sebab nak bagi fokus. Sempat juga la melapangkan masa sebab Dania tahun ni busy la pulak. Petang ni pun ada pulak study group program Juara.
bestnya memanah, teringat zaman sekolah dulu berlatih untuk pemilihan atlet utk sukan memanah, last2 tak terpilih...sedih IQ...tapi dapat peluang belajar memanah memang best!
BalasPadam