Hello eznakhalili.com readers!!

Tuesday, November 3

Aktiviti Hari Sabtu

Pepagi dah hantar Dania ke sekolah kebangsaan sebab ada aktiviti kat sekolah. Ada aktiviti hari sabtu yang selalu kalau ada memang tak pegi tapi disebabkan Dania masuk bakat ok lah kasi lah dania join. Dania main melodian. 

Hari keusahawanan tak silap saya ni. Ada beberapa khemah siap pasang ni. 


Aktiviti Aqua Ball ni yang paling ditunggu-tunggu oleh Dania. 


Bouncy Castle.


Slide yang tinggi ni. Why lah masa saya kekecik takde pulak benda-benda gini kat sekolah kebangsaan?. 


Cat contest pun ada. Dania kata dia undi kucing yang dia rasa dia suka. 


Ada movie juga. Movie Cicak Man 3 sold out tiketnya. 



Dania dan kawan sekelas. 


Dania dan kawan sekelas yang lagi satu. 


BSN juga ada mengadakan pameran. BMW ni pun ada display kat sekolah. Ni hadiah cabutan bulanan Sijil Simpanan Premium. 


Lepas breakfast dengan hubby kat Glenmarie, singgah body & paint kat Glenmarie untuk urusan claim insurance. 


Ada satu kereta ni accident dan masuk dalam longkang. Teruk juga dalam kereta. Moga cepat la sembuh kereta owner ni. 


Singgah Maxis Sunway Pyramid pula nak survey package 'Zerolution'


Akhirnya saya pilih plan Galaxy Note 5 ni. Saya ambik package yang tak payah tukar smart phone setiap tahun. Dah lama dah teringin nak phone yang boleh doodle ni. Before this memang saya pakai phone Blackberry. Lama saya pakai tu. Besides, tak boleh nak IG. Dengan Galaxy Note 5 ni boleh la. Dah mula belajar nak guna IG. 


Saya ambik dengan sales girl yang cute ni nama Ms. Shannon. Jadi kalau datang Maxis Sunway Pyramid boleh cari Ms. Shannon. 


Bab menunggu ni memang alehai....lomah den. 


My hubby sibuk la tulis ni. Hubby saya pakai Galaxy Note 3. Ni tulisan orang lefthanded. 


Kanan saya punya warna gold. Kiri hubby punya warna rose gold and black limited edition. Saya suka rose gold lagi. Warnanya menyerlah dengan hitam. 


Balik je rumah, hubby bawak kereta lagi satu nak service. Saya pula nak gi ambik Dania kat sekolah kebangsaan. Sebelum ke sekolah sempat nap selama 30 minit. Entah letih sangat hari ni. Ikutkan balik jam 5.30 petang tapi ishhh tak larat la nak tunggu lelama. Lepas ajer Dania main Aqua Ball ni baru kami balik. Seronok berguling dalam tu dalam kolam yang berisi air. 

Photo diambil menggunakan Galaxy Note 5. 


Petang sikit dalam pukul 3 petang macam tu after Zohor terus la menuju ke sini. Nak beli baju mandi muslimah untuk Dania. Kat Haleema ni. Terletak kat Meru Klang. Tak jauh la dari Setia Alam tu. 


See....banyak pilihan baju renang muslimah untuk kanak-kanak. 


Baju renang untuk orang dewasa pun ada. 


Ni baju renang yang Dania pilih. Ada panda. Dania kata comel. Saya lebih menitikberatkan warna baju yang gelap supaya bila dalam air tak nampak la warna kulit. Baju mandi ni dijahit sekali dengan seluar. Baju renang panda ni ada warna pink lat belah kanan tu tapi warnanya lembut takut nampak kulit bila basah. Ada tudung dan swimming cap sekali. 


Lepas tu kami makan kat satu tempat ni. Next entry la kot...



2 comments: