Isnin, November 23

Sambutan Hari Jadi buat puteri di sekolah...

Ni untuk kenangan Dania ni. Goodie bag dan kek untuk kawan sekelas Dania. Actually, saya tak plan pun nak prepare goodie bag bagai ni. Dua hari sebelum birthday Dania saya terpengaruh dengan sepupu saya Aireen yang menyediakan goodie bag untuk birthday anak dia Zara. Jadinya saya pun kata dalam hati why not saya sediakan goodie bag jugak. So, saya ke IOI Mall kat Puchong tu nak pergi Daiso sebab nak beli beg plastik yang comel ni. Dalamnya saya isi layer cake, sugus dan kit kat. 


Kek ni pun saya tak plan jugak. Tetiba lalu sebelah kedai kek King's dan saya nampak kek Hello Kitty perisa chocolate yang sangat sangat comel. Ok lah saya tak tahan sangat tengok kek yang comel ni so saya beli lah. 


Dania pun surprise bila saya kata saya ada beli kek dan goodie bag untuk distribute kat kawan-kawan dia. Dania sangat suka tolong benda2 camni. 


Tiba kat sekolah just in time waktu rehat. Kumpul-kumpul kawan sekelas Dania. Semua nyanyi lagu Happy Birthday. Gamat jugak la kantin sekolah masa tu. Hehehe. Tengoklah anak ummi yang rasa happy sesangat tu. 


Lepas nyanyi kita makan beramai-ramai ye?. Boys ramai yang tambah 2 kali kek Dania ni. Ok lah janji cepat habis. Hehehe....


Kawan Dania yang tukang potong kek. Akhirnya ummi yang tak merasa kek Dania. Takpelah...janji budak2 ni happy pun dah cukup happy bagi ummi. 


1 ulasan:

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Cendol famous di Melaka?

Bila dah tiba di Melaka ni, jom la kita makan cendol terkenal kat Melaka ni.  Kami parking kat sini kebetulan ada yang keluar parking. Rezek...